Benarlah, berat mata memandang berat lagi bahu yang memilikulnya. Inilah dugaan hidup yang dilalui keluarga ini apabila dianugerahkan anak syurga, yang kini telah pun berusia hampir 20 tahun.
Ikuti kisah keluarga ini, semoga dapat menjadikan kita lebih sabar dan cekal dalam mendepani ujian hidup berkeluarga.
Cabarannya terasa sangat berbeza dalam kembara kami kali ini.
Dia bukanlah bayi, mahupun kanak-kanak, malah bukan lagi anak remaja. Balqis kini sudah di usia dewasa.Tubuhnya membesar selari dengan usia. Namun, kemampuannya tidak sama.
Balqis memerlukan bantuan kami sepenuhnya untuk uruskan dirinya.Kami akur, dia tidaklah membesar di hadapan kami sekelip mata. Hampir 20 tahun, memakan masa.Hampir 20 tahun Allah berikan latihan untuk kami sekeluarga.
Sedikit demi sedikit perubahan kami lihat dengan hati dan mata. Dari tidak sedar, menjadi pemerhati.
Dari tidak mampu duduk tegak, sudah boleh duduk bersandar.
Dari sepi tidak bersuara, sudah bising dengan bunyian dan perkataan tertentunya.
Dari dijangka terbaring sahaja, sudah ligat tangan mahu menyalam dan menegur semua yang dia jumpa.Subhanallah.
Banyak sungguh perubahannya kesan diserang sawan ketika 6 bulan usia.
Cuma, semakin dewasa semakin besar jugalah cabarannya. Tubuhnya, ragamnya dan juga mood turun naiknya.
Ads
Sepanjang kembara kami kali ini, ragamnya sangat mencabar buat kami dan juga adik-adiknya.
“I used to feel bad for Kakak, but this trip…I was like Arrrrggghhh why do you have to make it so difficult, Kakak!” Luahan hati si adiknya ini ketika sesi bulatan keluarga diadakan pada malam terakhir kami di Pulau Redang. Ia luahan ikhlas sekadar mahu lepaskan dari dada yang dipendam.
Masing-masing tunduk memandang ke pasir. Naufal tidak sedikitpun menaikkan kepalanya. Menitis-nitis airmatanya.
Nadiyah dari awal sudah tulus dengan perasaannya, tidak disimpan rasa mahupun airmata. Nafis mengesat-ngesat mata dengan bajunya, tidak mampu bersuara.
Sungguh, anak-anak terasa lelah dengan kerenah kakak mereka, kali ini. Berbeza dari kembara sebelumnya.
Serba tidak kena. Serba mendesak dan merenggek. Serba kelam kabut dibuatnya.
Urusan yang sepatutnya mudah, menjadi amat payah dan memakan masa. Tenaganya kuat sekali mengalahkan kami yang semakin tua.
Pulau yang di kelilingi pasir, perlukan tenaga untuk menarik kerusi rodanya. Tolak di atas pasir, tidak akan bergerak. Maka, terpaksa ditarik secara mengundur Balqis di atas kerusi rodanya. Lelah si tua bergerak ke sana sini.
Ads
Waktu tidurnya pula sangat mencabar dalam chalet yang kami maklum, serba sederhana. Dia terlalu biasa punya ruang tidur sendiri yang sunyi penuh privasi. Tiada gangguan buka tutup pintu dari sesiapa kerana dia punya bilik dan katil khasnya yang tersendiri. Tidurnya sangat payah sepanjang di Pulau Redang. Lalu, dikacau, dicekau, dipunggah segala isi dalam chalet kami.
Menyiapkannya juga sangat melelahkan. Perlu dikendung tubuhnya yang besar dan panjang melewati ruang pintu chalet yang rendah dan sempat.
Trip snorkling, Balqis mengamuk di hadapan semua penumpang lain. Dia mahu turun snorkling, tidak mahu ketinggalan, tidak mahu sabar menunggu giliran. Digelongsorkan tubuh badannya mengambil perhatian. Lantas terjunlah si Abi ke dalam lautan dalam membawa si anak dewasa ini hingga terlupa telefon bimbitnya di dalam poket…. menyelamlah bersama kekalutan.
Sungguh! Kalutnya hingga memerlukan tenaga dan menguji kesabaran yang luar biasa. Malangnya, kami hanya ibubapa yang biasa-biasa. Sangat lemah tenaga dan iman yang sentiasa turun naiknya.
Namun, Berhati-hatilah hati yang membaca.
Usahlah rasa ibubapa anak istimewa mengeluh bila berkongsikan hal-hal yang tidak nampak di mata biasa kita.
Usah terdetik di hati, “Mereka tidak redha dengan tentuanNya”.
Usah dijaja, “Itulah kifarah dariNya.”
Ads
Usah mendabik dada, “Lega aku tidak diuji sedemikian rupa.”
Usah penuhi hati dengan simpati semata-mata, tanamkanlah juga empati yang tinggi bila berhadapan dengan keluarga seperti kami.
Jangan sesekali ucapkan ayat klise; “Sabar lah ya”; kerana dengan bersabarlah anak ini masih sihat, selamat dan bahagia di bawah bumbung rumah mereka.
Jangan! Jangan juga sesekali katakan kami hebat. Sesungguhnya kita ada Allah, Yang Maha Hebat ….bukan kita, manusia.
Lalu, Bacalah dan dapatkan manfaat darinya. Jadikan ia ilmu bermanfaat dan diamalkannya. Agar kelak kami boleh bawa bersama persembahkan di hadapanNya. Agar bantu tutup lubang-lubang dosa dalam menjaga anak syurga amanahNya.
Inilah bantuan yang sebaik-baiknya untuk kami, dari para sahabat yang sudi membaca dan menyelami kisah-kisah kami bersama Balqis yang amat istimewa.
Hati ibu ayah mana tidak risau bila anak-anak sakit. Lebih merisaukan apabila anak salah seorang mengalami masalah kesihatan.
Begitulah kesedihan yang dialami oleh sebuah keluarga apabila anak tersayang menghidapi penyakit Kanser Medulloblastoma atau kanser Otak.
Bagi saudara Rashidee Abd Rashid raya tahun ini membuatkan dirinya terkesan setelah melihat kesihatan anaknya semakin merosot.
Sesungguhnya ajal maut di tangan Tuhan, dia memakaikan anaknya baju raya awal untuk dijadikan kenangan.
Hari ni kakak dipakaikan Baju Raya. Jika ditakdirkan kakak Diambil Allah sebelum Raya sekurangnya ada gambar bersama adik-adiknya.
Mohon Doa Dari kenalan agar urusan Kakak dipermudahkan. Doakan Kami juga sebagai ibubapanya kuat dan tabah dengan dugaan yang kami harungi.
Keadaan kakak agak lemah harini.kakak hanya boleh angguk atau geleng sahaja tanpa suara.Kakak tidak boleh minum dengan sempurna seperti air tersangkut Di kerongkong.
Alhamdulillah Kami dikurniakan kejiranan yang sering membantu kami dan bersedia jika berlaku sesuatu musibah dan ujian.
“Sebaik-baik teman di sisi Allah adalah seseorang yang terbaik
terhadap temannya. Manakala sebaik-baik jiran di sisi Allah adalah seorang yang paling baik dengan jirannya. [Riwayat al-Tirmizi]
Ya Allah. Engkau jadikanlah kanak-kanak perempuan ini sebagai penolong kepada kedua ibu bapanya dan sebagai harta pertaruhan bagi keduanya.
Dan jadikanlah dia sebagai peringatan dan iktibar dan pemohon syafaat bagi kedua ibu bapanya.
Dan beratkanlah timbangan amal kedua ibu bapanya dan kurniakan kesabaran di dada kedua ibubapanya.
Dan janganlah dia menjadi fitnah selepas kematiannya dan janganlah Engkau hampakan keduanya dari mendapat pahala di atas kematiannya.
Keluarga Talk: PUASA MENDIDIK JIWA KELUARGA SAKINAH
Jom ikuti perkongsian menarik dalam Keluarga Talk Puasa Mendidik Jiwa Keluarga Sakinah bersama panel, Pendakwah Bebas, Ustazah Nur Aqidah
E-KELUARGAGADER : TEROKA & REALISASI IMPIAN ANAK @ KIDZANIA
CIta-cita apa yang sesuai untuk anak-anak ye? Kalau nak tahu, jom sama-sama kita jejalah apa yang ada di Kidzania
Bintang Kecil:
KELUARGA TALK: Nwan Shah Bin Mohd Dali Fakulti Ekonomi Dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Nak tahu formula mengurus belanjawan keluarga dengan sistematik? Ikuti Keluarga Talk kali ini dengan tajuk ‘ Ringgit Diurus Keluarga Lebih Tenang’ bersama panel Prof Madya Dr Nuradli Ridz
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sempena Syawal yang bakal menjelma, gaya dan raya berpisah tiada. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, kurung dan baju melayu sememangnya menjadi pilihan sepanjang zaman. Rekaan, fabrik dan juga rona mainan penting dalam setiap busana.
Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN antara pasar raya yang tidak ketinggalan menampilkan koleksi rekaan baju raya yang menarik dan eksklusif.
Biarpun banyak rekaan moden baju melayu dan kurung di pasaran, namun MYDIN tetap menjadi pilihan. Justeru, MYDIN yakin dan percaya, setiap rekaan di bawah jenama Mikhail dan Mikayla tetap menjadi pilihan pelanggan di luar sana.
Sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu dan kurung moden ini tampil elegan dan anggun namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional klasik. Tona warna pilihan yang mengikut trend mampu menyerlahkan gaya seisi keluarga.
Koleksi istimewa yang dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Setiap pasang busana baju melayu diterjemahkan dalam rekaan yang berkualiti, namun harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu dimiliki .
Sesuai tampil sedondon di hari raya bersama isteri dan anak-anak yang menggayakan koleksi Mikayla Jr untuk kanak-kanak perempuan manakala koleksi kanak-kanak lelaki dari Mikhail Jr.
Inginkan kelainan dalam gaya, Turquoise mungkin jadi pilihan buat seisi keluarga yang gemar bergaya. Kurung sentuhan moden pada skirt jadi pilihan ibu dan anak perempuan. Sedondon rona gelap pada samping ayah dan anak lelaki.
Pastel antara rona popular baik hari biasa mahupun ketika tibanya Syawal. Pasti segak menawan si ayah dan anak lelaki menggayakan baju melayu rona senada. Pilihan samping merah menyerlahkan gaya. Manakala si ibu dan anak perempuan memilih kurung dengan sentuhan lace pada busana melengkapi penampilan di hari lebaran.
Biru penuh kedamaian, tampak kemas selain menonjolkan kemewahan dalam bergaya. Potongan moden dengan sentuhan lace memberi sisi feminin buat ibu dan anak perempuan.
Lakaran warna-warni cetus imaginasi tersendiri tatkala samping Mikhail jadi pilihan. Buat si ayah dan anak lelaki yang gemar rona gelap, mungkinkah baju melayu ini bakal jadi pilihan? Si ibu pula diberi sentuhan mewah dengan perincian manik indah pada busana moden ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Melihat penampilan terkini Datin Almy Nadia yang juga merupakan isteri kepada pelakon terkenal Datuk Fizz Fairuz yang dilihat mengenakan hijab ketika bercuti bersama-sama keluarga ke Genting Highlands baru-baru ini benar-benar mencuri tumpuan ramai.
Ramai yang memuji betapa manis dan cantiknya Almy meskipun tampil ringkas.
Video mereka sekeluarga bercuti itu dimuat naik menerusi akaun instagram milik kelab peminat Almy dan Datuk Fizz Fairuz ketika membawa anak-anak bercuti sempena musim cuti sekolah ini.
Dalam rakaman video ini, Almy yang juga merupakan ibu kepada empat cahaya mata perempuan bersama suami sedang menaiki cable car di Genting Highlands sambil menikmati panorama di lokasi percutian tanah tinggi yang indah itu.
Pun begitu, apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila kamera tertumpu kepada wajah Almy yang kelihatan begitu manis dan ayu dengan menggayakan hijab berwarna biru gelap sambil mendukung anak kecilnya.
Meninjau diruangan komen, warganet memuji penampilan terbaru Almy yang nampak semakin berseri-seri.
MasyaALLAH shanteq nye Datin Almy😍😍 jgn ghisau ape org dok mengata k…..BIG is owaes BEAUTIFUL inside out😂😂😂😂
Happy holidays. Enjoy & have fun. Cantik berserinya Datin bertudung😍❤️
😍😍😍cantik bertudung almy.. alhamdulillah.. ❤️
Love SGT2 Almy pakai tudung…serius cantiknya…😍😍😍..terus pakai tau…
Datin.. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan segala urusan datin n datuk 😍😍
Sementara itu, dalam satu posting di Instagram milik Almy turut telah dikongsikan video ketika mengambil anak pulang sekolah dengan mengenakan tudung. Pun begitu hingga kini Almy belum lagi mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan penampilannya kini. Cuma menjadi harapan kita semua agar Almy terus istiqamah hendaknya.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Murid PASTI meninggal dunia, sayu hati tengok rakan-rakan keliling jenazah, beri penghormatan terakhir. Tular di media sosial video menyayat hati yang memperlihatkan detik terakhir seorang murid tadika sebelum dikebumikan.