Orang kata, kalau dah cinta pasti akan sanggup melakukan apa sahaja asalkan tidak bertentangan dengan agama.
Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda yang tinggal di Kelantan, dia sudah menjalin cinta bersahaja seorang gadis yang menetap di Perlis selama 2 tahun namun tidak pernah berjumpa dengan gadis tersebut.
Perkenalan menerusi laman sisial Facebook telah membibitkan rasa cinta buat keduanya namun baru-baru ini tindakan gadis tersebut yang tiba-tiba mendiamkan diri selama 2 bulan telah menjadikan pemuda itu nekad untuk mencarinya walauoun jarak di antara tempatnya menetap ke lokasi gadis tersebut sangat jauh.
Namun apa yang menarik mengenai hubungan ini, pencarian pemuda itu bersama adiknya hanya berbekalkan nama kampung dan juga dekorasi dari rumah yang pernah dilihat sewaktu video call dahulu.
Kesungguhan pemuda ini benar-benar memeranjatkan adiknya yang telah memuatnaik video di laman TikTok miliknya.
“Serius aku tak faham orang tua-tua bercinta. Abang aku jauh dari Kelantan, datang cari rumah GF dia tanpa lokasi, tanpa apa-apa.
“Hanya berbekalkan nama kampung dan sedikit video dari dalam rumah, bukan luar rumah tau! Dalam rumah. Dia cam tiang warna apa gitu je,” katanya.
Hanya mahu dikenali sebagai Mar, katanya, dia memuat naik video tersebut kerana mahu berkongsi tentang betapa hebat pengorbanan abangnya yang sedang dilamun cinta.
Menurut Mar, abangnya yang berusia 38 tahun mengenali teman wanitanya menerusi Facebook sejak dua tahun lalu, namun belum pernah bersemuka.
“Tak pernah jumpa. Hati abang sudah berkenan (suka) pada dia. Ada yang berkenan tu, yang itu la. Lagipun sekarang kan susah cari jodoh.
“Baru pergi cari sebab dia dah dua bulan senyap, telefon tak dapat. Cuma rancang nak kahwin kan, kena pergi cari rumah dulu.
“Dulu kekasih dia hantar video tunjuk jalan depan rumah. Kan kita boleh nampak warna tiang dengan persekitaran rumah tu macam mana. Dari situ abang saya boleh cari,” katanya yang tidak mengetahui sebab abangnya bersama kekasih ‘terputus hubungan’.
Mar yang berusia 29 tahun menegaskan bahawa kekasih abangnya itu sememangnya wujud kerana kedua-dua mereka sering berhubung sebelum ini.
“Mereka selalu buat video call. Dia bukan scam, cuma tak tahu dia pergi mana masa tu.
“Sunyi sepi tak ada khabar sebab itu abang pergi cari.”
Menurut Mar, dia dan abangnya melakukan pencarian selama beberapa jam sebaik tiba di Perlis sebelum menemui rumah berkenaan.
“Dalam dua hingga tiga jam. Nasib baik jumpa, rumah tu betul. Tapi girlfriend dia tak ada.
“Rumah tu kosong. Cuma diberitahu rumah tu dah kosong sejak dua bulan,” katanya sambil menambah bahawa kekasih abangnya itu berkemungkinan berpindah ke lokasi lain.
Mengulas lanjut, Mar yang menemani abangnya dari Kelantan ke Perlis terpaksa pulang hampa kerana tidak bertemu dengan kekasih.
“Balik kosong begitu je la. Apa boleh buat?” katanya mengakhiri perbualan.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata meninggalkan pesanan agar pemuda ini banyak bersabar dan berdoa kerana jodoh pertemuan ditentukan Allah.
“Jika gadis itu memang jodohnya, pasti akan bertemu nanti.”
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club