Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad jarang berkongsi kisah mengenai perkembangan anaknya, namun baru-baru ini dia telah mendedahkan dia hanya berpeluang untuk menyusukan anak lelaki, Raja Urhan cuma kurang dua minggu.
Menerusi posting di Instagram (IG), Uyaina berkata anaknya Urhan mengalami masalah lidah pendek atau ‘tongue tie’ pada minggu pertama selepas dilahirkan pada 8 September lalu menyebabkan anak sulungnya itu sukar untuk menyusu.
Tak semua ibu diberi rezeki untuk menyusukan anak mereka. Sedih juga bila nak diingatkan. Tapi, rezeki Urhan cuma dapat menyusu badan kurang dari 2 minggu sahaja.
Ia bermula apabila kami mendapati Urhan mengalami masalah lidah pada minggu pertama selepas dia dilahirkan. Dia mengalami kesukaran melekap.
Bila menyusu badan je, dia menangis macam kena pukul. Dah jadi macam force-fed pula. Sebab lepas dua hingga tiga kali dia latch, pastu dia akan terpaksa release (lepaskan). Risau sebab dia tak minum susu secukupnya.
Kami bawa dia pergi doktor. Bawah lidah dia digunting sikit untuk release tongue-tie itu. Lepas itu kita pantau lagi. Tapi dia still tak boleh latch. Masih sama.
Ads
Bawa pergi jumpa doktor lain pula untuk pendapat kedua. Rupa-rupanya tongue-tie tu tak fully released.
Doktor kata perlu fully anaesthetic dan jalani pembedahan Urhan untuk betul-betul faham apa yang berlaku dengan lidahnya. Tapi doktor kata kena tunggu Urhan besar sikit. Dah lebih tiga bulan baru boleh buat sebab nak monitor berat dia dulu sebab masih kecil.
Ads
Tambah pemilik nama Saidatul Naseha Uyaina Arshad, dia sudah memberi susu formula sepenuhnya kepada Urhan selepas gagal pam susu.
Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Raja Syahiran ini akur dengan takdir yang telah ditetapkan oleh Allah SWT dan berpesan untuk para ibu yang mengalami situqsi sepertinya agar tidak perlu stres kerana menyusu ataupun tidak, mereka tetap bergelar ibu.
Perkongsian daripada peguam berkenaan pilihan mana lebih baik ketika membeli hartanah sama ada atas nama sendiri atau nama bersama? Mungkin ramai lagi yang masih keliru dan inginkan kepastian. Untuk itu ayuh kita baca perkongsian penuh daripada peguam yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam). Jom semak!
MANA LEBIH BAIK: BELI HARTANAH ATAS NAMA SENDIRI ATAU NAMA BERSAMA SUAMI ISTERI?
1. Ada yang bertanya kepada saya, mana lebih baik, sama ada beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama suami isteri.
2. Soalan ini ditimbulkan oleh kebanyakan daripada kaum wanita kerana mereka merasa bimbang sekiranya dalam geran hartanah tiada nama mereka, maka hak dan kepentingan mereka terhadap hartanah tersebut tidak dilindungi. Nanti kalau suami kahwin lain atau suami meninggal dunia, hak mereka terhadap hartanah tersebut akan dinafikan.
3. Saya nak nyatakan disini, sama ada anda beli hartanah letak nama sendiri atau letak nama bersama , itu tak jadi masalah. Kedua-duanya bagus.
Yang tak bagusnya adalah, kalau tak nak beli hartanah sebab fikir dan takut dengan macam-macam benda. Antaranya termasuklah contoh yang dinyatakan tadi. Ketakutan melampau itulah yang sebenarnya tidak bagus. Bukan soal letak nama sendiri atau nama bersama.
4. Kaum wanita sebenarnya tidak perlu takut seandainya dalam geran hartanah tidak ada nama mereka.
Ini kerana setiap hartanah yang dibeli oleh suami atau isteri dalam tempoh perkahwinan baik yang didaftarkan atas nama suami atau isteri atau yang didaftarkan atas nama bersama akan dianggap sebagai HARTA SEPENCARIAN.
5. Bila sebut sahaja harta sepencarian, secara otomatiknya suami dan isteri mempunyai hak dan kepentingan bersama terhadap harta tersebut.
Baik suami atau isteri, mereka tidak boleh mendakwa hartanah tersebut miliknya seorang semata-mata disebabkan dalam geran tidak ada nama pasangannya.
6. Suami atau isteri boleh menuntut hak masing-masing terhadap hartanah tersebut. Bukan isteri sahaja yang boleh menuntut harta spencarian terhadap hartanah yang dibeli atas nama suami. Suami juga sebenarnya berhak menuntut harta sepencarian yang dibeli atas nama isteri, selagi mana harta tersebut dibeli/ diperolehi dalam tempoh perkahwinan. Kalau rasa tak mahu berkongsi hak terhadap hartanah yang dibeli, jangan kahwin. Duduk sorang-sorang.
7. Cuma yang menjadi persoalannya bukanlah dari segi hak terhadap harta sepencarian tersebut kerana masing-masing ada hak. Tetapi yang menjadi persoalannya adalah dari segi pembahagian terhadap harta sepencarian tersebut. Berapa peratus kah bahagian masing-masing (suami isteri) terhadap harta sepencarian itu.
8. Persoalan tentang bahagian harta sepencarian ini perlulah dibawa ke mahkamah syariah untuk diputuskan. Hanya hakim sahaja yang akan putuskan bahagian masing-masing berdasarkan kepada peratusan sumbangan masing-masing terhadap harta sepencarian tersebut.
9. Walaupun mungkin dalam geran tidak ada nama suami, tetapi memandangkan segala urusan jual beli hartanah tersebut mulai daripada mencari hartanah sampaikan menguruskan hartanah tersebut dilakukan oleh suami, maka sudah pasti si suami juga mempunyai bahagian tertentu terhadap hartanah tersebut. Mungkin boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
10. Begitu juga kalaupun nama isteri tidak ada dalam geran hartanah kerana suami beli guna duitnya sendiri, tetapi disebabkan si isteri telah bekorban menjaga kebajikan suami dan keluarga sehingga membolehkan suami mampu bekerja dengan baik sampai mampu beli hartanah, sudah pasti mahkamah akan mengambil kira bahagian isteri terhadap hartanah tersebut. Boleh jadi separuh bahagian atau kurang daripada separuh bahagian.
11. Kalaupun katakanlah suami secara zahirnya tidak menyumbang langsung terhadap pembelian hartanah tersebut kerana si isteri menggunakan wang beliau sepenuhnya dan suami tidak membantu menguruskan hartanah tersebut misalnya, fakta bahawa si suami perlu bertanggungjawab terhadap nafkah dan kebajikan si isteri dan keluarganya menjadikan beliau juga mempunyai hak dan menyumbang secara tidak langsung terhadap hartanah tersebut.
12. Jadi, semuanya bergantung kepada sejauh mana masing-masing dapat membuktikan sumbangan masing-masing (sama ada secara lansung atau tidak lansung) terhadap harta sepencarian tersebut. Walaubagiamanpun sekiranya masing-masing dapat bertolak ansur dan dapat membuat keputusan bersama secara baik disamping saling meredhoi satu sama lain tentang bahagian masing-masing, atau redho melepaskan hak dan bahagian masing masing secara sukarela, itu adalah lebih baik.
13. Oleh yang demikian, sebagai langkah berjaga-jaga, sekiranya anda ada mengeluarkan apa-apa sahaja perbelanjaan terhadap harta sepencarian tersebut, simpan lah bukti seperti resit bayaran dan sebagainya. Atau jika perlu direkodkan setiap sumbangan anda baik secara zahir atau sebaliknya, boleh sahaja ianya direkodkan. Tidak menjadi masalah.
Ini penting untuk membantu memudahkan anda menuntut bahagian masing-masing terhadap hartanah tersebut di kemudian hari sama ada disebabkan penceraian atau kematian.
Jadi selepas ini harap jangan ada lagi yang keliru, nak beli rumah letak nama sendiri atau nama bersama pasangan suami isteri.
Terima kasih,
Salkukhairi Abd Sukor
Timbalan Presiden
Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam)
Tanaman menghijau yang ada disekeliling rumah dapat memberikan ketenangan tambahan pula bila berbunga lebat atau berbuah, pasti mendatangkan kepuasan di hati.
Namun, jika pokok yang ditanam tidak sebagaimana yang diharapkan, bolehlah dicuba menghasilkan baja roti yang dikongsikan cara pembuatannya oleh Liyana Mohd Poad.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Seperti yang telah dijanjikan, saya share cara-cara nak buat mol roti (baja roti). Fungsi baja roti sama seperti baja yakult iaitu untuk merancakkan pengeluaran bunga dan melebatkan buah selain menggemukkan daun.
Ikut step by step ye.
Bahan-bahan yang diperlukan :
2 keping roti Gardenia expired, gula
merah, air mineral 1.5 L.. Boleh guna air
mati/air hujan atau air tapis. Asalkan
bukan air paip. Gunting, sudu & corong kertas
Step 1
Penutup botol perlu ditebuk untuk mengeluarkan gas.
Step 2 :
Roti digunting.
Step 3 :
Masukkan roti ke dalam botol yang berisi air.
Step 4 :
Masukkan 4 sudu makan gula merah ke dalam botol.
Step 5 :
Tutup botol rapat-rapat dan goncang.
Paling perlu ambil perhatian adalah pada gambar yang terakhir.
Step 6 :
Simpan di tmpat yang gelap selama seminggu.
Setelah seminggu, tapis mol roti. Ambik
patinya sahaja. (roti yang terurai buang).
Guna air yang bening sahaja sebagai pati.
Masukkan ke dalam bekas kedap udara.
Ambik 10ml mol roti dan + dengan 1L air
biasa.
Spray pada daun, pucuk, tanah dan boleh disiram juga. Tak ada masalah. Routine seminggu sekali, waktu pagi sahaja.
Fungsi mol roti untuk menggalakkan
pengeluaran bunga dan melebatkan buah
serta mnggemuk dan menghijaukan daun.
Mol boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 6 bulan.
Sumber : Liyana Mohd Poad
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Bak kata perpatah, hendak seribu daya, tak nak seribu dalih. Kata-kata yang amat sesuai untuk lelaki ini yang berjaya mengenggam pengajian doktor falsafah (PhD) setelah 4 tahun berjuang untuk mencapai impian.
Siapa sangka, lelaki ini yang hanya rider penghantar makanan FoodPanda ini sebenarnya seorang yang bergelar ‘Dr’. Merupakan Gaduan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Teknologi Farmaseutikal, Universiti Malaysia Pahang, Gambang.
Menerusi perkongsian di facebook miliknya dan FoodPanda Rider Malaysia, dia melahirkan rasa syukur sepanjang empat tahun, dia mendapat sokongan dan restu keluarga serta doa ibu bapa dan isteri yang sentiasa memberikan semangat.
Biarpun hanya bekerja sebagai penghantar makanan, ia tidak mematahkan semangat untuk berjaya. Jati diri itu menjadikan dirinya terus berjuang sehingga meraih kejayaan sebegini.
Moga kisah ini menjadi inspirasi!
Seterusnya ikuti perkongsian beliau.
Alhamdulillah..akhirnya selesai jua pengajian PhD setelah hampir 4 tahun..
Alhamdulillah..Selesai jua pengajian PhD ini setelah 4 tahun..Syukur kpd Allah..Dialah yg menyelesaikan masalah..Dia jualah yg mempermudahkan segala urusan..
Terima kasih yg tak terhingga kpd SV Prof Mimi Sakinah atas segala ilmu dan tunjuk ajarnya..
Terima kasih juga kpd emak dan ayah atas dorongan dan doa..tanpa doa dari mereka..mustahil rasanya untuk selesaikan pengajian ni.
Trima kasih juga kepada isteri yg tercinta kerana sangat menyokong dan memahami hidup sebagai seorang student..terlalu banyak duri dan ranjau yang perlu diharungi sepanjang 4 tahun ini..sempat jugak mengandung 2 kali . Alhamdulillah..Terima kasih Allah..
Jom turut serta bersama e-keluargagader Bonding Day #dirumahaje secara virtual! Bukan sahaja dapat eratkan hubungan dengan keluarga tersayang, tapi boleh lakukan aktiviti yang menceriakan bersama-sama. Hadiah menarik menanti anda sekeluarga!
Yuran hanya RM20.00 sahaja terhad untuk 30 famili sahaja. Satu famili 2 dewasa 2 kanak-kanak. Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar segera di sini: http://www.wasap.my/60169647520
Mayat bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam kotak di sebuah gerai kosong. Mayat seorang bayi lelaki yang lengkap sifat dijumpai berbungkus dalam kain di dalam sebuah kotak, dipercayai ditinggalkan di sebuah gerai tidak bernombor di Batu 13, Jalan Jeroco, Lahad Datu.