Tiada yang lebih bermakna dari rasa bersyukur dan bahagia melihat zuriat yang dinantikan lahir dengan selamat. Malah, lebih istimewa lagi, anak ketiga kepada pasangan Alif Satar dan Shadila Halid berkongsi tarikh lahir dengan ayahnya.
Malam tadi pelakon dan hos terkenal Alif Satar turut berkongsi berita kelahiran anak ketiganya di laman instagramnya.
Bayi lelaki seberat 3.54 kilogram dilahirkan secara normal dan lebih menarik, cahaya mata itu dilahirkan pada tarikh sama dengan tarikh lahirnya.
“Alhamdulillah, bayi dan isteri saya dalam keadaan baik. Bayi kami pun lahir dalam keadaan sihat.
https://www.instagram.com/p/B2mSYtDF9Mc/?utm_source=ig_web_copy_link
Pastinya Alif cukup gembira dengan kelahiran tersebut memandangkan sebelum ini dia sudah memiliki 2 cahaya mata perempuan. Alif dan Shad Dilla sebelum ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ariana, 4, dan Alisha, 2.
Sumber: IG alifsatar & Harian Metro