Lumrah wanita pertama kali bergelar ibu memang sukar meninggalkan anak untuk kembali bekerja selepas melahirkan.
Bagi yang bekerja sendiri atau mempunyai masa kerja fleksibel tentu sahaja akan mengambil keputusan berehat panjang menguruskan anak sendiri.
Perasaan rindu pada anak apabila ibu kembali bekerja adalah perkara normal berlaku di kalangan para ibu terutama apabila sudah terlalu lama menghabiskan masa bersama anak sejak lahir.
Pengalaman tersebut turut dirasai oleh pelakon tinggi lampai berdarah kacukan, Zahirah Macwilson yang berkongsi perasaan tersebut di Instagramnya.
Pelakon drama Jangan Masuk Rumahku ini mengakui sudah dua setengah tahun tidak melakukan sebarang penggambaran drama atau filem sejak bergelar ibu.
Zahirah atau nama sebenarnya, Nur Zahirah Macwilson, 27, berkata dia tidak sabar untuk pulang ke rumah setiap kali selesai melakukan tugasan penggambaran di luar.
Ads
Sentiasa Rindukan Anak
“Saya suka berlakon, tapi sejak bergelar seorang ibu, ia sedikit sukar untuk saya melakukannya (kembali berlakon).
“Namun begitu, akhirnya selepas dua setengah tahun, saya kembali semula berlakon drama bersiri.
“Setiap hari saya berada di set, sangat rindukan Isaac saya.
Ads
“Perkara yang paling saya tunggu-tunggu setiap hari ialah bila dia datang berlari ke arah saya sambil menjerit ‘mummy’ setiap kali saya balik bekerja,” tulisnya.
Anak kesayangan pasangan sama cantik sama padan ini sememangnya menjadi kesayangan ahli keluarga.
Isaac yang sudah berusia 19 bulan merupakan anak yang lincah, bijak dan menghiburkan.
Ads
Dalam banyak video gelagat Isaac yang sering dikongsi oleh Zahirah membuktikan betapa si comel ini dibesarkan dengan penuh limpahan kasih sayang daripada kedua mummy daddy serta atuk nenek kedua belah pihak.
Justeru tidak hairanlah Isaac membesar aktif dan bijak. Patutlah mummy dia teringat-ingat dan merindukan Isaac setiap kali berjauhan untuk keluar bekerja.
Apatah lagi Zahirah langsung tidak pernah berjauhan dengan Isaac sejak hari pertama melahirkan buah hatinya itu lagi.
Untuk info, Zahirah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aiman Hakim Ridza, 33, pada 20 Februari 2020 dan mereka dikurniakan anak sulung Isaac Raees pada 5 Januari 2021.
Siapa yang tak kenal dengan pengacara Jihan Muse yang terkenal kepetahan dan lawak secara spontannya. Kemunculannya sering mendapat perhatian apabila setiap kata-katanya mencuit hati.
Namun, semalam menerusi muat naik entri Instagramnya pengacara berusia 35 tahun ini telah berkongsi sekeping gambar sedang melakukan pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Shah Alam.
Dengan tidak memaklumkan masalah kesihatannya dan hanya meletakkan hastage #sakitmakmak telah mendapat perhatian peminatnya. Beliau mengharapkan keputusan pemeriksaan kesihatannya tidak serius.
“Allahumma inni as aluka al-‘afiyah.. .Doakan result nya esok. Moga takde apa yg serius. Maaf lah kpd pihak terlibat terutamanya utk urusan kerja, saya tak boleh bg 100% buat masa ni sebab kena berjaga2 sebelum kene jaga.”
Menjengah diruangan komen, rata-rata mendoakan kesembuhan buat Jihan. Malah rakan artis juga turut mendoakan diberikam kesembuhan. Semoga urusan Jihan Muse dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik.
Sumber: Instagram Jihanmuse
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Setiap keluarga pasti ada keunikan dan tradisi tersendiri. Setiap ahli keluarga yang lahir, pasti akan ditatang bagai minyak yang penuh dan dijaga sehingga manjadi insan yang berguna.
Tidak kisah lelaki atau perempuan, pasti ada keistimewaan tersendiri. Kehadiran mereka pasti mencuit hati.
Namun bagi sebuah keluarga yang tinggal di Michigan, Amerika Syarikat, sejak 138 tahun lalu keluarga mereka tidak pernah mendapat bayi perempuan.
Bukan mereka tidak mahu menerima bayi lelaki namun rezeki tidak berpihak kepada keluarga ini.
Tetapi baru-baru ini, susur galur unik itu telah dipecahkan apabila pasangan Carolyn dan Andrew Clark dikurniakan cahaya mata perempuan pada 17 Mac 2023 yang lalu setelah sekian lama menanti.
Menurut Carolyn, dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah dikurniakan anak perempuan dalam susur galur keluarga berkenaan sejak 1885.
“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan maklumat tersebut dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.”
Tambah Carolyn, ketika dia dan Andrew berkahwin, mereka pada awalnya menyangka trend itu akan berterusan disebabkan anak sulung mereka ialah seorang lelaki.
Namun pada 2022, ketika hamil sekali lagi, Carolyn diberitahu bahawa mereka akan menimang cahaya mata perempuan.
Kini, pasangan itu gembira kerana berjaya memecahkan trend tersebut dengan kelahiran bayi mereka, Audrey Marie Clark.
Apa yang kita dapat lihat hari ini, kadar kematian akibat Covid-19 semakin hari semakin meningkat. Pastinya pemergian antara insan-insan tersebut, cukup dirasai di kalangan ahli keluarga terdekat.
Meninjau satu hantaran di Instagram @sakinah_kb, yang baru sahaja kehilangan ayah tercinta akibat Covid-19 cukup pilu dirasakan. Beliau juga merupakan doktor perubatan dan sebelum ayahnya dimasukkan ke ICU, anak ini sempat membantu ayah berwuduk. Melihat rakaman video tersebut, benar-benar meruntun hati. Kisahnya itu turut dikongsikan di Astro Awani.
Seorang anak yang juga merupakan doktor perubatan kini redha dan tabah dengan pemergian bapanya selepas beberapa hari ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi menerima rawatan COVID-19.
Apa yang menyayat hati adalah anaknya, Dr Sakinah Kamarul Bahrin sempat membantu bapanya, Ir. Hj. Kamarul Bahrin Mohamad, 63, untuk berwuduk sebelum ditempatkan ke ICU.
Melalui video yang dimuatnaik di laman Instagram @sakinah_kb, Dr Sakinah memaklumkan, ia merupakan permintaan Allahyarham beberapa minit sebelum ditempatkan ke ICU.
“Abah redha dengan semua keputusan dan kebenaran yang Nor tandatangan ni?” tanya Dr Sakinah kepada Allahyarham dalam kapsyen di Instagram sebelum dibawa ke wad ICU.
Beliau menjelaskan, abahnya mengangguk sahaja kerana tidak mempunyai nafas yang cukup untuk menjawab.
Namun sempat mengharapkan doa daripada orang ramai.
“Tolong panjatkan doa buat ayah/tok ye,” kata Allahyarham dalam video berkenaan.
Kondisi Allahyarham, jelas Dr Sakinah semakin merosot sejak beberapa hari lalu sehingga memaksa dibawa ke unit ICU. Jika sebelum ini, ibunya turut ditempatkan dalam wad bersama dengan Allahyarham namun terpaksa berpisah.
Video berkenaan mendapat lebih satu juta tontonan dan ribuan komen serta doa daripada masyarakat.
Difahamkan, Allahyarham mula dikenalpasti positif COVID-19 pada 7 Mei lalu setelah mempunyai simptom dan mula ditempatkan di wad ICU sejak Jumaat lalu. Ibunya juga difahamkan turut didapati positif serta enam lagi ahli keluarganya.
Dalam hantaran berasingan di laman Instagramnya, Dr Sakinah memaklumkan turut mengingatkan bahawa COVID-19 ini adalah wujud dan menasihatkan agar menjaga penjarakan fizikal supaya tidak dijangkiti dan menjangkiti virus membunuh ini.
Musim raya ni, selain biskut dan kek, pencuci mulut sejuk-sejuk pun mesti ada kan? Lagi-lagi kalau ada budak-budak kat rumah confirm mereka suka yang...