“Hadiah terindah Allah buatmu Hajah Nor, hari wukuf jatuh dihari lahirmu” Amy Search dan isteri selamat tunai Rukun Islam ke 5. Penyanyi rock terkenal, Datuk Amy, Search dan isteri selamat tunaikan rukun Islam kelima. Paling istimewa hari wukuf tahun ini jatuh pada tarikh hari lahir isteri kesayangan, Datin Hajjah Nourish.
“Hadiah Terindah Allah Buatmu Hajah Nor, Hari Wukuf Jatuh Dihari Lahirmu”
Menurut Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, beliau berasa cukup bersyukur dan gembira apabila impiannya untuk menunaikan rukun Islam kelima itu bersama isteri tercinta, Norhasliza Hassan menjadi kenyataan.
“Sepatutnya saya pergi selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu, tetapi tak dapat visa. Alhamdulillah, tahun ini rezeki saya untuk ke sana.
“Memang rasa berdebar sebab umrah saya dah biasa pergi, cuma untuk haji saya serahkan seluruh jiwa dan raga saya kepada ALLAH SWT,” katanya yang berangkat menunaikan ibadah haji pada 6 Jun lalu.
Tambah Amy, apa yang diharapkan agar perjalanannya dipermudahkan sekali gus dan dapat memanjatkan doa buat anak-anak, sanak saudara dan sahabat handai.
“Saya berdoa ALLAH berikan saya perjalanan yang lebih baik dan lebih indah. Apa saja dugaan yang bakal saya terima di sana nanti, saya terima dengan reda.
“Tentunya apabila berada di sana nanti, saya akan berdoa untuk keluarga dan anak-anak. Tidak dilupakan doa buat saudara-mara dan sahabat handai,” ujarnya yang bersedia untuk membotakkan kepala atau bercukur (Tahallul).
Ads
Amy Search & Isteri Selamat Tunai Rukun Islam Ke 5
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Amy dilaman Instagramnya, Amy meluahkan kesyukurannya kerana dapat mejadi tetamu Allah tahun ini bersama isterinya.
Demi Cinta ku pada mu, Kemana pun kan kau ku bawa, Ke hujung dunia ke Bintang Kejora. Wukuf hari teristimewa buat bidadari ku. Ini hadiah terindah dari Allah SWT buat mu Hajah Nor, Hari panggilan yang dinantikan, lebih istimewa kerana hari wukuf jatuh dihari lahir mu. “Barakallah fii Umrik”
Begitulah aturan Allah SWT, begitu lah kehendak nya. Kita Wukuf bersama di hari terindah ini 9 Dzulhijjah 1445 bersamaan 15June 2024. Semoga kite mendapat haji mabrur. Selamat Hari Lahir Hajah Nor Hasniza Hassan. Cintaku pada mu hingga ke Jannah.
I LOVE U @qasander #wukuf1445 . #insearchofwukuf
Alhamdullilah kami sudah selesai menjalani Rukun Islam yang ke 5 Semoga Allah menerima pengorbanan kami dan kita semua Di Doakan jua utk semua dijemput menjadi tetamu Allah
Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua umat Islam
Hidangan berkuah seperti kari tidak lengkap rasanya tanpa memasukkan aroma daripada daun kari yang cukup hebat rasanya.
Pun begitu membeli daun kari di kedai dan tersimpan kemas di dalam peti ais adakalanya buat ia mudah layu dan sudahnya daun herba yang satu ini jadi kering. Sudahnya pasti ramai yang membuangnya begitu sahaja.
Jangan dibuang terlebih dahulu. Aroma dan rasa daun kari ini tidak hanya datangnya daripada rasa segar daun ini, tetapi juga turut mengeluarkan aroma dan bau yang sama hebatnya walaupun selepas dikeringkan.
Jadi jangan buang dahulu, cuba ikuti langkah yang diberikan ini. Cara ini bukan hanya masih sama aromanya, bahkan daun kari kekal tersimpan elok selama 3 bulan lamanya. Hebat kan? Jom cuba.
Caranya:
Basuh daun kari bersih dan kemudian jemur di bawah matahari hingga kering.
2. Kalau nak cepat, masukkan dalam oven yang di lapik di atas kotak. Gunakan suhu 75 C tetapi perlu awas, jangan sampai daun jadi garing. Cuba ramas daun ini agak-agak lembut dan kering sudah cukup.
4. Masukkan dalam sebuah bekas dan titiskan beberapa titisan minyak masak dan ramas-ramas daun-daun ini supaya minyak bersalut serata.
5. Masukkan dalam bekas atau botol yang kedap udara. Bila nak guna ambil yang perlu dan tutup kembali penutup. Daun kari anda ini boleh tahan 2 hingga 3 bulan. Selamat mencuba ya!
Sumber : Mamak Haji
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Sebelum ada yang berfikir untuk membuang perabot lama, apa kata anda fikir-fikirkan dahulu untuk memberi ilham dan nafas baharu pada penggunaan perabot lama tersebut. Ini sebagaimana perkongsian idea kreatif daripada Che Puteh Osman ini apabila melakukan pengubahusuaian meja lama menjadi kerusi ala-ala ottoman yang menarik dan praktikal.
Nak tahu langkah-langkah yang dilakukan, ikuti perkongsiannya di sini.
Projek cari penyakit versi tak ingat ke berapa dah. Minggu lepas saya cuba nak beri wajah baru pada meja sisi Lack yang saya beli dari IKEA hampir 8 tahun lalu.
Mejanya pun dah tak berapa elok. Saya godek-godek kain lama, ada lebihan kain yang saya guna dulu. Beli paku payung dan span untuk perabot. Lebih tebal dan kenyal banding span biasa. Bolehlah ‘repurpose’ semula meja ini.
Langkah pertama : Tanggalkan kaki meja.
Langkah ke dua : Ambil kain dan tebarkan dan letakkan span yang diukur mengikut saiz meja ditengah-tengah lain. Kemudian letakkan meja seperti di dalam gambar.
Langkah ke tiga: Paku kemas menggunakan paku payung.
Langkah ke empat : Tinggalkan bahagian bucu seperti ini.
Sejak akhir-akhir ni topik mengenai faraid mengenai perbualan hangat. Ia menjadi impak kepada pasangan suami isteri bahawa pentingnya mengetahui tentang ilmu faraid.
Bukan hanya semata tamak harta si mati tetapi cakna tentang prosedur faraid bagi memudahkan proses pengurusan harta selepas kematian pasangan.
Baru-baru ini perkongsian seorang peguam, Ahmad Termizi Bin Abdullah mengenai sebuah fail faraid peribadi telah mendapat perhatian ramai. Ramai yang tidak terfikir mengenainya. Ikuti perkongsian yang sungguh bermanfaat ini.
FAIL FARAID PERIBADI
Dalam banyak-banyak fail tu, sila sediakan terus satu fail faraid peribadi. Ini contoh fail saya.
Contoh kandungan fail ini ialah seperti berikut:
– salinan kad pengenalan isteri ibu bapa & anak-anak
– salinan surat nikah isteri-isteri
– salinan sijil lahir anak-anak
– salinan sijil mati ibu ayah
– salinan sijil mati mertua (senang nak proses kalau isteri anda meninggal lebih awal dari anda)
– polisi asal takaful
– maklumat tentang akaun bank, tabung haji, KWSP, ASB, Unit trust, saham dll
– maklumat ttg e-wallet
– maklumat ttg wang crypto
– wang kertas lama
– geran kereta
– geran rumah
– sijil pemberitahuan hak cipta
– maklumat tentang hutang
Satu aje yang belum ada iaitu SIJIL MATI SAYA.
Fail ini saya hukumkan sebagai wajib bagi seluruh penduduk Wakanda.
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...