Gaya Hidup

Hadiah Kondominium Untuk Anak Sempena Ulang Tahun, Wawa Zainal Edar 100 000 Wawa Sunkids Secara Percuma

Share

Kesempatan bertemu dengan Wawa Zainal dan Aeril Zafrel dalam satu majlis khas sempena meraikan ulang tahun kelahiran 2 orang anaknya iaitu Soffya dan Zahri, pasangan ini telah berkongsi hadiah istimewa yang diberikan untuk kedua cahaya matanya ini.

Jika ibu bapa lain akan memberikan gadjet, pakaian ataupun perhiasan namun bagi pasangan ini mereka sepakat untuk memberikan hadiah kondominium untuk Soffya dan Zahri demi masa depan mereka.

“Alhamdullilah, kita memikirkan masa depan anak-anak. Jadi setiap kali birthday mereka adalah hadiah yang diberikan untuk masa depan mereka. This time, kita kasi anak-anak rumah jenis kondo.”

Tambah Wawa, “Setiap anak kami mempunyai rumah masing-masing dan kami tidak pernah skip simpan duit untuk mereka.”

“Sedar tak sedar, anak kami yang tua berumur 11 tahun sudah mempunyai banyak simpanan. Kita tak tahu di masa akan datang apa yang akan berlaku, jadi itu adalah simpanan untuk mereka. Untuk mereka belajar, apabila kecemasan ataupun sebagainya.

Berkongsi kenangan melahirkan kedua cahaya matanya ini,

“Sebenarnya Soffya dan Zahri due date bersalin sama tarikh dengan birthday Aeril, 2 Disember tapi terberanak awal. Sebeb itulah tarikh lahir mereka berturut-turut.”

Dalam majlis yang berkonsepkan ‘beach’ ini, Wawa turut melancarkan produk terbaru iaitu Wawa Mummy Baby Sunscreen Set yang diadakan di Bangi Golf Club.

“Pelancaran sunscreen untuk kanak-kanak ini adalah kerana kanak-kanak mempunyai kulit extra sensitif. Oleh yang demikian ianya diformulasi secara mineral yang sangat bagus untuk kulit kanak-kanak seawal usia 6 bulan.”

Walaupun baru dilancarkan, jualan bagi produk ini sudahpun mencecah 40 000 unit. Ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan lebih-lebih lagi sunscreen Wawa yang dilancarkan sebelum ini sudahpun terbukti keberkesanannya.

Wawa dan Aeril turut mengumumkan akan mengedarkan 100 000 Wawa Sunkids secara percuma kepada kanak-kanak.