Bergelar ibu bapa memang momen yang cukup indah dan dinantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Lahirnya si kecil menyemarakkan kasih sayang dan menambahkan kemanisan dalam rumah tangga.
Begitu pun, dek kesibukan urusan kerja ada kalanya membataskan kita untuk meluangkan masa dengan anak-anak. Sementelah mereka sendiri sibuk dengan pelbagai aktiviti sekolah. Namun, jangan sampai anda tidak sempat mengisi momen indah melihat anak-anak membesar.
Jangan sampai tiada langsung kenangan bersama untuk diingati kelak. Anak-anak ini adakalanya bila sudah besar, enggan lagi bersama ibu bapa. Alasan sibuk dengan aktiviti sendiri.
Perkongsian dari cikgu Mohd Fadli Salleh cukup bermanfaat buat pedoman kita semua. Sebagai ibu bapa, biar sesibuk mana sekalipun anak-anak dan keluarga patut menjadi keutamaan.
Anak hanya rapat dengan kita hingga umur 12 tahun~
Suatu ketika, aku mengeteh bersama kawan-kawan hingga lewat malam.
Diantara satu sisipan kopi panas, sahabat ini mula membuka topik baru.
“Anak-anak kita ni, waktu kecil sahaja rapat dengan kita. Hingga darjah 6 sahaja. Selepas itu dia mula masuk ke sekolah asrama.
Makin jauh, dan makin renggang hubungan. Jumpa pun sebulan sekali. Itu pun kalau kita tidak sibuk.”
Ads
Kami bertiga mengangguk kepala. Seorang demi seorang mencelah memberi idea dan pandangan. Kesimpulannya, kami semua setuju dengan apa yang dia kata.
Benarlah. Walau anak itu tidak ke asrama sekali pun, dia dah meningkat remaja. Bila menginjak remaja, dia mula ada rahsia. Mula ada rasa ingin berteman. Mula rasa ingin ruang untuk diri mereka.
Biasalah, remaja. Kita pun pernah remaja kan?
Mereka mula pandai berdikari. Tidak lagi boleh didukung kita. Tidak lagi mahu main kuda-kuda. Tidak lagi berebut nak panjat atas belakang. Nak makan bersuap jauh sekali lah.
Sahabat ini, dulunya dia punya perniagaan yang berjaya. Sehingga satu saat, dia jatuh terduduk ditipu kawan sendiri. 6 bulan tanpa kerja, berfikir dan merancang untuk strategi bisnes seterusnya.
Ads
Bila tanpa kerja, sehariannya hanya di rumah. Menghantar anak ke situ sini, membantu anak membuat kerja sekolah, melayan apa jua permintaan mereka.
Penat. Tapi dia puas. Letih, tapi hubungan dia dan anak lebih berkualiti dan rapat.
“Agaknya Allah sengaja uji aku agar aku sedar dan beri peluang untuk aku lebih rapat dengan anak-anak,” ujarnya sambil menguntum senyum.
Kini dia mula melebarkan empayarnya sedikit demi sedikit. Makin kukuh dan berjaya empayar baru ini. Lebih gah dan besar berbanding bisnes dulu.
Tapi kali ini, dia sudah pandai bahagi masa untuk bersama keluarga dan anak-anak. Allah dah ‘tegur’ dia dulu, kali ni dia ingat.
Ads
Kalau kita ada anak kecil, luangkanlah masa bersama mereka walau sesibuk mana pun. Biar ada memori untuk mereka dan kita kenang dimasa akan datang.
Sekejap sahaja anak ini membesar. Jangan kita tersedar bila mereka telah pun pandai berdikari. Saat mereka telah pun meningkat remaja.
Masa itu kita akan rindukan anak kecil kita yang minta kita buatkan susu. Yang minta sapukan jem pada rotinya.
Jangan terlampau sibuk dengan dunia sehingga terlupa; harga anak itu jauh lebih bernilai dari dunia dan segala isinya.
Jangan sehingga anak itu membesar, hanya kenangannya dengan bibik yang kekal diingatan. Jangan!
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Kehilangan Siti Sarah Raissuddin akibat Covid-19 meruntun jiwa masyarakat. Rata-rata berkongsi luahan dan rasa hati akibat pemergian Sarah yang secara tiba-tiba.
Dalam satu perkongsian oleh saudara Khairul Abdullah, bapa tunggal kepada tiga cahaya mata, situasi Shuib pernah dilaluinya tiga tahu yang lalu. Arwah isteri tersayang ditidurkan akibat paru-paru dijangkiti kuman.
Ketika itu hanya Tuhan yang tahu perasaannya sebagai suami. sementelah anak-anak mereka masih kecil dan memerlukan belaian seorang ibu.
Aku pernah berada di tempat Shuib. Isteri aku juga ditidurkan bila dia sudah mula sukar untuk bernafas sendiri. Bila paru-paru sudah mula dijangkiti dan mesin diperlukan untuk membantu pernafasan maka doktor tidurkan dia.
Sewaktu isterinya ditidurkan, peluang ketika itu 50-50 dan jujur mengakui dia cukup lemah dan tidak berdaya ketika itu.
Aku kena sign segala surat persetujuan terlebih dahulu. Yelah ditidurkan tu bunyinya lebih sedap berbanding dikomakan. Bila koma, chances is 50-50. Entah bangun entah tidak. 3 hari aku gundah, 2 malam aku pasrah. Akulah manusia yang paling lemah dan helpless ketika itu.
Kerana itu, apabila isterinya pergi meninggalkannya dan anak-anak buat selama-lamanya, dia merasai apa yang Shuib lalui kerana pernah berada dalam situasi tersebut.
Dan akhirnya isteri aku pergi meninggalkan aku dan anak-anak. Jangan ditanya apa perasaan aku. Numb. Just numb. Shuib sekarang berada di tempat aku.
Akui Khairul lagi, perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu. Hanya yang melalui akan tahu situasi demikian dan dia mendoakan semoga tiada yang perlu menghadapi situasi sepertinya.
Tempat yang menguji tahap keimanan dan kesabaran seorang hambaNya. Tempat yang sebolehnya aku doakan agar kalian tak perlu hadap dan rasainya. Perit dan sukarnya hanya Allah yang tahu.
Update: Innalillahiwainnailaihirojiun. Siti Sarah Binti Raissuddin telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi tadi. Semoga diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan para syuhada. #superdaddy
Pihak Majalah Keluarga sebelum ini pernah menemubual saudara Khairul yang berkongsi kenangan bersama arwah isterinya
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Teringin nak makan kerabu Kaki Ayam yang ssangat mudah dan sedap? Resipi ini antara yang boleh dicuba. Bahan-bahannya pun simple sahaja.
Dengan kombinasi rasa masam, manis, pedas dan manis pasti membuka selera. Makan ratah begitu aje pun sedap.
Gerenti lepas ni akan buat lagi, tak perlu dah beli juadah ni kat kedai. Buat aje di rumah, senang sangat!
Haritu ada yang minta resepi Kerabu Kaki Ayam kan? Mudah je gais nak buat Kerabu Kaki Ayam ni. Zas zas zas dah siap boleh dimakan. Boleh ratah sampai puas. Ini cara masak dan bahan yang diperlukan: ▪️Bersihkan dan potong dua kaki ayam dan rebus bersama sedikit garam, rebus hingga masak dan lembut. Boleh juga buang tulang kaki ayam jika mahu.
BAHAN-BAHAN KERABU: ▪️1 biji bawang besar – dihiris nipis *dalam gambar ni Aten buh bawang merah sebab bawang besar habis* ▪️10 biji cili api – hiris bulat nipis dan boleh lebihkan jika nak lagi pedas. ▪️2 biji tomato – dihiris ▪️2 batang serai – dihiris nipis ▪️1 biji limau nipis – perahan jus ▪️3 sudu makan sos ikan ▪️1 1/2 sudu makan gula ▪️1 pokok daun sup – dihiris halus ▪️Daun ketumbar – dihiris halus ▪️Suhun – direndam terlebih dahulu
CARA PENYEDIAAN:
Kemudian gaulkan bahan-bahan kerabu bersama kaki ayam yang telah dimasak. Boleh masukkan sedikit air untuk kuah. Sedikit sahaja. Siap! Disclaimer: Jika kaki ayam banyak, boleh lebihkan sedikit bahan-bahan sehingga dapat rasa yang sedap yang secukup rasa.
Sumber :Noor Fathin azlan
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Syawal bakal menjengah kurang dua minggu sahaja lagi, pastinya kaum ibu yang paling sibuk menyediakan kelengkapan raya.
Kuih-muih antara keutamaan untuk hidangan pagi raya. Majalah Keluarga berkongsi resipi terbaru dari Grup Masak Apa Hari Ini (MAHN) oleh Laila Fatiha yang cukup mudah untuk disediakan. Pasti anda menggemari rasanya yang rangup. Boleh juga ibu-ibu mengajak anak-anak untuk membantu. Pasti mereka sukakannya.
Bahan-bahan
Kulit popia dipotong (saiz ikut cita rasa)
Ikan bilis dibasuh
Minyak untuk mengoreng
Tepung gandum
Cara membuat:
• Bancuh tepung gandum dalam 2 sudu atau sehingga ikan bilis melekat pada kulit popia tersebut.
• Kulit popia yang dipotong disusun dalam dulang. Celup belakang ikan bilis yang dibelah 2 ke dalam bancuhan tepung.
• Tampal pada kulit popia. Biarkan seketika supaya kulit popia tersebut menjadi keras.
• Kemudian gorengkan kulit popia tersebut.
Tip masakan.
• Boleh ditabur dengan serbuk keju atau serbuk kari untuk menambahkan kesedapan pada kulit popia itu.
• Elakkan membancuh tepung terlalu tebal. Lagi cair lagi baik.
Resipi Asal: Laila fatiha
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pasangan suami isteri terkejut duit raya anak cecah lebih RM2000. Sepasang suami isteri terkejut apabila mendapati anak mereka yang baru berusia lima tahun berjaya mengumpul duit raya sebanyak RM2,000 selepas sambutan Aidilfitri yang lalu.