Halia Memang Power Untuk Buang Angin Dalam Badan, Tapi Hebat Juga Hindarkan Asma!

Share

Halia selain menjadi bahan wajib dalam kebanyakkan menu masakan, diakui juga halia banyak digunakan dalam petua nenek moyang kita sejak dahulu lagi. Sama ada diamalkan untuk tujuan penjagaan kesihatan tubuh badan agar tidak berangin dan sebagainya, malah bukan perkara pelik bila mana halia juga berfungsi dalam penjagaan kecantikan.

Oleh itu, ini apa yang kami rasakan menarik untuk diketengahkan dan dicuba oleh anda sekeluarga. Jom semak.


#KECANTIKAN

Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita jika mahu badan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan sebagaimana yang 

dikongsikan resipinya menerusi akaun fb Noor Mila.

Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!

  • 10 Batang Serai
  • Halia  dibakar lalu dibersihkan
  • Gula Melaka
  • Air 4 gelas
  • Sedikit Garam

CARA MEMBUAT:

1. 10 batang serai di ketuk dan halia di bakar terlebih dahulu. Kemudian, bersihkan halia tersebut.

2. Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan air 4 gelas air hingga masak.

#KESIHATAN

Selain halia sering dijadikan air rebusan untuk pelbagai kegunaan kecantikan dan kesihatan dalaman , mungkin jarang mengetahui bila mana halia juga dikatakan boleh elakkan serangan asma.

Ini sebagai mana yang dikongsikan  Mulianis Ahmad yang juga penghidap asma, dia punya caranya sendiri untuk mengelakkan serangan ini. dansalah satunya adalah amalan Telur Dadar Halia yang diperolehinya daripada seorang ibu berketuruan Cina yang berkongsikan resipi ini.

” Masa kecil dulu saya sakit asma teruk, kebetulan kat klinik ada duduk sebelah aunty Cina. Dia bagi resepi petua, dia cakap orang Cina jarang sakit asma.

Halia tua tumbuk masukkan telur dan garam. Goreng. Walau pun asma masih ada tapi resepi ni sedap, hari-hari makan pun tak jemu.”

Bahan:
2 biji telur
2 inci halia -ditumbuk
Sedikit garam

Caranya:


1. Tumbuk halus halia tua.

2. Gaulkan bersama telur dan sedikit garam.

3. Goreng hingga garing.

Apa yang pasti, petua lama nenek moyang kita memang banyak menggunakan halia ini. Untuk itu, ada baiknya jika kita sendiri menanam halia tersebut untuk kegunaan yang lebih menjimatkan. Nak tahu cara menanam halia lebih mudah dan berganda tuaiannya bolehlah klik di sini