PENYANYI veteran Datuk Hail Amir meninggal dunia, meninggal dunia pada usia 76 di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Terdahulu, anak perempuan Allahyarham, Cinta memaklumkan bapanya dimasukkan ke HKL pada hari Isnin untuk menerima rawatan antibiotik akibat jangkitan kuman pada paru-paru tetapi Allah lebih menyayanginya.
Pada hari Ahad, rakan artis Farouk Hussain berkata bahawa Allahyarham sudah berada dalam keadaan tenat dan meminta rakan-rakan yang lain untuk menziarahi.
Berita pemergiannya itu dikongsi oleh rakan artis, Datin Salwa Abd Rahman di instastori miliknya semalam.
“Al-fatihah, Assalamualaikum dukacita dimaklumkan Hail Amir baru sahaja menghembuskan nafasnya sebentar tadi,” kapsyennya.
Sepanjang hayatnya, Allahyarham terkenal dengan pasangan duet bersama Uji Rashid.
Antara lagu popular mereka adalah Hujan, Menunggu Nasi Minyak, Antara Matamu dan Mataku termasuk lagu Seloka Hari Raya menjadi dendangan ramai.
Allahyarham turut terkenal sebagai pelakon yang membintangi filem popular Jiwa Remaja, Cinta Dan Lagu, Menanti Hari Esok, Sesejuk Air Mata Ibu dan Anita Dunia Ajaib.
Selepas lebih lima dekad giat aktif dalam dunia seni, Allahyarham dikurniakan gelaran darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah (PMW) iaitu Datuk pada tahun 2022.
Allahyarham meninggalkan seorang balu iaitu Datin Safiah Ibrahim bersama empat orang anak dan lapan orang cucu.
MESTI BACA: Kejutkan Netizen, Wajah Baru Fathia Latiff Dibandingkan Dengan Che Ta
Terus Bangkit Hingga Ke China, Bella Astillah Jadi Kebanggaan Wanita Malaysia
“Jangan Main Gila” Amaran Janna Nick Agar Kebahagiaan Tidak Dirampas
SUMBER: Mingguan Wanita
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dai Tik Tok Keluarga @keluarga.my