Halba Bukan Je Terbaik Buat Minuman Herba, Lagi Best Buat Masker. Kulit Ibu Jadi Mulus!

Share

Pernah suatu ketika dahulu viral tentang air rendaman halba yang dikatakan memberi manfaat hebat kepada yang mengamalkannya. Selain dijadikan minuman, tahukah anda bahawa halba ini juga sebenarnya boleh dijadikan masker wajah yang cukup istimewa.

Ini sebagai mana yang telah diamalkan oleh puan Zilla Janis. Lihat sahaja wajahnya cukup mulus dan bebas jerawat. Buat ibu-ibu di luar sana yang ingin mencuba petua ini, jom hadam cara penyediaan bahan masker ini. Selamat mencuba!


Bestnya! Masker halba ni. Harini zilla nak kongsi dengan korang tentang masker halba.

Macam-macam boleh buat dengan halba ni kan. Selain boleh buang angin dan kempiskan perut. Halba bagus untuk basmi jerawat kat muka. Biasala kekadang jerawat ni beronok ronok pulak naik tak dijemput. Lelagi kalau besok ade event. Kacau daun betul.

Okey jangan buang masa. Jom buat. Senang yakmat!

Bahan-bahan:

1 genggam halba.
1 sudu teh asam jawa.
Air sesudu makan.

Cara Buat :

  1. Blendkan halba sampai halus. Pakai blend kering ye. Jangan buh air tau.

 

2. Bila dah siap masukkan halba dalam mangkuk lepastu bolehlah letak air sikit. Zilla suka nak tambah asam jawa sikit. Khasiat asam jawa kat bawah zilla senaraikan.

 

3. Dah letak semua bahan bahan tadi. Gaul rata. Pastu gosok kat muka ataupun kat badan. Biarkan 15minit. Lepastu bilas dengan air.

 

 

Kesannya

“Kulit muka licin dan lembut je macam sutera dari china. Best sangat pegang. Nak pegang lelame je. Tangan macam kena gam pulak. Tapi takpela. Muke sendirikan. Kalau muka orang lain mau kena lepuk. Sesiaaa. Hahahaha. “

Zilla Janis

 

Kebaikan asam jawa

1. Mencerahkan kulit.
2. Memudarkan selulit.
3. Mengangkat sel sel kulit mati.
4. Memudarkan flek hitam pada kulit wajah.
5. Mengurangkan tanda penuaan.
6. Memudarkan kesan hitam pada leher.
7. Melembabkan kulit.
8. Mengurangkan jerawat dan jeragat.

 

sumber :  Zilla Janis