Mengalami tempoh haid yang panjang tentu membuatkan sesiapa pun berasa bimbang. Manalah tahu, takut juga berlaku kekurangan darah dalam tubuh atau pun membawa kepada masalah yang lebih serius.
Jadi untuk memahami situasi itu, mari kita dengar penjelasan doktor ini. Jom semak.
HAID YANG PANJANG DAN BANYAK DARAH KELUAR
Kebiasaanya darah haid yang normal adalah lebih kurang 7 hari. Namun ada wanita yang mengalami pendarahan haid melebihi 15 hari sehingga menyebabkan wajah menjadi pucat dan cepat penat, sehingga rutin seharian terganggu.
Keadaan ini dinamakan MENORRHAGIA apabila kedatangan haid yang berpanjangan dan kehilangan darah yang banyak. Dari sudut syari’e pendarahan haid yang melebihi 15 hari dikira sebagai darah istihadah, di mana seorang wanita itu diwajibkan bersolat dan berpuasa.
Banyak punca berlaku keadaan seperti ini. Antaranya puncanya ialah :
1. KETIDAKSEIMBANGAN HORMON
Dalam kitaran haid yang normal, keseimbangan di antara hormon estrogen dan progesteron akan menyebabkan lapisan dalam rahem (endometrium) menjadi tebal, kemudian akan runtuh menjadi darah haid. Jika ketidakseimbangan hormon berlaku, endometrium berkembang secara berlebihan dan akhirnya menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
Ads
2. KEGAGALAN FUNGSI OVARI
Jika ovari tidak berfungsi dengan baik, ia tidak melepaskan telur dan ovulasi tidak berlaku. Ini mengakibatkan tubuh gagal menghasilkan hormon progesteron, dan akhirnya membawa kepada ketidakseimbangan hormon dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak.
3. FIBROID RAHIM
Fibroid rahim boleh menyebabkan pendarahan haid yang lebih banyak dan berpanjangan dari biasa.
4. POLIP
Ia adalah ketumbuhan yang kecil dan tidak berbahaya yang muncul pada permukaan dalam rahim dan boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan. Polip rahim sering berlaku pada usia wanita 30an akibat penghasilan kadar hormon yang tinggi.
Ads
5. ADENOMYOSIS
Keadaan ini berlaku apabila kelenjar pada lapisan dalam rahim (endometrium) menjadi tertanam di dalam otot rahim, biasanya menyebabkan pendarahan berlebihan dan haid yang menyakitkan. Adenomyosis sering berlaku pada wanita pertengahan umur yang telah mempunyai anak.
6. ALAT PERANCANG KEHAMILAN DALAM RAHIM (IUD)
Menorrhagia merupakan kesan sampingan apabila seorang wanita menggunakan alat perancang kehamilan IUD yang tidak mempunyai tambahan hormon. Jika IUD adalah penyebab pendarahan haid yang berlebihan, maka dinasihatkan agar alat ini dikeluarkan.
7. KANSER
Ads
Kanser rahim, kanser ovari dan kanser pangkal rahim juga boleh menyebabkan pendarahan haid yang berlebihan, tetapi jarang berlaku.
8. PENYAKIT KETURUNAN BERKAITAN DENGAN GANGGUAN PEMBEKUAN DARAH
Penyakit seperti penyakit Von Willebrand, suatu keadaan di mana pembekuan darah sukar berlaku, ia boleh menyebabkan pendarahan haid yang tidak normal.
9. UBAT-UBATAN
Ubat-ubatan tertentu, termasuk ubat-ubatan tahan sakit dan pencair darah boleh menyumbang kepada masalah pendarahan haid yang banyak dan berpanjangan.
Jika anda mengalami pendarahan haid yang berpanjangan, saya mencadangkan agar melakukan pemeriksaan bagi mencari punca masalah ini.
Musim panas ni, tentu kita mencari alternatif untuk mengurangkan bahang yang berlaku di sekeliling kita.
Cuaca terlampau panas boleh mengganggu sistem tubuh yang diterima daripada dua sumber, iaitu haba daripada persekitaran dan proses metabolik tubuh individu.
Persekitaran suhu atau cuaca yang terlalu panas boleh mengganggu ketidakseimbangan dan menyebabkan beberapa penyakit.
Sebagaimana perkongsian pakar otak ini, DrRizal Abu Bakar berkongsi resipi minuman untuk bantu menyejukkan badan dan membantu boost tenaga, fokus dan rasa tenang.
MINUMAN BOOST TENAGA, FOKUS DAN RASA TENANG.
Hari ni ramai yang dah selesai puasa enam. Alhamdulillah dan tahniah atas usaha.
Puasa luar ramadan lain dari dalam bulan ramadan. Maklumlah kita saja puasa. Orang lain tidak.
.
Pada yang puasa bagus minum air hikmat. Air apa air hikmat ini? Air longan kering campur red dates, Goji Berry dan gula kelapa. Dalam masa sama nak cari minuman alternatif yang boleh boost energi, fokus dan rasa tenang.
Saya pun teringin. Jadi saya selongkar almari cari bahan-bahan. Mujur jumpa Red Dates. Red Dates ini terkenal di kalangan orang Cina. Orang Melayu kurang sikit dengan Red Dates ni. Apapun Red Dates ni power khasiatnya.
.
Power kat mana? Power pada anti oksida. Bayangkan Red Dates ni ada 3 anti oksida hebat.
Flavonoids: Bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, alzheimer dan kanser. Sebab tu kena rajin ambil makanan yang ada flavonoids ni.
.
Carotenoids: Carotenoids penting untuk kesihatan jantung. Juga didapti dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti macular degeneration. Masa buat PhD dulu ada kawan yang buat research pasal macular degeneration. Orang Asia kurang sikit kena penyakit ni.
.
Phenolic acid: Kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung. Nampak tak dia punya power.
.
Yang paling saya suka pasal Red Dates ni ialah kesannya pada otak. Kajian dapati pengambilan Red Dates tingkatkan memori. Ambil Red Dates juga bantu pembelajaran. Juga kurangkan anxiety.
.
Paling best Red Dates dapat hilangkan plak dalam otak. Ya plak macam plak gigi tu. Plak ini biasanya jadi penyebab kepada Alzheimer. Ganggu komunikasi antara sel. Macam jalan kena Lockdown dengan kawat besi. Tapi bil arajin ambil Red Dates, kawat besi pun hilang. Macam tulah lebih kurang.
.
Kajan lain pula sebut mudahkan proses bersalin. Jadi ibu-ibu bolehlah rujuk pegawai perubatan kalau berminat nak ambil.
.
Macam mana dengan Goji Berry pula?
.
Goji Berry ni secara ringkasnya ada 7 kebaikan. Kebaikan ini dibuktikan oleh sains. Kalau kaki selsema dan rasa mudah sakit perlu sangat berjinak dengan Goji Berry ni. Sebab Goji Berry tingkatkan imun sistem dan lindungi kita dari selsema.
.
Paling disukai ialah bab Goji Berry bantu turunkan berat badan. Untuk lelaki sesuai sangat ambil. Kajian dapati boleh tingkatkan testosteron. Ada pula research kata pengganti kepada viagra. Nak tahu kenalah cuba. Jangan abam gi telan sekilo pulak.
.
Untuk nak maraton beribadat kenalah ambil Goji Berry ni. Sebab dia beri ekstra energi, tidur jadi berkualiti, lebih tenang dan kuasa fokus juga meningkat. Yang sakit sendi lutut tu bokehlah cuba. Sangat membantu. Senang nak turun naik sujud.
.
Gula kelapa pun hebat khasiatnya. Terutamannya pasal Inulin. Bahan yang akan stabilkan gula dalam darah kita.
Macam mana nak buat? Begini caranya.
BAHAN-BAHAN:
. 1. Basuh Goji Berry, Red Dates dan Longan.
2. Red Dates rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut sikit. 3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau satu liter setengah.
4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa. 5. Rebus sampai mendidih. 6. Masukkan gula kelapa secukup rasa
7. Boleh masukkan daun pandan kalau nak. Tak nak pun tak apa. . Mungkin ada yang akan tanya berapa biji nak letak? Untuk Goji Berry masukkan segenggam. Longan dalam 30 biji dan Red Dates dalam 20 biji. Nak tambah boleh. Nak kurangkan pun boleh.
Senangkan? Power pun power. Sempat lagi kalau nak buat ni. Apakata SHARE resepi ni dengan kawan-kawan dan adik beradik.
Terliur tengok menu yang dipaparkan ini. Nampak menyelerakan. Takut pula nanti dalam nak berdiet dan makin naik berat.
Menurut Yaya Bazli, dia mengamalkan diet dengan 15 menu ini untuk menurunkan berat badannya. Hasilnya dia hilang 5-6kg dalam tempoh sebulan.
“Siapa cakap makanan sedap tak boleh untuk diet? i hilang 5-6kg in 1 month sebab cheatday sabtu dengan ahad.
“kalau u’all tak cheat langsung confirm 10kg boleh hilang tau. guna garam and black pepper sahaja. no additional seasoning,” tulis Yaya di ruangan facebooknya.
Buat ibu-ibu di luar sana, kalau nak berdiet tapi masih boleh makan yang sedap-sedap, cuba ikut contoh menu yang dikongsikan ini. Memang power kan sebab boleh turun 6kg tu!
Susu badam mampu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit. Badam kaya dengan vitamin E dan bersifat antioksidan dan sekali gus mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan dan menjadikan pengamalnya nampak awet muda.
Jika dilihat kepentingan anak-anak mengamalkan susu badam ini pula adalah ianya baik untuk kesihatan otak kerana badam mengandungi dua nutrien utama iaitu Riboflavin dan L Carnisebab yang mampu mempengaruhi aktiviti saraf. Oleh sebab itu juga, ramai ibu-ibu di negara India sangat mengalakkan anak-anak mereka mengamalkan pemakanan badam.
Resipi Susu Badam, Amalkan Minum Selalu
Jadi apa kata hari ini kita cuba buatkan susu badam ini untuk kita anak beranak amalkan dan sekali gus menikmati khasiat susu badam yang cukup istimewa ini. 1 cawan badam boleh dapat 1.5 liter susu. Cukuplah untuk lima hari minum.
Bahan-bahan:
1 cawan badam mentah
4 cawan air masak
1 sudu esen vanila
Sedikit garam
Kurma *tambahan
Ibu Awet Muda, Anak Lebih Pintar
Cara penyediaan:
1.Basuh badam bersih-bersih selepas itu rendam semalaman.
2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih-bersih dan masukkan ke dalam pengisar dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh.
*Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat.
3. Sudah siap kisar terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.
CARA MENIKMATI SUSU BADAM
1.Dimakan bersama madu
Apabila sudah mendidih itu kira sudah siap. Senang bukan? Apabila sudah suam maka bolehlah diminum. Sebelum minum letakkan 1 sudu madu. Rasanya sedap, tiada rasa pelik. Kalau ada kurma, masukkan sekali. Tidak perlu masukkan madu. Cukuplah manis daripada kurma itu.
2. Smoothies
Boleh letak buah-buahan. Kalau tiada buah pun tidak mengapa. Boleh minum begitu sahaja. Boleh juga letak chia seeds jika suka.
Ekstra Tip:
Hampas badam tadi jangan dibuang pula. Rugi. Jangan membazir. Kita guna sampai habis. Boleh buat lempeng. Letak tepung sikit, garam sikit, gorenglah.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...