Seperti yang diketahui, sebelum Ramadan telah berlakunya banjir di sebahagian kawasan di sekitar Johor. Lebih membimbangkan penduduk yang terkena bencana tersebut apabila hampir seminggu mereka diuji dengan banjir termenung. 

Walaupun ada beberapa kawasan air banjir sudah surut, namun mereka terpaksa terkejar-kejar untuk membuat pelbagai persiapan seperti persiapan persekolahan anda, persiapan Ramadan dan juga kerja-kerja mencuci rumah. 

Boleh dikatakan, kerja-kerja pembersihan rumah kali ini amat mencabar kerana paras air banjir yang naik mencecah tinggi dada orang dewasa. 

Bercerita mengenai sambutan Ramadan kali ini, mangsa banjir Norhasanah Kassan Basseri berkata, dia dan tujuh ahli keluarganya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani di sini selama 21 hari dan tidak sempat untuk menje­nguk rumah kerana dinaiki air sebelum mula surut sejak tiga hari lalu.

Katanya, keadaan rumahnya masih berselerak apabila dima­suki air pada paras dada orang dewasa yang menyebabkan banyak peralatan hanyut di dalam rumah.

Ads

“Saya hanya cari kelengkapan yang ringkas untuk masak keperluan bersahur. Apa yang ada hanyalah telur, sayur di belakang rumah juga hampir mati ditenggelami air.

“Banjir ini yang kedua berlaku sejak banjir besar pada 2007 hingga memaksa kami menginap di PPS selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Andin di sini semalam.

Sementara itu, jiran Norhasa­nah, Kasmah Karim, 64, yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan lima orang cucunya amat bersyukur selepas dibenarkan balik..

Ads

Ujarnya, tumpuan sekarang adalah untuk membersihkan rumah yang boleh diumpamakan seperti ‘kapal karam’ selepas dimasuki air kira-kira sedalam 3 meter.

“Untuk bersahur cukup sekadar ikan kering serta telur ayam kicap sebagai juadah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa selepas lebih menumpukan untuk mencuci rumah,” katanya.

[EKSKLUSIF] Kalau Nak Jadi Perdana Menteri Kenalah…Nasihat ‘Deep’ Tun M Kepada Umar

Ads

[TIPS]

Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA  dan join keluargagader club

Hanya Berlaukkan Telur Dan Ikan Masin, Mangsa Banjir Johor Tak Sempat Buat Persediaan Ramadan

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI