Bulan ramadan ni bukan sahaja bulan untuk kita menambah amal ibadat, malah banyak lagi perkara baik yang dapat kita buat. Salah satunya, eratkan lagi hubungan dengan jiran.
Bila masak untuk berbuka, kebanyakan orang akan lebihkan jumlah hidangan untuk diberikan kepada jiran tetangga. Kira adat bulan puasa lah untuk bertukar juadah puasa! Bukan sahaja boleh berkongsi rezeki, tetapi saling bertegur sapa dan eratkan lagi hubungan.
Lain pula bagi kawasan perumahan ini, bukan sahaja bertukar menu berbuka, malah mereka lebih memilih untuk berbuka puasa beramai-ramai di luar rumah di tengah jalan yang dihampar tikar.
Pada awalnya orang ramai menyangka ada individu membuka gerai dengan memacak khemah di hadapan rumah, tetapi jangkaan itu disangkal apabila khemah itu dijadikan tempat untuk mengumpulkan makanan yang dibawa dari setiap rumah.
Bertambah menarik lagi, juadah untuk berbuka dihidang di dalam talam seolah-olah kenduri kahwin dulu-dulu.
Ditanya di ruangan komen tentang kenderaan lain lalu di kawasan hamparan itu, pemilik akaun tiktok ini menjawab memang ada tetapi jarang kenderaan yang lalu.
Meninjau di ruangan komen, orang ramai memuji sifat kejiranan dan hubungan baik antara mereka.
Ads
Sumber : Tiktok @tyy9691
Jom tonton kisah Hikayat 1001 Malam yang dibawakan oleh Bintang Kecil.
Bulan puasa ni masa untuk kita tambah pahaladengan membuat amal ibadah. Jom didik jiwa mendekati keluarga sakinah.
Ads
Nak tahu cara mudah uruskan kewangan keluarga? Semak sini!
Yang mana adik adik ada masalah mata, jangan takut bagitau ibu ayah ye, macam BK squad ni!
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sempena Satu Syawal yang lalu, ramai selebriti yang berkongsi video ucapan hari raya buat semua.
Pelbagai Gelagat anak-anak yang yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa baik ketika mengambil gambar atau video.
Demikian juga dengan Mat Dan. Selain Zayne, Mat Dan juga memiliki seorang lagi anak lelaki, Eydan Yusof.
Dalam satu perkongsiannya di laman instagram, dia ada memuat naik satu video ucapan hari raya buat semua.
Namun apa yang mengundang perhatian ramai adalah gelagat anak sulungnya Muhammad Zayne yang masih pelat. Sebutannya dalam video tersebut membuatkan ramai terhibur.
Keluarga bahagia ini tampil sedondon dengan tema rona peach untuk raya tahun ini, video yang berdurasi 1 minit 52 saat itu membuatkan ramai terhibur dengan slang ‘koshong-koshong’ yang disebut oleh Zayne.
Ucapan Raya!
Siapa mcm ni jugak nk ambil gambar raya..??!!???!?
Mengimbau kenangan zaman kanak-kanak bersama ibu tersayang tentu setiap antara kita mempunyai jalan ceritanya yang tersendiri.
Ada kisah suka duka yang dilalui dan salah satu yang diingat hingga kini adah didikan yang diberikan oleh ibu dalam banyak hal.
Walau terkadang dirasakan atahan-arahan itu membebankan kita, namum atas asbab itu juga kini kita menjadi insan yang berguna.
Ikuti perkongsian pengalaman hidup daripada Dr Hana Hadzrami ini.
Ini mama saya, Madam M.
Masa saya belum sekolah dulu, mama saya bekerja. Masa tu hidup saya indah sangat rasanya, sebab mama saya selalu belanjakan duit untuk kami. Tapi bila anak-anak dia semakin ramai, baba saya minta dia jadi surirumah. Bermula saat itu mama saya jadi garang.
Iyelah, anak ramai, duit selalu tak cukup. Saya ada 7 adik kandung dan 1 adik susuan dibawah jagaan saya. Masa dia kerja dulu, kami ada pembantu. Bila dia dah tak berkerja, ekonomi kurang bagus, pembantu pun terpaksa diberhentikan. Maka makin letih dan makin mudah seseorang itu naik angin.
Saya sebagai anak sulung lah yang selalu jadi mangsa. Apa saja tak merasa? Rotan? Hanger? Tali getah? Apa yang sempat je dia capai masa kejadian.
Dulu saya rasa tiada langsung kenangan sekolah rendah yang menggembirakan. Masa kanak-kanak lain seronok bermain dengan kawan-kawan, saya kena jaga adik kecil berderet-deret. Asyik tukar lampin, kena suapkan makan. Disamping buat kerja rumah. Sapu lantai, mop, cuci pinggan, cuci kain. Takde washing machine tau. Bayangkan masa birthday dapat mop baru pun buat saya happy.
Sebab tu saya tak sabar-sabar nak masuk asrama sewaktu tingkatan 1. Tapi bila masuk asrama, bulan pertama tiap-tiap hari saya menangis. Sampai tingkatan 5 pun, tiap kali nak balik asrama pun saya masih menangis.
Susah hati memikirkan bagaimana lah mama saya nak teruskan kehidupan tanpa pertolongan saya. Maklumlah saya ini right hand person dia.
Ye ye je masa tu saya ingat mama tak boleh survive tanpa saya. Padahal dia boleh je buat semua perkara. Dia suruh saya buat semua tu untuk melatih saya jadi manusia berdikari. Bila saya dah jadi mak barulah saya faham. Konsep tough love mama saya tu.
Walau segarang mana pun mama saya, dia sangat baik hati. Tak pernah dibalas perbuatan orang lain terhadap dia melainkan yang baik-baik belaka. “Biar orang buat kita, kita jangan buat dia”. Itu prinsip dia. Susah nak ikut kan?
Doanya pada anak-anak tak pernah surut. Rasanya semua perkara baik yang terjadi pada saya adalah asbab doa-doa dari dia.
Itulah mama saya. Dia belajar tak setinggi saya.
Tapi dia sentiasa lebih bijak, lebih sempurna dari saya pada umur yang sama.
Semoga Allah berikan keberkatan pada umurnya dan masukkan dia kedalam syurga tanpa hisab. Aamiin!
Hana Hadzrami
Seorang ibu yang masih belajar dari mamanya.
Sabtu lalu kita dikejutkan dengan pemergian enam sekeluarga buat selama-lamanya akibat kemalangan ketika dalam perjalanan ke Segamat di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.
Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Terbaharu, anak sulung kepada Allahyarham Amir dan Norahimah, Abdur Rahman Amir Ruddin, 19 bakal menerima tajaan menunaikan umrah oleh syarikat umrah dan haji, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdh Bhd.
Menurut pengasas syarikat umrah dan haji tersebut, Jay Ibrahim memaklumkan bahawa niatnya membantu Abdur Rahman adalah untuk memberikan ruang kepada pemuda tersebut untuk berdoa di hadapan Kaabah.
“Niat saya memang nak taja adik Abdul Rahman menunaikan umrah supaya dia boleh berdoa depan Kaabah, Makkah dan Raudhah di Madinah supaya adiknya yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat segera sembuh.
“Alhamdulillah, hasil bantuan rakan-rakan di Facebook, saya dapat berhubung dan berjumpa Abdur Rahman hari ini (Ahad). Saya menyatakan hasrat untuk menajanya menunaikan umrah dan dia terima. Cuma, dia mahu adiknya yang kini masih di ICU dapat pergi bersama.
“Saya cakap, kalau adik dia diizinkan hidup, saya memang akan bawa juga. Tapi, saya pelawa untuk pergi awal supaya dia dapat mendoakan kesihatan adiknya di sana. Seperti yang kita tahu, depan Kaabah antara tempat mustajab berdoa.” katanya.
Selain daripada menerima Pakej Umrah Premium Menara Jam Makkah, Abdur Rahman juga akan menerima beberapa sumbangan berupa wang tunai, kain ihram, sejadah dan sebotol air Zam Zam 5 liter.
Bukan itu sahaja, Jay mendedahkan dia akan menguruskan segala dokumen yang berkaitan untuk membantu memudahkan Abdur Rahman berangkat ke Makkah.
“Dia beritahu tak ada passport, tapi saya cakap akan bantu uruskan semuanya. Bila-bila saja dia nak pergi pun boleh. Kebetulan saya memang duduk di sana. Kalau dia nak pergi minggu depan, kakitangan saya akan bantu.
“Insya-Allah, di sana Abdur Rahman boleh merawat jiwa di depan Kaabah. Semoga dia diberi kekuatan.
“Niat saya ini lebih pada tanggungjawab sebagi orang Islam untuk membantu mereka yang susah. Saya bersimpati atas apa yang berlaku.
“Doakan usaha kecil kami ini dipermudahkan dan dapat memberi manfaat kepada adik Abdul Rahman dan keluarga serta mendapat keberkatan Allah.” tambahnya.
Terdahulu, meruntun hati, apabila solat jenazah tersebut diimamkan oleh anak sulung kepada pasangan, Amir Ruddin Ismail 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, iaitu Abdul Rahman Amir Ruddin, 19.
Suanana bertambah pilu apabila anak sulung tidak dapat menahan kesedihan sebaik sahaja melihat satu per satu wajah jenazah ahli keluarnya yang dibawa masuk untuk disembahyangkan.
Abdul Rahman berkata, mereka baru sahaja bersua muka sebelum ahli keluarganya bertolak, namun takdir Allah tiada siapa yang dapat menidakkan segala ketentuanya apabila dia kehilangan kesemua ahli keluarga sekaligus.
Dirinya juga tidak pernah terlintas langsung untuk menjadi anak yatim piatu dalam sekelip mata selain turut kehilangan lima adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Abdullah, 15, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5 dalam nahas terbabit.
“Pada hari kejadian, saya tidak bersama mereka kerana ada urusan lain dan sempat memberitahu arwah ibu akan jumpa di rumah nenek. Sebaik tiba di Tangkak, saya mendapat panggilan daripada saudara sebelah ibu mengatakan mereka kemalangan.
“Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi dan empat adik turut meninggalkan kami,”katanya.
Abdul Rahman berkata, dia menerima mesej menerusi WhatsApp serta sekeping gambar dengan tulisan ‘kami balik dulu’ pada jam 3.08 petang (semalam) sebelum dimaklumkan mengenai berita duka.
“Abi bertugas sebagai imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang dan kami tinggal bersebelahan dengan rumahnya disebabkan tugas sebagai bilal di tempat berbeza.
“Ibu datang ke rumah Abi memandangkan cuti persekolahan dan sepatutnya pulang ke rumahnya di Segamat pada hari kejadian.
“Pada masa sama, Abi juga mahu menghantar tiga adik Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, di Maahad Tahfiz al-Quran al-Muhammadi di Kundang Ulu, Bukit Gambir hari ini.
“Tapi, yang pulang adalah jenazah Abi, ibu dan adik. Adik Fatimatulzahrah baru sahaja dinobatkan sebagai antara terbaik dalam Mumtaz Sufi di pusat tahfiznya, bulan lalu,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Abdul Rahman berkata ayahnya sempat menitipkan pesanan untuk perbanyakkan amalan bersedekah kerana ia adalah pembuka jalan dan doa makhluk untuk kita.
Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.
Sumber: Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.