Pada masa ini penggunaan hand sanitizer menjadi antara keperluan wajib untuk anak-anak bawa ke sekolah. Mesti setiap hari ibu ayah akan pastikan satu botol hand sanitizer ada dibekalkan selain mask dan tisu basah untuk diletakkan ke dalam beg sekolah. Ini bertujuan untuk memastikan anak-anak tahu jaga kebersihan diri.
Umumnya, ada dua jenis hand sanitizer yang akan digunakan iaitu sama ada jenis gel mahupun spray, kedua-duanya mudah digunakan.
Namun ada segelintir anak-anak ini merasakan hand sanitizer ini umpama bahan mainan apatah lagi jenis spray, terasa seronok pula disembur dan dijadikan bahan bergurau dengan teman-teman. Sedangkan mereka tidak tahu kesan andai semburan tersebut terkena mata atau termasuk ke dalam mulut.
Inilah kisah yang terjadi pada adik Harraz, 7 tahun yang dikongsikan oleh ibunya Puan Siti Zubaidah dan dapatlah dijadikan pengajaran pada yang lain agar perkara seperti ini tidak berlaku lagi. Walaupun doktor mengatakan anaknya sakit berpunca daripada keracunan makanan tetapi naluri mama ini lebih mengatakan berpunca daripada hand sanitizer, apabila mendengar sendiri daripada apa yang diceritakan oleh anaknya.
Ini perkongsiannya.
Selepas 2 hari sesi persekolahan bersemuka
Pukul 1 pagi abam harraz start muntah-muntah tak berenti..bila mama nak sapu minyak angin kat perut dia cakap sakit.
Every 5 minit dia muntah sampai ekluar angin jek. Pukul 2.30 decide bawak pergi hospital sebab nampak dia dah penat sangat.
Pukul 3.30 masuk emergency HUKM. Muntah tak berenti jugak even dah bg air garam.. Doc decide on drip.
Buat blood test sel darah putih tinggi sikit.. Doc suspek ade jangkitan kuman.. Buat pulak xray. Lepastu pukul 6 pagi admit wad..
Doc kata food poisoning. Doc suggest lepas ni mama masak sendiri bekal untuk dia pergi sekolah. Tapi sebenarnya pon tak confirm dia makan ape yang punca dia food poisoning.
Sekianlah cerita mama yang tengah pantang kena jaga si abam harraz..
BAHAYA HAND SANITIZER!
Harraz nangis-nangis nak balik.. Ok.. So mama ajak dia borak-borak benda yang dia suka which is SEKOLAH.
So dia cerita perasaan seronok dia pergi sekolah. Semua dia cerita.. Sampai la 1 cerita yang mama rasa itu penyebab POISONING.. bukan FOOD POISONING tapi the REAL penyebab POISONING..
Nak tau ape? Sanitizer jenis spray!!
Dia cerita kawan dia main spray-spray sanitizer dekat muka. Bukan sekali tapi banyak kali.. Jadi dia tutup mata dengan tangan tapi mulut terbuka dan dia TELAN cecair sanitizer tu masuk mulut… Kemudian dia sapu sanitizer jenis gel dekat muka kawan dia.
Mama speechless.. And mama tau tu la punca dia muntah-muntah.
Yes.. Kanak-kanak ni memang tak tau bahaya sanitizer ni.. Dia rasa semua benda boleh buat main.. Kalau dia tak buka cerita pasal ni memang sampai ke sudah mama ingat dia food poisoning.
So mama cerita dengan doktor pakar kanak-kanak.. Doktor pon geleng kepala.. And cakap kemungkinan tu la punca dia muntah-muntah dan cirit birit.
Jadinye pengajaran di sini mama-mama papa-papa sekalian.. Mari lah kita bersama-sama ajar BAHAYA sanitizer ni kepada anak-anak kita.. Jadikan kisah HARRAZ ni sebagai warning or pengajaran untuk kita.. Nampaknya kita kena lebih educate anak-anak kita lagi..
JADIKAN PENGAJARAN
Even doc tak cakap and tak confirm yang hand sanitizer tu punca utama harraz muntah-muntah dan cirit tapi kita sebaga ibubapa boleh ambil langkah awal untuk berhati-hati dan sebagai langkah keselamatan anak-anak kita… Doc kata bnyak kemungkinan.. Maybe jugak food poisoning..mybe jugak poisoning sebab hand sanitizer.. So banyak kemungkinan..
Even kalau bukan sebab hand sanitizer pon mama tetap rasa ianya bahaya.. At least mama tau apa yangg jadi dekat sek..
Sumber : Ctiey Zue