Hanis Zalikha Kongsi Amalan Berpantang, Bengkung Memang Wajib Pakai

Share

Hanis Zalikha sama seperti ibu-ibu selepas melahirkan ingin mendapatkan kembali bentuk tubuh sebelum bersalin. Menjadi idaman setiap wanita untuk langsing dan menyarung semula baju-baju sebelum bergelar ibu.

Banyak amalan yang dilakukan oleh Hanis. Ternyata ibu jelita ini cukup disiplin dan konsisten melakukan amalan ketika berpantang. Patutlah Hanis selalu nampak cantik dan berseri.

Hanis Zalikha Kongsi Amalan Berpantang

Antara yang dikongsikan Hanis ialah amalan pemakanan seimbang, sitz bath untuk membantu penyembuhan luka serta amalan memakai bengkung semasa proses berpantang.

JAGA PEMAKANAN & PAKAI STOKING KETIKA DI HOSPITAL

Hanis berada selama seminggu di hospital selepas bersalin. Apa yang dilakukan Hanis semasa di hospital sepanjang tempoh tersebut ialah menjaga pemakanan dan memakai stoking.

AMAL SUSU KURMA

Semasa berpantang, Hanis juga mengamalkan meminum susu kurma dan jus kranberi selain minuman lain. Jus kranberi adalah kegemaran selebriti ini. Minuman diminum panas-panas.

Bengkung Memang Wajib Pakai

JENIS BENGKUNG

Berbengkung diamalkan oleh Hanis. Hanis memakai bengkung yang ditempah khas berserta minyak.

PAKAI TIGA BENGKUNG SEMASA PANTANG

Hanis memakai tiga jenis bengkung ketika berpantang. Sebab itu perutnya cepat kempis.

GUNA KHIDMAT PERAWAT PANTANG

Menggunakan perkhidmatan perawat pantang amat membantu Hanis dalam tempoh ini. Perawat membantu menguruskan hal berpantang dan menjaga Alisa pada sebelah siang.

AMBIL MENU SEIMBANG, LAUK KEGEMARAN IALAH IKAN

Hanis juga berkongsi dia mengambil sajian berpantang yang sama setiap hari. Cuma hanya dua hingga tiga kali sahaja dia bertukar kepada ayam dan daging. Selain dari itu, ikan menjadi pilihan Hanis sepanjang tempoh berpantang.

SITZ BATH 2 MINGGU PERTAMA BANTU LUKA SEMBUH CEPAT

Hanis yang bersalin secara normal berkongsi caranya menjaga luka bersalin. Dia mengikut saranan doktor iaitu dengan membuat rendaman garam (sitz bath) setiap hari selama dua minggu pertama.

Kata Hanis, ia mudah dilakukan dengan menggunakan air suam dan 2 hingga 3 sudu garam dan larutkan.

MANDIAN HERBA

Hanis juga mengamalkan mandi herba. Air mandian herba pula disiramkan ke tubuh.

PAM SUSU 

Hanis juga turut berkongsi dia turut mengepam susu badan semasa tempoh berpantang. Tetap sediakan stok untuk kecemasan.

TIDAK AMAL SEMUA, RUJUK DOKTOR

Adat berpantang tidaklah diamalkan secara total oleh Hanis. Ibu dua cahaya mata ini mengamalkan pantang yang sesuai dan banyak merujuk doktor sebelum mula berurutm bertungku, bertangas dan sebagainya.

SAUNA UNTUK BERPELUH

Antara amalan pantang yang kurang digemari Hanis ialah bertangas. Dia bagaimana pun tetap bersauna bagi memastikan diri berpeluh.

TIP SEMASA BENGKAK SUSU IALAH TUAM PANAS

Tuam panas menggunakan botol susu lembut bantu Hanis semasa bengkak susu. Warm compress dilakukan Hanis dengan menggelekkan botol pada dada sebelum urut kemudian baru pam.

RASA STRES CEPAT CIUM BAYI

Hanis mengakui semasa berpantang adakalanya emosi tidak stabil. Justeru untuk mengawal perubahan emosi, Hanis akan memandang Alisa dan mengucapkan kesyukuran kemudian akan mencium anak keduanya itu.

Sumber gambar: Instagram haniszalikha 

Baca artikel lain di sini: “Pergi Sekolah Dengan Simple & Seronok!” Hanis Zalikha Kongsi Tip Berguna Untuk Ibu Ayah

“Waktu Lahirkan Yusuf Mampu, Sekarang Sukar Urus Dua Serentak.” Hanis Zalikha Syukur Jumpa Pengasuh Baik & Sesuai Jaga Anak-Anaknya

“Seluar Senteng, Belacan” Gelagat Comel Anak Hanis Zalikha Buat Netizen Terhibur