Perut kempis sememangnya idaman setiap orang. Perasaan malu pasti ada bila ada masalah dengan perut buncit ataupun boroi.
Bagi mak-mak pasti alami masalah buncit maklumlah lepas kahwin jika tak jaga memang nampak ketara ‘boroi. Nak pakai kebaya pun segan.
Juga, jangan ingat orang yang badan berisi je ada masalah perut buncit. Bagi yang kurus pun ada yang perutnya buncit atau menggeleber, lebih-lebih lagi wanita yang pernah mengandung dan melahirkan.
Nak tahu petua rahsia cara kempiskan perut. Ikuti cara ini. Mudah ajer nak buat. Bahan-bahan pun mudah nak cari. Jom buat!
Pagi ni Hakak nak share satu resepi air detox buat yang suka sangat detox setiap pagi. Baru lah kempis perut ni kan sebab apa yang kita makan senang jer dibuang.
Boleh guna macam macam buah untuk kita detoks. Tapi hari ni Hakak nak buat air rebusan pink. Ada rasa masam dan panas barulah bergetar lemak lemak kita kan.
Mudah jer cara nak buat air detok pink ni. Jom kita tengok satu persatu nak buat macam mana.
2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia
Cara membuatnya.
1) Rebus 1 liter air
2) Basuh semua bahan dan potong kecil
3) Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4) Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5) Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
Senang kan resepi kurus kita hari ni. Color air ni warna pink sebab Yana guna asam masin merah. Sedap tau mesti cuba, yang penting perut jadi kempis.
Kredit: Diana Said