Hal Rumah Tangga Tak Boleh Luah Di Media Sosial. Suami Isteri Perlu Jaga Aib, Tahan Diri Dari Ikut Emosi- Da’I Wan

Share

Hal rumah tangga terutama yang membabitkan sensitiviti memang tidak wajar didedahkan kepada orang luar. Lebih-lebih lagi mengadu domba dalam media sosial jika tidak berpuas hati pada pasangan.

Namun, itulah situasi yang berlaku sekarang. Ada sesetengah pasangan yang menggunakan media sosial sebagai tempat melepaskan geram kepada pasangan mereka tanpa sedar perbuatan tersebut sebenarnya membuka aib pasangan.

Penceramah bebas Da’i Wan atau nama sebenarnya Wan Dazrin Wan Dini dalam satu perkongsian menegur agar pasangan suami isteri tidak berkongsi mengenai hal rumah tangga di media sosial.

“Jika terdapat masalah yang timbul dalam hal perkahwinan, perlu dijaga aib masing-masing. Hal rumah tangga tak boleh sewenangnya diceritakan di media sosial. Suami dan isteri perlu jaga aib masing-masing.

“Meskipun ada hal yang berlaku dalam perkahwinan, itu hanya milik kita dengan pasangan. Termasuk hal di bilik tidur. Tahanlah diri dari mengikut emosi dan meluahkan di tempat yang salah,” tulisnya lagi.

Sumber: IG wandazrin