Apabila menyebut mengenai ‘mengidam’ ni tentu terbayang akan wanita yang sarat hamil. Lazimnya dalam tempoh kehamilan ini selain ‘morning sickness’, ada segelintir wanita mempunyai keinginan yang pelik.

Begitu juga dengan wanita ini yang mengidam konsep dekorasi rumah serba merah jambu. Memetik laporan Harian Metro, Wan Nor Susy Susanthi Wan Abdul Nasir, 35, berkata, pengalaman mengandung anak ketiganya, Nur Amanda Sufi Mohd Amirul, 1, berbeza dengan dua anak lain.

Hamil Anak Ke-3 ‘Mengidam’ Barang Rumah Warna ‘Pink’, Mujur Suami Sokong.

“Jika orang lain mungkin mengidam makanan tertentu tetapi saya mengidam untuk memiliki rumah berkonsepkan ‘pink farm house’.

 

 

SUAMI SOKONG

Katanya lagi, dek mengidam warna ‘pink’, dia sanggup memujuk kawan pejabatnya untuk membeli  periuk nasi baru untuk  bertukar dengan periuk nasi lama miliknya yang berwarna merah jambu.

Dalam pada itu, dia bersyukur mendapat mendapat sokongan penuh daripada suami, Mohd Amirul Md Ghani, 36, serta dua anaknya, Muhammad Amiruddin, 8, dan Muhammad Aamir Rizqi, 5.

Ads

TERAPI  HILANGA TEKANAN

Hamil Anak Ke-3 ‘Mengidam’ Barang Rumah Warna ‘Pink’, Mujur Suami Sokong.

Kesibukan dengan urusan kerja tidak menghalang minat terhadap dekorasi dengan tema ‘pink’.

Penjawat awam ini menjelaskan bahawa jika orang lain mungkin akan keluar bercuti pada hujung minggu bersama keluarga tetapi dia lebih suka duduk di rumah.

“Aktiviti menghias rumah, mengemas serta mencantikkan rumah seolah-olah sebagai terapi yang mampu menghilangkan tekanan.

“Saya suka melihat koleksi barang dapur terutamanya berwarna merah jambu tersusun kemas serta sentiasa rapi.

Ads

Hamil Anak Ke-3 ‘Mengidam’ Barang Rumah Warna ‘Pink’, Mujur Suami Sokong.

 

Hamil Anak Ke-3 ‘Mengidam’ Barang Rumah Warna ‘Pink’, Mujur Suami Sokong.

Katanya lagi, pemilihan dekorasi berkonsepkan ‘pink farm house’ dipilih kerana jarang dijumpai selalunya konsep ‘farm house’ menggunakan kombinasi warna hitam dan putih saja.

“Jika diikutkan warna merah jambu memang warna kegemaran sejak kecil tetapi bila digabungkan merah jambu serta putih nampak lebih ceria.

Ads

“Konsep ‘farm house’ atau rumah ladang ini juga lebih kepada membuat label pada barang hiasan supaya kelihatan lebih kemas tersusun.”

 

Sumber: Harian Metro

 

Hamil Anak Ke-3 ‘Mengidam’ Barang Rumah Warna ‘Pink’, Mujur Suami Sokong.

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

 

Hamil Anak Ke-3 ‘Mengidam’ Barang Rumah Warna ‘Pink’, Mujur Suami Sokong.

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI