Hadiahkan Al-Fatihah Pada Diri Sendiri. Lakukan Sekarang & Nikmati Rasanya!

Share

Sedekahkan al Fatihah kepada seseorang yang telah kembali ke dunia abadi itu lumrah kita lakukan.

Pun begitu, menghadiahkan bacaan surah al Fatihah untuk diri sendiri mungkin jarang dipraktikkan sedangkan menurut perkongsian Ustaz Ebit Lew adalah dengan  amalan tersebut bagus untuk rohani kita.


Al-FATIHAH UNTUK DIRI SENDIRI

Pernahkah anda menghadiahkan Al-Fatihah untuk DIRI anda sendiri…?

Jika belum, lakukanlah mulai hari ini karena ini adalah makanan yang baik bagi ROH kita, iaitu zikir-zikir dan Al-Fatihah. Ia adalah sebaik² hadiah untuk Ruhani kita.

CARA MENGAMALKANNYA :

Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…

1. “Beri salam” pada diri sendiri dahulu

2. Lalu panggil nama PENUH kita dengan lembut 3 kali

3. Kemudian sentuh dada kiri kita ( jantung ) sambil mengucapkan :

” ALHAMDULILLAH ”

4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan Al-Fatihah ini untuk diriKu sendiri, lahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungi hamba-Mu, Jadikanlah hamba Penjemput rezeki Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya..
Aamiin Ya Allah.

Lalu baca surah” Al-Fatihah 1x.

Lakukan sekarang kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang dan nikmatilah RASAnya…

Rasulullah S.A.W bersabda :”Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya,maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”
(HR. Al-Bukhari)
Aamiin ya Rabbal’alamin

Semoga bermanfaat dunia akhirat… Aamiin.

Sumber : Ustaz Ebit Lew