Betul lah kata pepatah, air yang dicincang tidak akan pernah putus. Itulah ungkapan yang sesuai bagi adik beradik tidak kiralah yang tidak baik atau berpisah disebabkan masalah keluarga, pastinya mereka ini akan berbaik dan disatukan semula.
Contohnya seperti yang tular baru-baru ini, adik beradik yang sekian lama terpisah dek kerana masalah keluarga akhirnya bersatu semula setelah 54 tahun.
Video yang tular itu dikongsikan oleh seorang pengguna laman Tiktok menggunakan akaun @adukirana3036, yang menunjukkan seorang lelaki yang dikenali sebagai abang cik sudah 54 tahun melarikan diri dan berhijrah ke Sabah. Dia juga sudah 54 tahun tidak pulang menziarahi keluarganya di Jitra, Kedah.
Kepulangannya disambut dengan tangisan sebak si adik yang sekian lama menantikan individu yang paling dirinduinya itu.
“Hang tinggai aku lama noh abang cik noh, hang tak ingat kampung dengan aku noh,” katanya sebaik sahaja melihat abang aciknya dan terus memeluk dan menangis.
Tambahnya, “tak dak sapa dh bang cik oiii, habis..” seakan meluahkan rasa sedih kemungkinan berlaku pemergian buat selama-lamanya dalam kalangan keluarga mereka.
Bagaimanapun, si abang kelihatan memujuk si adik yang sedari tadi kelihatan bersedih dengan mengusap tangan supaya kesedihan itu dapat diredakan.
@adukakirana3036♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai yang menonton turut rasa sebak melihat si adik menangis menahan rindu sebaik sahaja melihat abangnya. Malah ada yang berpendapat, orang yang ditinggalkan dan orang yang meninggalkan lain perasaan masing-masing.
Sumber : @adukakirana3036
Dapatkan Telaga Biru Pakej Kenal Jawi Kenal Al Quran Set dengan kos diskaun RM5, dengan menggunakan kod KELGST5 di sini