Bagi wanita yang bergelar isteri dan ibu dan dalam masa yang sama turut bekerja, pasti memerlukan tenaga yang cukup luar biasa.
Maklumlah terpaksa melakukan dua kerja, memang bukan mudah. Bimbang pula jika berlarutan begitu akan menyebabkan badan lemah, wajah kusam dan sekali gus kurang menawan di mata suami.
Justeru, soal kesihatan cukup penting dan harus dititikberatkan baik dalam kesihatan dalaman mahupun luaran. Barulah suami bertambah sayang.
Untuk itu, ada minuman herba yang boleh diamalkan bagi memberi manfaat untuk ibu-ibu, ini sebagaimana yang diamalkan oleh puan Noor Mila dan turut dikongsikan resipi menyediakan minuman tersebut menerusi akaun fbnya Noor Mila.
Petua ini berupa minuman kesihatan yang wajib diamalkan oleh kaum wanita jika mahu badan berbau wangi, wajah putih berseri kemerahan dan menyegarkan badan
.Bahan yang digunakan juga cukup mudah dan ada di dapur anda. Selamat mencuba!
CARA MEMBUAT:
1. 10 batang serai di ketuk dan halia di bakar terlebih dahulu. Kemudian, bersihkan halia tersebut.
2. Kesemua bahan di masukkan ke dalam periuk dan direbus dengan air 4 gelas air hingga masak.
Antara Kelebihannya:
1.Mencegah perut buncit
2. Membuang angin dalam badan.
3. Resdung
4. Masalah berat badan.
5. Buang kotoran dalam badan
6. Mencegah penggumpalan darah.