Tiada yang lebih membahagiakan seorang ibu selain melihat kejayaan anak-anak kan, demikian juga dengan pelakon dan pelawak Didie Alias.
Masyaallah Ya Allah..
Syukur Alhamdullillah walaupun mumy tak dapat nk teman kakak utk hari istimewa kakak,mumy bangga ngan usaha & kejayaan kakak,doa mumy sentiasa dibibir mumy buat anak2 mumy.
Menerusi kapsyennya itu juga, Didie meluahkan rasa sebak dan menganggap kejayaan tersebut adalah hadiah yang paling berharga buat dirinya sebagai ibu.
Kakak nampak kesusahan kite selama nie,Allah bg hadiah yg paling berharga buat mumy.
Tahniah kakak @niyardzn ❤️
Master in Visual Communication and New Media
Award: Anugerah Naib Canselor
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan ucapan tahniah buat Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan atas kejayaan tersebut.
Malah ada yang memuji cara Didie membesarkan anak-anaknya sehingga seorang demi seorang berjaya dalam pelajaran.
Sumber:ladydidiemsia
ARTIKEL MENARIK: “Muka Mummy, Perangai & Cara Cakap Baba.” Berlakon Jadi Doktor, Warganet Puji Bahasa Melayu Jebat Jayden
ARTIKEL POPULAR: “Teruja Nak Kongsi Berita Indah. Saya Hamil!.” Alahan Teruk, Dr Amalina Syukur Suami & Ibu Banyak Bantu
BACA INI JUGA : “Heykal Sakit Ke? Nampak Kurus Betul.Hampir Tak Kenal.” Penampilan Suami Faezah Elai Raih Perhatian
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club