Halang air banjir masuk rumah, wanita kongsi idea guna papan dan tanah liat. Musim banjir merupakan satu fenomena tahunan yang sering melanda negara-negara yang mempunyai musim hujan yang ketara, termasuk Malaysia.
Bagi mereka yang biasa mengalami banjir, ramailah yang kreatif membuat persediaan agar rumah tidak dimasuki air. Dalam satu hantaran di TikTok, seorang wanita, Nurul Atyra yang menggunakan teknik mudah menghalang air banjir memasuki ruang rumah.
“Dengan rumah saya ok. Anda cubalah, harap membantu.” – tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam keadaan semasa banjir kilat yang kerap terjadi akhir-akhir ini, tip yang dikongsikan ini mungkin dapat membantu.
Menerusi video tersebut, sekeping papan digunakan sebagai penghadang air banjir separas buku lali.
Penghadang banjir itu adalah idea wanita itu sendiri dan dilakukan dalam keadaan tergesa-gesa ketika air banjir belum memenuhi pekarangan rumah.
“Rumah saya selalu dimasuki air (banjir). (Untuk mengelakkan ia berulang), saya lekatkan papan yang sama saiz dengan pintu dan dilekatkan dengan menggunakan tanah liat permainan kanak-kanak (plastisin).
“Jadi, air tidak masuk ke dalam rumah, selamatlah sofa dan perabot semua.
“Untuk pintu gelangsar (sliding door) pun boleh. Jadi anda semua boleh cuba. saya ok, air tak masuk ke dalam rumah.
“Selamatlah daripada mengemop lantai,” kongsinya.
@nurulatyra94Dengan rumah sy ok . Korang cuba la , harap membantu ✌🏻♬ 3 minutes cooking song(863632) – furufuru
Perkongsian wanita itu menerima pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-rata tertarik dengan kreativiti wanita itu dan mengakui keberkesanannya untuk menghalang air masuk ke rumah semasa banjir.
Sebelum ini ada yang berkongsi idea mengelak limpahan air banjir masuk ke dalam ruang kediaman.
Sumber: TikTok Nurul Atyra
Baca artikel lain juga: Anak Redah Banjir Guna Tangki Air Selamatkan Ibu Hidap Asma
Wanita Nak Bersalin Terperangkap Banjir, Bomba Terpaksa Guna Perahu Bawa Ke Jalan Besar
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my