“Handsome Boy Abah Nak Jadi Abang.” Baru Bersalin 8 Bulan, Sari Yanti Kini Hamil Anak Kelima!

Share

Teka-teki pasangan ini bakal menimang cahaya mata mula timbul selepas kemunculan Sari Yanti yang memperlihatkan ‘baby bump’ sewaktu bergambar bersama Scha Alyahya baru-baru ini.

Namun, empunya diri enggan mengulas atau menjawab  persoalan ramai membuatkan berita tersebut berlalu begitu sahaja.

Terbaru, Jep Sepahtu akhirnya menjawab segala pertanyaan bila mana memuat naik satu perkongsian di laman instagramnya.

Di dalam perkongsian tersebut, sekeping gambar anak lelakinya di samping kapsyen yang ringkas mengesahkan dia dan Srai Yanti bakal menerima ahli baru dalam keluarga mereka tidak lama lagi.

Handsome boy abah dah nak jadi abang 😍❤️😘

Jep memuji wajah hensome anaknya Khidir yang bakal bergelar abang tidak lama lagi. Untuk rekod, ini merupakan anak ketiga Sari Yanti bersama Jep Sepahtu.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah buat Jep dan Sari Yanti yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Laju naik pangkat
hbaizura Asal pkp jer jadi kakak..asal pkp jer jadik abang..apelah abah ni 😁😁😁
songjiemy tahniahh bang jep!! betul nak cukupkan enam ni hahaha😍
hnh_r3 Wah jep rezeki pkp tu kalau 5 tahun pkp mau bertambah lagi …padi malinjeee ha2😂😂😂😂
shakilazzz Alhamdulillah.. laju dia Naik pangkat 😂
Rezeki sungguh
harun_el_siddiq_bin_kasmani Tahniahh cukup korum 5 dh bang @jepsepahtu
wan_tnarezeki sungguh …. alhamdulillah…. smg @sariyanti diberi kesihatan yg baik sepanjang pregnant ni ….. tahniah for both
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club