
Sekeping gambar terbaru yang dimuat naik pasangan selebriti Intan Ladyana dan suaminya, Harris Alif di media social mereka menarik perhatian ramai.
Mana tidaknya, buat pertama kali wajah comel anak kedua mereka, Umayr dikongsikan buat tatapan ramai.
Gambar satu keluarga itu diambil bersempena sambutan Hari Raya Aidil Adha pada Isnin lalu.
“Family,” tulis Harris ringkas di kapsyen.
Manakala Intan pula sempat mengucapkan ucapan hari raya aidil adha buat semua pengikutnya di Instagramnya.
“Happy eid al adha from Harris, Intan, Evie & Umayr,” tulisnya.
Namun apa yang paling menarik perhatian pastinya wajah comel Umayr yang dikongsikan kedua mereka.
Biarpun dilihat sipi-sipi namun pengikut pasangan ini sudah pun memperlihatkan wajah ‘handsome’ Umayr, apa lagi dengan rambutnya yang cukup lebat kehitaman.
Bukan itu sahaja, bahkan wargamanya turut memuji kecantikan asli yang dimiliki Intan, begitu juga anak-anak yang kesemuanya comel belaka.
Terdahulu, Intan dan Harris Alif mendirikan rumah tangga pada 6 Februari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan sepasang cahaya mata, Evie dan Umayr.
Menarik: Siti Nurhaliza Nak Jaga Kesihatan Di Usia 45 Tahun, Tak Fokus Tambah Anak
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my
“Hari Ni Bekal Terakhir Abang Sebagai Pekerja TNB”- Suami Luah Rasa Sebak Sampai Pencen Isteri Buatkan Bekal

Dalam menjalani kehidupan suami isteri, sama ada dalam keadaan susah atau senang kita akan lalui bersama-sama. Umpanya ketika di awal perkahwinan, meskipun hidup tidak semewah mana namun kita tetap rasa bahagia bila saling menyanyangi dan menghargai pasangan masing-masing.
Lama kelamaan dengan usaha dan ketabahan menjalani kehidupan, rezeki semakin dipermudahkan sekali gus terasa hidup cukup sempurna.
Berkongsi pengalaman daripada seorang suami ini yang dikenali sebagai Ariff Budiman Zainal Abidin, yang menyifatkan perkahwinan bersama isteri tercinta merupakan suatu perkara yang amat dihargai di dalam hidupnya.
Telah banyak pengorbanan yang dilakukan oleh isterinya terhadapnya. Antara yang dikongsikan adalah isterinya akan sentiasa mempersiapkan bekal makanan setiap hari untuk dibawa ke tempat kerja hinggalah pada hari terakhir dia berkhidmat sebagai pekerja di TNB, dan itu sangat-sangat menyentuh hatinya.
Ikuti perkongsiannya di sini.
Tahun 1984 saya mula bertugas di LLN dengan gaji pokok sebanyak RM140 sebulan. Tahun 1986 saya berkahwin dengan hasil pilihan emak. Isteri menerima saya walaupun dia tahu gaji saya serendah itu. Syukur bila dah berkahwin, Allah bukakan pintu rezeki kami. Saya di naikkan pangkat dan gaji.
Bila di kurniakan anak pertama, gaji saya terus melonjak. Saya mula memasang impian akan membawa isteri berjalan2. Dia tidak jemu2 masak untuk saya membawa bekal. Katanya jimat. Ketika berbual, saya berkata bila pencen kami akan pusing Malaysia. Saya nak bawa dia jalan2. Isteri hanya tersenyum
Ternyata kita hanya mampu merancang namun Allah sebaik2 perancang. Tahun 2008 isteri di jemput Allah hasil dengki kianat manusia. Dia hanya mampu menjadi isteri kepada pekerja TNB selama 23 tahun.
Tahun 2009 saya telah di satukan dengan isteri sekarang. Dia pula menyambung tugas membekalkan masakannya untuk saya bawa ke tempat kerja.
Setiap malam isteri akan bertanya esok nak bawa bekal apa. Setelah bersama saya sebagai isteri TNB selama 12, akhirnya hari ini merupakan hari terakhir saya sebagai pekerja TNB. Sambil hulur bekal bihun goreng dan hotdoq isteri berkata…
” Hari ni bekal terakhir abang sebagai pekerja TNB.” Walaupun saya senyum tapi jauh di sudut hati terlalu banyak dugaan sepanjang bertugas di TNB. Sedih, gembira, mistik. Semua tu menjadi kenangan.
Buat arwah isteriku Siti Aishah moga syurgalah tempatmu. Terima kasih Allah kerana meminjamkan dia untukku walaupun hanya sementara.
Dia telah membahagiakan saya. Buat isteriku yang kedua Rosnah. Terima kasih kerana sudi menerima dan meneruskan tugas sebagai isteri dengan baik.
Sumber : Ariff Budiman Zainal Abidin
ARTIKEL MENARIK : Cara Kurangkan Air Bah Masuk Rumah, Begini Lelaki Ni Buat Bila Tiap-Tiap Tahun Hadapi Banjir!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Kereta Ditenggelami Banjir, Ada Perkara Perlu Buat Untuk Minimakan Kos Baik Pulih!
Baca Ini Juga :Rupanya Kalau Ada Ekzema Bukan Makanan Laut Je Kena Pantang, Tapi 12 Jenis Sayur & Buah Ni Juga!
Nak macam-macam info? Sila subscribe channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club
Sambut Hari Lahir Anak, Sesi Suap Mak Ayah Kurang Penglihatan Raih Sebak Orang Ramai!

Lain orang lain erti bahagia buat mereka. Tetapi dikelilingi orang yang tersayang adalah kebahagiaan yang tidak boleh diungkap dengan kata-kata. Saling memerlukan antara satu sama lain, dan tolak tepi kekurangan diri menjadikan sebuah keluarga itu lebih kuat ikatannya.
Seperti kisah keluarga ini, meskipun ibu dan ayah mempunyai kekurangan dari sudut penglihatan, tetapi anak-anak terima dengan kekurangan tersebut dan tetap di sisi. Didikan orang tuanya sememangnya patut diberi pujian!
Menerusi perkongsian anisa_samsudin di laman TikTok, kelihatan dia bersama suami sedang menyambut ulang tahun kelahiran zuriatnya yang bernama Amani. Walaupun mengalami masalah penglihatan, namun mereka tetap berada di sisi anak demi bersama-sama meraikan majlis kecil itu.
Selain itu, mereka juga turut bersama-sama menyanyikan lagu birthday sebelum berakhir dengan tiupan lilin. Namun, timbul pula satu detik paling hiba ketika si anak menyuap kek kepada ibu bapanya.
Walaupun dia tidak dikurniakan dengan orang tua yang sempurna, namun ia bukanlah alasan daripada mengecapi kebahagiaan. Dalam masa sama, Anisa juga turut mendoakan agar anaknya mampu membesar menjadi insan yang mulia serta solehah.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai tidak henti-henti menitipkan ucapan tahniah serta doa kepada mereka semua. Malah, berharap agar si anak mampu menjadi insan yang solehah serta dapat membanggakan kedua ibu bapa.
Sumber : Tiktok anis_samsudin
Tak Salah Beri ‘Me Time’ Isteri Buat Benda Minat & Suka. Suami Jangan Tutup Rapat Mata & Telinga”. Lelaki Ni Kongsikan Sebabnya!

Tugas seorang ibu bukan sesuatu yang mudah. Menguruskan anak-anak dan rumah tangga sendiri, mungkin ada yang kata tak perlu pening kepala nak fikir hal kerja, tak perlu stres mengadap jem dan sebagainya. Namun sebenarnya tugas suri rumah paling stres. Bermula pagi membawa ke malam, tiada istilah bersenang lenang dan hanya waktu tidur masa untuk rehat. Belum bab cuti umum, orang lain ‘merdeka’ dari bebanan kerja namun tugas suri rumah sama sahaja.Begitu juga dengan wanita yang bekerja, pulang dari kerja anak-anak dan keluarga menjadi keutamaan. Sebab tu sebagai suami , kena buka mata dan lihat penat lelah yang dilalui sang isteri. Tak salah menghulurkan bantuan waima mencuci sebiji cawan pun itu sudah membuatkan isteri anda rasa dihargai.
Penat macam mana sekalipun bila ada insan tersayang yang prihatin semuanya akan hilang di bawa dek angin lalu. Tak salah kan kalau beri isteri sedikit waktu untuk ‘me time’. Itu barulah dinamakan #relationshipgoals
Baca perkongsian dari saudara Akhtar Syamir menerusi laman facebooknya. Moga bermanfaat!
“ME TIME”
“Sayang, boleh tak arinie sayang nak keluar dengan Kak Risz dan Ana? Anak-anak, sayang bawak sekali, Ana pun bawak Aiman.”
Belum sempat dia sambung, saya dah cakap “Boleh sayangku, jaga diri baik-baik, jaga anak-anak.”
Kenapa saya terus benarkan tanpa banyak soal? Pergi mana pun tak tau, balik pukul berapa pun tak tau. Tapi main bagi je.
Kerana saya nampak nie sebagai peluang. Peluang untuk beri isteri saya dapat sedikit sebanyak “ME TIME” yang boleh. Saya sedang bekerja, jika tidak saya sendiri akan jagakan anak-anak untuk dia. Lagipun saya kenal dengan ipar-ipar Isteri saya tu.
Apa sebenarnya “ME TIME” nie ye?
“ME TIME” ialah situasi di mana pasangan kita mendapat masa terluangnya SENDIRI dan dia bebas melakukan apa yang dia mahukan. Terpulang jika dia nak bawak anak ke tak nak. Pilihan terletak di tangan Isteri tetapi mengikut kesesuaian keadaan jugak. Kalau suami tengah bekerja macam mana nak tolong jagakan anak ye tak?
Sehebat mana pun kita biasa dengar pasal QUEEN CONTROL, sebenarnya kes di mana Isteri tidak mempunyai kuasa untuk bersuara atau menentukan apa – apa dalam hidup adalah amat banyak. Cuma kita je yang tak tau sebab Isteri yang diperlakukan sebegini jarang berkongsi kerana tidak mahu mengaibkan suami dan dirinya sendiri.
Senario seperti, suri rumah atau Isteri yang bekerja tidak boleh melakukan aktiviti lain selain mengemas rumah, memasak serta menguruskan suami dan anak sahaja. Sebaliknya suami bebas mempunyai masanya sendiri seperti berjumpa kawan, memancing, berkonvoi kenderaan, bersukan sendiri di gym dan hobi – hobi yang lain sambil meninggalkan Isteri di rumah setia menanti cinta hatinya pulang dari “ME TIME” mereka.
Soalan seperti “Abang boleh, kenapa sayang tak boleh? Sayang pun nak keluar dengan kawan / ipar / adik beradik jugak” bakal disangkal dengan perkataan “awak tu isteri orang, anak pun dah berderet, duduk rumah jaga anak je, itu tanggungjawab awak, nak keluar buat apa”?
Amatlah kasihan apabila terjadi perkara sebegini di mana pasangan menutup rapat mata dan telinga tentang betapa pentingnya “ME TIME” buat Isteri.
Kenapa ianya penting? Kerana kita sebagai suami belum tentu mampu buat apa yang Isteri kita buat SETIAP HARI.
Jangan bohong jika ada suami berbangga berkata mereka boleh menggantikan SEMUA tugas Isteri. Sehari mungkin, dua hari dah mengeluh, seminggu dah tension, sebulan dah naik gila. Memang tersangat penat. Kita kadang-kadang nampak senang kerana mereka hebat dan cekap dalam membuat kerja-kerja tu. Ambil contoh basuh berak anak je. Bukan semua lelaki mampu. Itu tak masuk bab bagi makan anak. Kalau anak tak nak makan, terus kita biarkan je. Sedangkan kalau Isteri yang bagi, mesti dipaksanya habis sepinggan.
Salah satu komponen dalam “ME TIME” ialah rehat. Isteri kita perlukan rehat. Penat weh jadi suri rumah sepenuh masa. Penat jugak menjadi suri rumah DAN bekerja. Bagilah mereka rehat jugak. Mungkin ada yang kata “saya tak perlukan ME TIME, saya nak spend masa dengan anak dan suami je”. Bagus juga begini, tapi itu pilihan anda. Keluarga kita, kita corakkan BERSAMA. Bukan dari suami sahaja.
Komponen lain dalam “ME TIME” ialah bersosial.
Bila dengar perkataan nie saya jamin ramai suami yang dah mula marah. Bersosial tidak salah. Jika perkara buruk terjadi dari bersosial, orang tu sendiri yang perlu dipersalahkan. Bukan konsep bersosial tu. Bersosial dalam kawalan adalah amat baik di mana Isteri meluangkan masa bersama adik beradik, kawan dan ipar yang kita kenal. Mereka tersangat perlukan benda nie. Bayangkan hari-hari mengadap muka kita dan anak-anak je. Sedangkan kita pergi kerja dapat juga jumpa kawan-kawan. Janganlah pandang negatif perkara nie kerana ia amat memberi manfaat kepada Isteri kita.
Akhir sekali ialah minat dan hobi. Kita sebagai suami ada minat dan hobi kita. Ada yang minat bermotor, kereta, memancing, gym, tengok bola, futsal, bowling dan lain-lain. Kalau kita boleh, kenapa kita anggap isteri kita tak perlu semua tu? Isteri pun manusia jugak kan?
Saya bukan nak ajar macam mana nak uruskan rumah tangga. Cuma saya nak bukakan mata yang selama nie tertutup. Harap jangan salah faham dan buang ego tu jauh-jauh. Kita bukan sentiasanya betul. Termasuklah saya sendiri.
Berilah “ME TIME” kepada Isteri anda. Mereka layak dan perlukannya. Mesti mereka seronok dapat keluar bersama rakan perempuan dan buat aktiviti perempuan yang kita sendiri sebagai lelaki mungkin tidak faham. Tahan ke nak menunggu berjam-jam mereka window shopping? Belum tentu kan?
Hasilnya, anda akan hidup dalam keluarga yang harmoni, toleransi dan Isteri yang happy. Saya selalu tekankan ;
Isteri yang Happy = Keluarga yang happy.
Dan konsep “Kebebasan yang Terkawal” perlu diterapkan. Ianya umpama bermain layang-layang, bebas tetapi masih setia dengan pemegang benang.
Saya doakan semoga keluarga kita semua sentiasa bahagia sampai bila-bila.
Dan jika apa yang saya sampaikan ini bermanfaat, silakan SHARE supaya dapat juga memberi manfaat kepada orang lain. Jangan copy paste tanpa kredit tau. Kesian saye taip panjang-panjang.
Jemput follow saya 👉 Akhtar Syamir a.k.a #BroOhsem dan LIKE page saya BroOhsem.
Terima kasih.