Hanya 15 Minit Lihat Anaknya Pegang Smartphone, Ibu Itu Dikecam. Lelaki Ini Kongsi Peringatan Agar Jangan Mudah Hakimi Orang Lain. Deep!

Share

Tugas bergelar ibu adalah tanggungjawab yang berat lebih-lebih lagi apabila bergelar surirumah sepenuh. Bagi yang bekerja, ada masa luangnya apabila tiba waktu rehat. Namun bagi yang sepenuh masa, tentu akan menguruskan anak-anak dari pagi sehingga malam.

Tiada istilah rehat baginya kecuali waktu anaknya tidur. Malah waktu makan pun, tetap diganggu oleh anak jika mood tantrum. Untuk jalan singkat, ada ibu menjadikan smartphone sebagai penyelesaian masalah sementara buat dirinya biarpun tahu, kesan yang tidak baik untuk anak kecil.

Namun, sikap itu telah disalah erti pada mata yang memandang dengan membuat kecam bahawa ibu itu tiada kesedaran mengenai kesan negatif penggunaan smartphone kepada kanak-kanak.

Namun melalui perkongsian lelaki ini, kecaman itu tidak harus berlaku hanya melihat situasi beberapa minit sahaja tanpa mengetahui sebab sebenar ibu itu bertindak begitu. Deep perkongsian ini. Moga jadi ikhtibar bersama supaya menjadi seorang yang lebih alert dengan persekitaran.

Toddler crying in high chair

Jangan terlalu mudah untuk menghakimi orang lain disekeliling kita,sedangkan kita tidak pernah ada bersama mereka.

Ada ibu kehidupan harian dia tak sama macam ibu ibu lain. Ada ibu kejutkan anak anak waktu pagi,sediakan makan minum sebelum mereka ke sekolah. Kadang kadang susun pula buku buku anak anak mengikut jadual kelas.Anak nak darjah 1 menangis tak henti lagi sejak dimandikan sehinggalah siapkan pakai baju seluar semua.

Dalam masa yang sama berlari kecil kebilik pakaian untuk iron-kan baju dan seluar suami. Sediakan pula sarapan pagi kegemaran suami. Walaupun penat masih mampu gerakkan otot muka untuk lemparkan senyuman kepada anak anak dan suami sebelum mereka keluar rumah sehinggalah hilang dari pandangan mata.

Setelah kunci pagar dan pintu utama. 
Pergi ruang tamu semuanya masih berselerak dengan permainan adik,angah,abang long main malam tadi. ish ish ish.. bertuah betul anak anak ni,malam tadi suruh kemas tapi tak kemas,siap diorang balik sekolah nanti. mulut pot pet pot pet membebel tak henti.

Selesai kemaskan ruang tamu,ruangan dapur. Baru badan mahu rebahkan disofa tiba tiba tangisan si kecil 2 tahun terdengar dari dalam bilik. Umie….Umie… Si kecil memanggil.

Badan yang baru mencecah sofa terus melantun bangun. Ya Sayang Ya Sayang.. Umie datang ni…Terus dicium,dipeluk si kecil yang comel dan bau yang wangi itu.

Setelah semuanya selesai. Perut pula terasa lapar,lapar sangat sangat walaupun penat. Jam menunjukkan 12.30 pm. Ibu ini teringin pula nak makan asam pedas. Elok sangatlah nanti terus tunggu ambil anak anak disekolah,hari ini tapau sajalah makanan untuk anak anak. Kata hati.

Kecaman buat wanita itu

Gambar hiasan

Ibu ini masuk ke dalam kedai bersama si kecil 2 tahun tadi,terus dapatkan meja yang masih kekosongan. Diletaknya si kecil dalam kerusi khas untuk bayi supaya si kecil tak berlari lari dalam kedai makan. Ibu keluarkan smartphone,selfie sekeping dua lalu hantar kepada suami.

Baru sahaja mahu menjamah hidangan. Si kecil mula meragam. Ibu tak ada idea lain,keluarkan smartphone buka video umar hana dan beri kepada anak

Namun apa nasib ibu ini. Ada pula mata yang sedang memerhati. Snap gambar ibu bersama si kecil yang sedang bersama smartphone. Terus upload di facebook dengan satu lontaran hebat;

Lihatlah ibu sekarang,telah merosakkan anak dengan smartphone. Tidak sayang anak kah? Tak bacakah kajian smartphone ini boleh menjejaskan stimulasi sensori otak bayi?

Inilah ibu ibu sekarang,jadikan gadget sebagai babysitter kepada anak. Aku memang taklah bagi anak main gadget ni. Aku taknak rosakkan otak anak aku macam orang ini. bla bla bla. ((mula muji diri sendiri))).

Itulah sesetengah kita hari ini. Apabila diberi sedikit ilmu,kesedaran maka kita mula memandang orang lain dengan pandangan jahil,hina dan terus menghakimi. Bahkan mengajak orang lain pula untuk sama sama bersetuju dengan pendapat kita. Sedangkan kita hanya menyaksikan 10-15 minit dari 24 jam kehidupan mereka. Kita tidak pernah ada dalam jam jam dan keadaan mereka yang lain.

Usah aibkan orang lain.

Cukuplah didik masyarakat dengan cara mengaib,menghukum dan menghina orang lain. Itu bukan cara islam,itu bukan cari orang berilmu,itu bukan cara kita ubah dunia.

Banyak cara untuk kita didik masyarakat. Jika kita benar benar ikhlas mahu beri kesedaran kepada masyarakat tentang bahaya smartphone kepada bayi dan kanak kanak. Ambil pendekatan berhemah,print banyak banyak keratan akhbar atau flyers tentang kuburukan gadget dan hulurkan kepada mereka sebelum kita beredar keluar dari mana mana premis.

Kita mahu ubah masyarakat dengan kasih sayang dan belas kasihan. Bukan dengan rasa benci dan memberi hukuman. Bersangka baik dahulu supaya mudah untuk berdakwah. Kita diberi akal dan ilmu,manfaatkan kedua ini supaya orang lain juga dapat manfaat.

*Jalan cerita di atas hanyalah penceritaan semula yang diambil dari perkongsian ibu ibu yang sempat saya baca. Mungkin situasi diatas pernah berlaku kepada ibu ibu semua.