Hampir Kena Cekup, Setelah 7 Tahun Baru Kad Ini Berguna!

Share

Umum mengetahui bahawa kad kahwin merupakan dokumen perkahwinan sah bagi menggantikan sijil perakuan nikah yang didatangkan di dalam bentuk kad.

Ini merupakan inisiatif kerajaan bagi memudahkan pasangan suami isteri membawa dokumen tersebut ke mana-mana sebagai bukti perkahwinan.

Kad Perakuan nikah merupakan dokumen perkahwinan yang bersaiz kecil seperti kad pengenalan.

Suatu perkongsian daripada pemilik facebook, Henna Jannah mengenai pengalamannya yang hampir di ‘cekup’ oleh pegawai pencegah maksiat. Mujur kad kahwin yang berusia 6 tahun digunakan sebagai bukti.  Katanya ia merupakan pengalaman pertamanya melalui situasi begitu.

Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!

Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!

 

Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini 

Tragedi malam Christmas 

Disebabkan ade job makeup henna di Muar, so i decide utk stay one of the hotel area bypass Muar..around 12tgh malam, i n husband sleep already laa sbb kol 6pg i ade makeup Sg.Mati,Muar.

Tibe around 2pagi cmtu, kami dikejutkan dgn ketukan pintu blik yg kuat

Kiteorang trus mcm trjaga gitu sbb ketukan kuat tu. I mcm blur “eh nape org ketuk pintu ni..org hotel ni nak ape”

Husband check kat lubang pintu n dia ckp kat i
“Syg! Pencegah maksiat syg! Kluarkan ic syg”
I like “Huh?! Really?!”
Dorang tnggu dlm 3 minit gak sbb i duk nak capai tudung ape semua dgn blurnya.
Trus husband bukak pintu

Bukak je pintu, x smpt pihak tu nak tnye, husband trus hulur our IC n kad nikah.
Bukan 1-2 org ye pihak berkuasa, ramai duk trtumpu kat blik kiteorang.

Belek2 IC weols n check tarikh nikah. Ye tahun 2016. Trus dorang mcm okay encik maaf ganggu.

Hahahhaha! After almost 7 years, ini kali PERTAMA kad ni ade function
Sumber: FB Henna Jannah

 

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club