Kegunaan hand sanitizer di musim virus Covid-19 yang melanda kini, boleh dikatakan paling tidak setiap rumah akan ada stok sekurang-kurangnya satu botol untuk kegunaan keluarga.

Hand Sanitizer Jangan Letak Merata, Bahaya Dicapai Anak. Dr Ni Kongsikan Tragedi Di Musim Covid-19!

Namun, disebabkan tidak mengambil serius perletakkan barangan tersebut  hingga mudah dicapai oleh anak kecil, siapa sangka boleh menjadi tragedi yang menyayat hati kepada keluarga.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh doktor Ahmad Samhan dan sebaiknya jadikan pengajaran.


Anak kecil disambar api gara-gara bermain hand sanitizer.

Terkejut saya dapat perkhabaran pagi ni ada budak melecur seluruh badan di musim Covid 19 gini.

Eh peliknya. Apa kaitan covid 19 ni dengan budak melecur? Katanya sebab krisis covid 19.

Ads

Rupa-rupanya memang ada! Bila tengah covid 19 gini, biasanya hand sanitizer ni diletak di mana-mana oleh je oleh mak ayah.

Kadang atas meja. Kadang atas kerusi. Kadang-kadang lupa letak mana. Masa nak guna baru cari.

Hand Sanitizer Jangan Letak Merata, Bahaya Dicapai Anak. Dr Ni Kongsikan Tragedi Di Musim Covid-19!

Habis melecur badan anak kecil ini akibat kecuaian mak ayah.

Di musim kita mencegah dijangkiti penyakit Covid-19, hand sanitizer adalah benda wajib ada dirumah. Tapi ramai yang letak merata. Ini sangat bahaya.

Ads

Kandungan alkohol dalam hand sanitizer adalah pekat dan tinggi antara 70-90 peratus. Bermakna ia tak ubah seperti minyak tanah. Mudah terbakar!

Ketika ibunya sibuk menyapu di halaman rumah dan membakar daun-daun kering, si kecil yang baru berumur 3 tahun menuju kearah api yang sedang marak membakar.

Tanpa disedari si ibu rupanya anak kecil ini bawa bersamanya sebotol hand sanitizer yang botolnya masih berisi penuh.

Kanak-kanak ini yang tidak tahu apa kandungan botol ini tapi dalam hati ingin bermain terus melempar botol hand sanitizer ke dalam lunggunan api dan tiba-tiba api terus menyambar tangan, muka dan badan. Semakin marak dan tiada belas kasihan tak ubah seperti harimau kelaparan membaham mangsanya.

Ads

Meraung menangis anak kecil ini tanpa henti. Terus dikejarkan ke kecemasan.

Ingat pesan saya, tolonglah jangan letak hand sanitizer merata-rata. Lebih-lebih lagi di tempat yang mudah anak kecil capai. Simpan tinggi dari capaian anak dan ditempat yang selamat.

Jangan sampai kalut nak menjaga ahli keluarga dari virus, malang lain pula yang tiba. Pastikan kita lebih berhati-hati supaya kejadian seperti ini tak menimpa pula pada anak-anak kita.

Minta tolong kongsikan cerita supaya lebih ramai mak ayah berwaspada terutamanya yang ada anak kecil.

sumber : Dr Ahmad Samhan

-Jaga kesihatan jaga keselamatan-

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI