Hadiahkan Gelang & Cincin, Video Adira Sambut Hari Lahir Datin Red Bikin Sebak!

Share

Sebelum ini pernah tular penyanyi dari Sabah, Adira Suhaimi yang dilihat berpegangan tangan bersama madunya, Datin Seri Syarifah Nor Shafila Hassim atau dikenali Datin Red ke sebuah majlis. Keakraban kedua-kedua individu ini sememangnya mengejutkan orang ramai dan memberi inspirasi kepada yang ramai.

Baru-baru ini, Adira ada memuat naik satu video di mana dia sedang menyambut ulang tahun kelahiran Datin Red dalam sebuah majlis serba ringkas di laman Instagramnya.

Video yang berjaya meraih perhatian ramai di laman sosial itu menunjukkan Adira yang sedang memakaikan seutas gelang dan sebentuk cincin dan kemudannya mereka memeluk erat dan saling menyuap kek hari lahir tersebut.

Bukan itu sahaja, penyanyi yang berusia 31 tahun itu meluahkan syukur dapat menyambut ulang tahun kelahiran Datin Red meskipun dilakukan awal sehari kerana bimbang tidak sempat untuk meraikannnya.

“Selamat hari lahir kakak sayang, tak tahu nak cakap apa tapi Alhamdulillah. Datang awal sehari sebab besok takut x sempat singgah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen, Datin Red menzahirkan ucapan terima kasih kepada Adira kerana sanggup meluangkan waktu dan memohon maaf kerana tidak dapat menjadi seorang kakak yang baik untuknya.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dan sebak apabila melihat hubungan diantara Adira bersama Datin Red yang sangat akrab walaupun hidup bermadu. Malah, ramai yang memuji cara Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali sebagai Datuk Red dapat menguruskan kedua-dua isterinya dengan adil dan baik sekali.

Sekadar info, Adira telah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Anggrek, 5, Asan, 4, dan Anggun,3.

Sumber: Instagram @adira.suhaimi