“Hangpa Tak Layak Gelar Diri Mak Ayah…” – Gadis Dedah Penderaan oleh Ayah Tiri Di Instagram

Share

Ibu bapa memain peranan bukan sahaja sebagai pencari nafkah malah sebagai pelindung juga. Malangnya, ada sesetengah anak yang tidak menerima kasih sayang orang tuanya. Berat hati mendengar apabila anak disakiti oleh mereka.

Baru-baru ini, seorang pengguna Instagram yang dikenali sebagai Dahlia, 19, telah memuat naik beberapa hantaran yang mengejutkan. Dahlia memberitahu dunia bahawa dia adalah salah satu mangsa penderaan rumah tangga.

“Saya telah didera dengan teruk oleh ayah tiri saya semalam. Saya trauma. Dia cekik dan tampar saya. Kemudian, campak saya di lantai dan pijak kepala saya seperti bola. Dia juga tendang badan saya berulang kali. Dia pijak kepala Dahlia banyak kali sambil hentak-hentak guna kaki dia. Mata tu bengkak, lebam dan pecah darah sebab dia jijak guna tumit dia. Sangat kuat. Macam betul-betul nak bagi kepala pecah. Dia tarik rambut dan leher Dahlia. Dia terajang sampai terhantuk pintu. Dia tendang Dahlia sampai terkeluar pintu rumah dan termasuk ke bawah kereta. Dia dah angkat parang nak tetak tapi nasib baik jiran datang dan dia lari masuk rumah tutup pintu” jelas Dahlia.

Menurut The Star (2022), terdapat lebih daripada 600 kes penderaan rumah tangga setiap tahun dan lebih 1000 kes penderaan kanak-kanak tahun ini di Malaysia.

Dahlia juga memuat naik rakaman suaranya ketika berdepan dengan ayah tirinya di balai polis.

“Hangpa tak layak gelar diri mak ayah tahu tak?” luah mangsa tersebut.

Mujur, Dahlia dan ayah kandungnya telah membuat laporan polis di Parit Buntar, Perak. Ayah tiri serta ibunya akan disoal siasat oleh pihak berkenaan.

Mangsa tersebut telah juga memuat naik gambar keadaan mukanya selepas kejadian itu.

Semoga adik Dahlia mendapat keadilan yang patut diterima dan kami dari Keluarga doakan yang terbaik buat Dahlia. Semua orang boleh jadi ibu bapa tapi tidak semua yang layak. Kepada ibu bapa diluar sana, ingatlah, ibu bapa ibarat pelindung kepada anak-anak dan mereka sepatutnya sentiasa rasa selamat ketika bersama anda.

Terima Kasih.

Sumber: @d4hleea di Instagram