Tiada yang membahagiakan bagi pasangan suami isteri apabila dikurniakan zuriat. Enam tahun berusaha untuk menambah ahli baru dalam keluarga, akhirnya Allah makbulkan doa pasangan ini.
Dalam satu perkongsian di Instagram, Shuib mengumumkan isterinya Siti Sarah Raissuddin kini hamil anak keempat mereka. Sarah dikatakan sudah melepasi trimester pertama kehamilan.
Menerusi Instagram TV penyanyi lagu Semakin itu, satu video yang dirakamkan pada 15 Februari lalu menunjukkan suaminya, Shuib Sepahtu memegang alat ujian kehamilan sekali gus mengesahkan yang dia hamil.
“Saya akan buat pemeriksaan doktor minggu depan untuk mengesahkan lebih tepat sudah berapa bulan kehamilan ini.
“Namun dalam kerendahan hati, saya memanjat kesyukuran kerana ini hadiah paling bermakna dikirimkan Allah untuk kami sekeluarga.
“Sebelum ini ada yang nampak perubahan saiz badan saya. Termasuk di kalangan wartawan sendiri. Tapi saya meminta mereka mengunci dulu mulut bab ini. Biar saya umumkan sendiri kepada semua,” kata Sarah yang ketika itu belum berani berkongsi berita kehamilannya.
Menurut Sarah selepas enam tahun melahirkan anak ketiga, Ariq Matin, dia tidak menyangka akan hamil lagi.
“Jujur, selepas enam tahun, saya tak menyangka akan merasai lagi pengalaman berbadan dua. Tapi saya dapat ulangi momen itu lagi.
Ads
“Sekarang pun orang kata kandungan sudah kuat, barulah saya berani bercerita lebih. Saya pun sebelum ini ada berdepan situasi kebimbangan, jadi memilih untuk tidak tertekan masa awal kehamilan.
“Doakan kandungan saya baik baik saja. Saya juga doakan buat semua ibu di luar sana yang mahu merasai saat kehamilan lagi, moga Allah murahkan rezeki kalian,” katanya.
Jangan buat main ye encik suami, bila isteri merajuk. Sebenarnya bukan tak sayang, tetapi terlalu sayang kepada suaminya. Sebagaimana yang dikongsikan oleh suami ini, di laman facebooknya, Mohd Fhais , jelasnya, isteri jika dah terlalu sayang, bila suami balik lambat atau masakannya suami tak makan, akan membuatkan hatinya terguris dan terus merajuk. Perkongsian ini sungguh inspirasi untuk membentuk keluarga bahagia
Suami jangan di manjakan sangat ego tu. Takut lama-lama nanti ego jadi buas, sehingga salah sendiri pun masih rasa diri betul.
Orang perempuan ni merajuk tak pernah tak kena tempat. Dia tak akan merajuk dengan kawan-kawan, dia tak merajuk dengan adik beradik, dia merajuk dengan suami mereka sahaja.
Sebab merajuk tandanya SAYANG !
Bila dah terlalu sayang hati mudah terguris. Itu sebab hal-hal kecil yang jarang kita buat boleh trigger rajukan si isteri.
Balik kerja lambat isteri merajuk, dah penat masak kita tak makan dia merajuk, tak wish besday pun dia boleh merajuk.
Ada bagusnya isteri merajuk sebab ia boleh jadi peringatan pada kita yang selalu sibuk bekerja dan jarang ada di rumah. Bila isteri merajuk itu tandanya mereka dambakan perhatian dari kita.
Wanita ni tuhan ciptakan dengan penuh emosi. Emosi yang kena dibelai, kena disayangi dan kena dimanjai dengan kasih sayang.
Itu sebab bila kita jarang belai, jarang tunjuk rasa sayang dan jarang manjakan isteri kita, hati mereka mudah terguris. Di tambah pula dengan ego lelaki yang berhati batu, semakin rasa di robek-robek hati si isteri.
Ego adalah MUSUH KETAT Emosi !
Jika tanda sayang isteri adalah dengan banyaknya emosi.
Maka tanda sayang suami adalah dengan sedikitnya ego.
Bahaya jika dalam rumahtangga kita ego lebih banyak dari emosi, takut si isteri banyak pendam perasaan dan makan hati. Tunggu masa untuk meletus je tau..
Nak keluarga kita aman dan bahagia jangan gemukkan ego tapi gemukkan emosi isteri, barulah kita pandang muka isteri jadi berbunga-bunga.
Jangan ego-ego ya, keluarga tempat bertolak ansur bukan tolak menolak.
Mohd Fhais Tak akan hilang darah kepahlawan dalam diri lelaki jika selalu menangkan dengan isteri.
p/s : Kongsikan dengan pasangan anda semoga mereka pun dapat manfaat.
p/s : Jom dapatkan ilmu dan tips rumahtangga serta parenting dalam telegram saya. Join di sini -> t.me/CoretanFhais
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Dalam masa seminggu ini banyak kemalangan maut melibatkan kenderaan berat antara yang meruntun jiwa melibatkan satu keluarga muat dan dua beranak iaitu ibu maut dan anak putus kaki.
Kemalangan tersebut membabitkan sebuah treler tanpa muatan yang dipandu dari arah Taiping menghala ke Bukit Beruntung, Selangor, telah merempuh sebuah kereta yang dinaiki empat sekeluarga dari arah belakang, sebelum merempuh lima lagi kenderaan lain.
Kejadian kemalangan melibatkan treler muatan besi di Pasir Puteh, Kelantan hingga mengakibatkan seorang wanita maut, manakala empat lagi termasuk bayi cedera selepas terbabit kemalangan yang turut melibatkan sebuah SUV, dua lori, tiga kereta, dua motosikal dan 21 basikal.
Kedua-dua kejadian itu melibatkan kenderaan berat iaitu treler yang seakan bermaharajalela di jalan raya!
Terkesan dengan kejadian yang memilukan itu, menerusi Facebook rasminya, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong turut meluahkan terkilan dengan kejadian yang berlaku.
“Kes kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat seperti treler semakin menjadi-jadi. Malah turut melibatkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain. Saya amat sedih dengan apa yang berlaku. Takziah buat ahli keluarga mereka. Semoga roh mereka dicucuri rahmat.”
Menerusi entrinya beliau telah mengarahkan agensi-agensi dan pihak yang berkaitan termasuk JPJ, MIROS serta Puspakom untuk meneliti kes kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat dengan lebih menyeluruh. Kaedah penyelesaian yang berkesan perlu disegerakan.
“Saya telah mengarahkan agensi-agensi dan pihak yang berkaitan termasuk JPJ, MIROS serta Puspakom untuk meneliti kes kemalangan jalan raya melibatkan kenderaan berat dengan lebih menyeluruh. Kaedah penyelesaian yang berkesan perlu disegerakan.
Selain mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pesalah, saya juga melihat keperluan melaksanakan ujian saringan kepada para pemandu bagi mengelakkan mereka memandu dalam keadaan dipengaruhi dadah atau alkohol.
“Menerusi kerjasama pihak PDRM dan AADK, ujian saringan ini mungkin boleh dilakukan secara berkala, dibuat secara mengejut dan dilaksanakan di pelbagai lokasi termasuk di pejabat-pejabat syarikat pengangkutan dan logistik.
Katanya lagi, mana-mana syarikat juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terutama jika hasil siasatan mendapati kenderaan mereka tidak diselenggara dengan baik, tidak mematuhi peraturan dan seumpamanya.
“Kita tidak mahu syarikat-syarikat yang tidak bertanggungjawab ini lepas tangan dan hanya tamak mengaut keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan keselamatan pekerja iaitu pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain.
“Syarikat-syarikat dan para pemain industri juga perlu memandang serius perkara ini terutamanya dalam memastikan keselamatan pekerja-pekerja mereka sentiasa terjamin. Undang-undang yang digubal perlu dipatuhi dan dihormati sepenuhnya, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan nyawa manusia.”
Dalam keadaan ekonomi negara yang tidak menentu dan segala perbelanjaan meningkat termasuk kos perubatan sudah tentu memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Justeru menyedari betapa sukarnya perjuangan rakyat, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif untuk meringankan bebanan rakyat dengan memperkenalkan perlindungan insurans am.
Perlindungan insurans am sehingga RM10,000 secara percuma meliputi kecederaan dan kehilangan upaya akibat kemalangan,khusus untuk rakyat negeri Selangor.
Kematian yang disebabkan kemalangan dengan perbelanjaan pengebumian berjumlah RM1,000 turut diberikan menerusi skim yang dikenali sebagai INSAN.
Bayi Sebulan Boleh Daftar
Apa yang menariknya perlindungan insurans ini juga terbuka kepada bayi berumur 30 hari sehingga warga emas berusia 80 tahun dan dianggarkan akan memanfaatkan seramai 6 juta rakyat negeri ini.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, skim INSAN merupakan perlindungan hayat yang diperkenalkan sebagai salah satu inisiatif kebajikan di samping memberi perlindungan menyeluruh kepada rakyat.
“Selepas melaksanakan pelbagai program, kita mahu rakyat dilindungi, ambil iktibar daripada wabak Covid-19 dan insiden banjir, rakyat perlu disedarkan tentang perlindungan dan kerajaan negeri memulakan inisiatif ini supaya perlindungan seumpama ini menjadi satu pemahaman dan sebahagian daripada pilihan.
“Tidak ada ruginya perlindungan ini. Bukan untuk mempromosikan syarikat insurans tetapi dalam masyarakat maju di masa hadapan, perlindungan kesihatan sebagai contoh menjadi salah satu daripada keperluan dan prioriti masyarakat,” tegas beliau.
Malah beliau berkata, untuk berganjak ke sebuah negeri maju, masyarakat perlu terbiasa dan memahami kepentingan perlindungan terhadap diri sendiri.
Tambah beliau, ia dibuktikan juga dengan kos yang tidak begitu besar berbanding kos lain yang dilepaskan ketika menerima elaun atau gaji masing-masing.
“Sebahagiannya adalah untuk membudayakan skim perlindungan dan niat sudah pasti untuk melindungi serta sebagai tanda kita (kerajaan negeri) bertanggungjawab menjaga rakyat Selangor,” jelas beliau.
Mengulas lanjut, ujar Amirudin, sejak diperkenalkan pada 1 Oktober lalu, pihaknya telah menerima lebih 40,000 pendaftaran.
Bagaimanapun, beliau menyasarkan lebih sejuta rakyat Selangor akan berdaftar pada akhir tahun ini manakala keseluruhan 6 juta sepanjang tempoh satu tahun pelaksanaan INSAN.
“Program ini akan disambung dari semasa ke semasa dan akan diperbaiki untuk kebaikan rakyat secara keseluruhan. Langkahnya juga mudah yang mana hanya perlu muat turun aplikasi wavpay atau hadir ke pusat khidmat supaya bantuan pendaftaran dapat dilakukan.
“Ia akan ambil masa sedikit tetapi tidak lebih 48 jam, biasanya jika tidak lulus pasti ada kekurangan tertentu seperti maklumat tak lengkap.
“Bagaimanapun jangan khuatir, anda boleh datang ke pusat khidmat MBI supaya pendaftaran dapat dilakukan,” jelas beliau sambil berkata ia bukanlah paksaan sebaliknya inisiatif untuk rakyat.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Fintech Wavpay, Brahma Shakthi ketika ditemui mengulas tentang kerjasama dengan skim INSAN.
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah untuk menyediakan platform khusus bagi inisiatif yang ditawarkan kerajaan negeri selepas pihaknya melihat potensi dunia digital yang sangat meluas di samping infrastruktur serta pola pengguna yang sangat memberangsangkan.
“Covid-19 telah mengubah landskap pengguna yang lebih cenderung untuk menggunakan platform digital. Jadi dengan kerjasama bersama MBI ini, seberapa banyak inisiatif kerajaan negeri dapat dipusatkan dalam satu platform.
“Pengguna khususnya rakyat negeri Selangor lebih mudah untuk membuat rujukan dan pendaftaran melalui aplikasi Wavpay (consolidate).
“Kami turut berminat untuk menawarkan khidmat kepada kepada kerajaan negeri yang lain, pada masa sama kajian dan penambahbaikan turut dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan pengguna menikmati perkhidmatan yang kondusif serta cepat,” katanya.
INSAN dilancarkan Amirudin semasa siri ketujuh Jelajah Selangor Penyayang yang bertempat di Stadium Sultan Suleiman, Klang, pada 23 Oktober lalu.
Setiap individu perlu mendaftar sendiri manakala ketua keluarga boleh mendaftarkan untuk anak-anak mereka.
Aplikasi mobil e-Wallet Wavpay boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple App Store dan Huawei AppGalery.
Jadi apa tunggu lagi? Anak jati Selangor jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan skim perlindungan percuma ini ya!
Dalam rumah tangga, hubungan suami isteri bukan sekadar berkongsi kehidupan, tetapi juga memahami keperluan masing-masing termasuk keperluan seksual.Walaupun ia sering dianggap isu peribadi, hakikatnya...