Tahniah diucapkan buat pengasas jenama pakaian LeeyanaRahman, Nur Liyana Abdul Rahman yang telah pun selamat menimang cahaya mata ketiganya bersama suami pada Isnin lalu.
Menerusi Instagramnya, Leeyana atau mesra di sapa Yana selamat melahirnya bayi perempuan dengan berat 3.2kg malah bersyukur proses kelahirannya dipermudahkan.
Tambah Yana lagi, zuriat ketiga ini merupakan hadiah paling bermakna buat dirinya diulang tahun perkahwinannya yang ke 10 tahun bersama suami.
“Tuhan, terima kasih atas segala nikmat yang tak terhitung jumlahnya. Semoga Engkau selalu memudahkan apa yang kurasa sulit dan melapangkan apa yang kurasa sempit.
“Hadiah seketul anak 3.2 kg sempena anniversary yang ke 10 untuk suami.
“Harap harap ada sistem barter mana tahu dapat 3.2 kg gold bar bhahaha!! Dapat jugek dia nak anak shopee 11.11 harini hehe,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Yana turut memuat naik gambar suaminya, Hafiz yang memangku bayi comel mereka.
Meninjau diruangan komen, rata-rata pengikut Yaana di Instagram mengucapkan tahniah atas kelahiran cahaya mata ketiga itu.
Terdahulu Yana dan suaminya, Muhammad Hafiz turut dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan, Tiara Luthfia dan Hanna Qalisya.