Sebut sahaja tentang kucing, pasti kita terbayang kerenahnya yang comel. Satu pilihan yang tepat bagi pemilik kucing di luar sana untuk memelihara si bulus comel ini.

Malah, ada pemilik yang menjaga mereka seperti anak sendiri. Bukan sahaja diberi makan dan tempat tinggal, ada yang menyambut hari lahir “anak” mereka setiap tahun.

Pengasas jenama tudung ‘Bawal Exclusive’, Haliza Maysuri sanggup menghabiskan ratusan ribu ringgit sempena menyambut ulang tahun kucing peliharaannya, Money yang ke-7.

Haliza turut menempah baju kucing khas daripada pereka fesyen terkenal Malaysia iaitu Dato’ Rizalman Ibrahim.

Baju kucing itu dilihat gah dan mewah dihiasi dengan batu kristal Swarovski yang cukup diminati oleh pengasas tudung serta pengguna setia jenama tudung tersebut.

DIJEMPUT OLEH BUTIK JENAMA MEWAH SEMPENA HARI JADI 

Namun, kucing tersebut sangat bertuah apabila dijemput oleh butik jenama mewah Louis Vuitton bagi menyambut hari jadinya di butik itu di The Gardens, Kuala Lumpur.

 


Jelas Haliza melalui hantaran di akaun Instagramnya, Money merupakan kucing pertama yang dijemput oleh jenama itu. Wah sangat beruntung.

Malah, haiwan berkenaan turut diberi kejutan kek dan hadiah dari jenama mewah itu.

 

Apa yang menjadi perhatian adalah hadiah beg yang bernilai RM17, 400.

Dikatakan hadiah tersebut merupakan pemberian daripada suami Haliza untuk kucing kesayangannya itu yang ditempah khas dari Paris.

NETIZEN TUMPANG GEMBIRA DENGAN LAYANAN YANG DIBERIKAN

Video yang dikongsikan oleh Haliza mengundang perhatian warganet. Ruangan komen dipenuhi dengan warganet yang teruja melihat sambutan hari jadi itu.

Ia bukan satu perkara yang biasa dilihat oleh orang di negara kita.

“Memang cantik Money ni, pembawa rezeki mama dan papa dia,” – Netizen

Yang paling menyentuh hati apabila ada yang memuji mereka sekeluarga kerana memberikan layanan yang baik terhadap haiwan kesayangan Rasulullah SAW.

Ada juga yang mencemuh kerana menganggap ia satu pembaziran. Katanya wang itu boleh digunakan untuk perkara yang lebih baik.

MESTI BACA: DIY Minyak Kunyit Untuk Kucing Luka & Berkurap, Natural & Tiada Toksik

Pasir Kristal Kucing Boleh Hilangkan Kulat Dalam Almari? Begini Cara Nak Buat

Kutu Kucing Boleh Sebabkan Masalah Kulit, Begini Cara Nak ‘Tangkapnya’

SUMBER: BUZZKINI

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club

Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my

Hadiah Bernilai RM17K, Kucing “Bawal Exclusive” Sambut Ulang Tahun Di Butik Jenama Mewah

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI