Halia Jadi Penawar Angin Dalam Badan, 2 Cara Ni Kena Tahu!

Share

Jika ada masalah angin yang terlalu banyak di dalam badan seseorang wanita itu, secara tidak langsung ia akan menjejaskan kelancaran ibu untuk melakukan tugas-tugas harian di rumah.

Apa tidaknya bila perut sentiasa meragam, ketika itulah kita akan rasa senak perut malah hingga membawa kepada rasa hendak muntah dan semua ini membuatkan sesiapapun akan rasa tidak selesa.

Jika ingin dirawat dengan menggunakan kaedah tradisi, ramai yang mengatakan halia adalah ramuan yang terbaik. Ada orang akan makan halia begitu sahaja dan ada juga yang dicampur ramuan lain untuk dijadikan minuman herba bagi mengatasi masalah angin dalam badan.

dan di sini disertakan resipi untuk anda menyediakan jeruk halia agar dapat di simpan lebih lama dan boleh dimakan pada bila-bila masa.

  Bahan-bahan diperlukan:

  • 200g halia muda
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 cerek air panas
  • 1 cawan (200ml) cuka
  • 70g gula ( kalau tak mahu gunakan gula boleh gantikan dengan 1 biji buah apple atau pear)

Cara menyediakan dan memasak:

  • Masukkan cuka, garam dan gula ke dalam mangkuk. Kacau sehingga gula hancur.
  • Didihkan 1 cerek air.
  • Potong nipis-nipis halia. Lagi nipis lagi sedap.
  • Letakkan halia ke dalam penapis. Curahkan air panas ke atasnya.
  • Semasa masih panas,  masukkan terus halia ke dalam cuka masam manis tadi. Halia akan berubah jadi warna pink.
  • Biarkan beberapa hari. Lagi lama lagi rasa sedap.

Pun begitu, jika ada yang tidak boleh terus mengambil halia secara langsung ada baiknya nda jadikan minuman ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Norliza Mohd Salleh ini. Minuman herba ini nampak lebih enak dan pastinya menyihatkan.


“Rebusan selepas habis haid, boleh ringankan badan & buang angin. Awet muda, sihatkan rahim. Milk booster utk bf mom dan melawaskan”-Norliza Mohd Salleh

Resepi

1 sudu besar halba
2 helai daun pandan wangi
2 serai diketuk
1 ruas halia
1 ruas ibu kunyit

Cara penyediaan :

  1. Rebus dengan 4 gelas air jadi 1 gelas

No gula ok..

sumber : Norliza Mohd Salleh Via MAHN