Adat berumah tangga, ada pasang dan surutnya. Tak terlepas daripada ujian, rumah tangga Farid Kamil dan Diana Danielle turut tempias dalam kemelut ini.
Memetik laporan daripada Berita Harian, pasangan suami isteri ini difahamkan tiba di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini bagi sebutan kes hadanah atau hak penjagaan untuk kedua orang anaknya iaitu Muhammad dan Aurora.
Bagi yang belum tahu, hadanah adalah permohonan mendapatkan hak penjagaan kanak-kanak yang masih kecil dan belum boleh menguruskan dirinya sendiri sama ada lelaki atau perempuan dalam tempoh perkahwinan atau selepas penceraian.
Difahamkan lagi, sebutan kes ini berjalan dengan lancar dan nampak seperti ada sinar untuk kembali berdamai.
“Alhamdulillah, sebutan hari ini berjalan dengan baik. Saya cuma mendoakan yang terbaik dan diharapkan kita boleh membuat kesimpulan dan penyelesaian”.
Menurut Diana juga, ini bukan soal menang atau kalah, sebaliknya mahu keadilan untuk kedua orang cahaya matanya.
“Sekarang ini hak penjagaan interim masih lagi di bawah Diana dan hakim sudah memberikan lanjutan hak penjagaan hingga 30 Mei depan”.
Walaubagaimanapun, dari sudut lain, Farid dikatakan masih cuba untuk berusaha menyelamatkan keluarganya dan memanjatkan kesyukurannya kerana dapat berjumpa isterinya walaupun dari jauh.
“Saya tengah dalam proses untuk memikirkan jalan terbaik bagi mencapai pendamaian. Pendamaian yang saya maksudkan adalah pendamaian untuk kembali semula dengan isteri saya dan berikan anak-anak kedua ibu bapa mereka kembali”.
Untuk penjelasan Farid Kamil yang lebih lanjut boleh tonton video di bawah ini.
View this post on Instagram
Terdahulu, Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak lelaki dan perempuan, Muhammad dan Aurora.
Sumber: Berita Harian & Sinar_my