Kekeluargaan

Hantar Barang Dapur Pada Anak Tiap Bulan Walaupun Sudah Kahwin, Wargamaya Terharu Kasih Bapa!

Share

Biarpun anak-anak sudah berumah tangga namun kasih seorang ayah terhadap anaknya seperti yang dikongsikan oleh satu akaun Tik Tok mendapat perhatian ramai.

Menerusi perkongsiannya seorang pengguna laman Tiktok @fyfa09 yang berkongsi tentang sikap ayahnya yang masih menjalankan tugas sebagai seorang bapa dengan membelikan barangan dapur untuk anak-anak walaupun sudah ada yang berkahwin.

“Siapa ada ayah suka beli ke kita walaupun dah jadi isteri.

“Sebaldi dua ayah i mai hantar,” tulisnya.

Akui wanita itu, setiap bulan ayahnya tidak terlepas menghantar barangan dapur tanpa gagal. Malah, bukan hanya untuk dirinya tetapi adik-beradik lain turut berikan layanan yang sama.

Antara barang basah yang dibeli adalah seperti udang, ayam, ikan, sotong, daging dan sayur-sayuran.

Tidak ketinggalan barang kering seperti sos tiram, telur, garam, minyak, beberapa tin sardin, perencah nasi goreng serta beras.

Bahkan bukan hanya barangan basah dan kering, ayah penyayang ini juga turut menyelitkan wang belanja sekitar RM50-RM100 untuk anak-anaknya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata wargamaya tersentuh melihat layanan dan kasih seorang bapa terhadap anak-anaknya.

 

@fyfa09 Siapa ada ayah suka beli ke kita walaupun dah jadi isteri🥹, sebaldi dua ayah i mai hantar💓🫂 #dad
#fyp #funnyvideos ♬ For videos! Rejector weakness system – MoppySound

Menarik: Murahnya Hati MUA Bellaz Belanja 500 Rider Petrol Percuma!

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my