Kereta Proton Saga ini bukan sekadar kenderaan biasa, tetapi simbol kasih sayang dan pengorbanan seorang bapa dalam membesarkan anak-anaknya.

Walaupun bapa sudah memiliki kereta lain yang lebih moden dan selesa, anak-anak tetap sepakat untuk membaik pulih semula kereta lama yang penuh nostalgia ini sebagai tanda penghargaan atas segala jerih perih dan kasih sayang yang telah dicurahkan.

Kereta ini bukan sekadar besi dan enjin, tetapi menjadi saksi bisu setiap perjalanan hidup mereka dari menghantar anak ke sekolah, membawa mereka ke hospital saat sakit, hingga menjadi pengangkutan utama dalam menempuh pelbagai cabaran hidup. Bagi mereka, Proton Saga ini lebih daripada sekadar sebuah kenderaan, ia adalah lambang cinta seorang bapa yang tidak ternilai.

Hadiah Penuh Makna, Sepakat Pulihkan Kereta Lama Ayah Demi Kenangan Besarkan 10 Anak

Menurut  Wan Kamarul Wan Salim yang merupakan menantu kepada keluarga berkenaan, kereta itu berada di bengke selama tiga bulan bagi merealisasikan impian menjadikan kereta lama itu dibaikipulih.

Ads
Alhamdulillah, Setelah 3 bulan lebih kereta ayahanda di bengkel cat, akhirnya menampakkan rupa.

Hadiah Penuh Makna, Sepakat Pulihkan Kereta Lama Ayah Demi Kenangan Besarkan 10 Anak

Katanya lagi, kereta jenama proton saga itu adalah antara kereta awal ayah mertuanya dan menjadi kenderaan untuk membesar anak-anak seramai 10 orang.

Ads

“Antara kereta terawal abah kami. Abah dah ada kereta lain yang lagi selesa. Cuma abah sayangkan kereta ini. Ada sentimental value di situ. Jadi sebab itu kami baikpulih.

“Kereta ini menceritakan segala kesusahan beliau dulu membesarkan dan mendidik anak-anak 10 orang sehingga mereka mampu jadi manusia yang berguna. Saya hanya menantu.”

Ads

Hadiah Penuh Makna, Sepakat Pulihkan Kereta Lama Ayah Demi Kenangan Besarkan 10 Anak

Meninjau di ruangan komen wargamaya  turut tersentuh dengan kisah ini, mengatakan bahawa kereta ini mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi kerana menjadi saksi bagaimana seorang ayah bertungkus-lumus membesarkan kesemua 10 orang anaknya dengan penuh kasih sayang dan pengorbanan.

Kini, setelah anak-anak berjaya dalam kehidupan, mereka ingin membalas jasa dengan menghadiahkan kembali kenangan paling berharga dalam bentuk yang mereka tahu pasti akan menyentuh hati bapa tersayang.

Sumber: Wan Kamarul Wan Salim

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI