
Kipas bila kerap digunakan sepanjang hari akan menyebabkan banyak habuk dan debu mudah melekat.
Kita pula bukanlah banyak masa dan rajin sangat nak mencuci kipas selalu, sementelah nak mencucinya pula agak renyah. Kena buka satu persatu bahagian, jejaringnya juga perlu dibersihkan sempurna.Betul tak?
Kami kongsikan cara mudah dan paling senang untuk elak habuk melekat sekaligus, tak perlulah nak cuci kipas selalu.
Bahan-bahan:
1 penutup Cecair Pelembut Pakaian
Span
Cara Membuat:
Basuh kipas terlebih dahulu hingga tiada habuk.
Tuangkan pelembut pakaian dalam penutup botol dan jangan campurkan dengan air.
Celup span ke dalam cecair pelembut tersebut dan sapu pada permukaan dan jarring-jaring kipas.
Biarkan selama 5 minit dan bilas dengan air.
Lap dan pasang kipas seperti biasa kembali.
Selamat mencuba!
Rupanya Ini Rahsia Nak Buat Bubur Lambuk Jadi Lebih Sedap. Buat Sendiri Di Rumah Pun Sedap!

Biasanya bubur lambuk sering dihidangkan ketika bulan Ramadhan. Namun jika datang teringin tak salah pun jika nak buat untuk hidangan seisi keluarga.
Ada pelbagai cara untuk buat bubur lambuk jadi sedap. Nak tahu cara nak masak hidangan yang popular ketika bulan puasa ni. Jom lihat resipi ni. Memang mudah dan confirm jadi!
Resepi Bubur Lambuk
Bahan
2 mug beras ( rendam dlm 20min). Daging ( 1/2 kg…campur yg berlemak).
Rempah sup ( 1 bungkus kecil), Santan (.250 ml), Lada hitam 3 sb.
Bwg merah 3 biji. Bwg putih 8 ulas. Halia 2 jari.
Kentang, Lobak merah, Daun sup dan bawang goreng.
Cara penyediaan:
Blend bwg2 & halia…tumis sehingga bwg agak garing. Masukkan rempah sup….tumis sehingga rempah masak. Masukkan daging…gaul sebati & masukkan beras.
Goreng beras seketika…masukkan air.
Rebus beras sehingga nmpk lembut. Masukkan santan & garam.. Lada hitam serbuk masukkan juga. Masukkan kentang & lobak merah.. Bila sayur dah lembut…tabur daun sup & bwg goreng…Sesuaikan rasanya..
Bubur Lambuk siap.
Pilihan:
*boleh digandingkan dgn ayam/ udg juga.
*bubur lambuk amat popular di bulan ramadhan…
*yang penting…berkhasiat..mudah disediakan & menyelerakkan.
Sumber: Jamal & Asmahan
*Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
MedicKeluarga: Betul ker ni, makan atau minum pati ikan haruan mampu sembuhkan luka operation dengan cepat? Pakar ini jelaskan lebih lanjut.
Rezeki Sertai Program Realiti Famili Duo, Sairah Umum Hamil Anak Ke 5!

Berita kehamilan tentunya menjadi antara berita yang menggembirakan dalam sebuah keluarga. Tidaklah kira lah sama ada untuk kandungan pertama atau untuk sekian kalinya. Pasti disambut dengan rasa syukur, bertepatan kehadiran anak itu adalah rezeki dan sering dianggap pelengkap kebahagiaan serta menyuntik keceriaan dalam rumah tangga.
Begitu juga buat peserta program realiti Famili Duo, Siti Nursairah Tarudin baru-baru ini telah mengumumkan dirinya hamil anak kelima.
Memetik laporan di Harian Metro Siti Sairah berkata, dia masih belum mengetahui usia kehamilannya kerana belum berjumpa doktor.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
“Saya baru dapat tahu hamil minggu lepas. Saya tak dapat kongsikan usia kehamilan ini kerana belum berjumpa doktor.”
“Saya sudah dapat rasakan saya hamil dan ada kongsikan kepada suami dan kakak, Siti Saida. Tanpa fikir panjang saya pun lakukan ujian kehamilan dan Alhamdulillah keputusannya positif.
“Saya dan suami terima dengan hati terbuka atas rezeki ini. Saya juga sudah mula alami alahan dan berharap kehamilan ini kuat,” katanya.
2 Kali Gugur Di Awal Tahun
Menurut adik kepada penyanyi ternama, Datuk Seri Siti Nurhaliza itu, dia mengaku pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali pada awal tahun ini.
“Saya akui risau dengan keadaan diri saya kerana kandungan masih baru.
“Sebelum ini doktor memang sudah minta saya untuk menjaga diri sekiranya disahkan hamil memandangkan pernah mengalami keguguran dua kali,” katanya.
Terdahulu, Sairah dan suami, Mohd Sharidan Johari, 35, mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Siti Nurkhalishah Alisha.
Menerusi perkahwinan pertama, Sairah dikurniakan tiga anak iaitu Ummi Umairah, Ahmad Daiyan dan Ahmad Aisy.
Sumber : Harian Metro
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Datuk Ubah Suai Bangku Terpakai Latih Cucu Sindrom Down ‘Belajar’ Berjalan

Datuk ubah suai bangku terpakai latih cucu sindrom down ‘belajar’ berjalan. Hasbullah Din telah mengubah suai bangku atau stool terpakai untuk melatih cucunya yang juga sindrom Down berjalan menjadi terapi buat kanak-kanak itu.
Datuk Ubah Suai Bangku Terpakai Latih Cucu Sindrom Down ‘Belajar’ Berjalan
Haider Luthfan Huzaine, 3, masih belum boleh berjalan kerana kakinya tidak boleh diluruskan selain pinggul tidak seimbang menyebabkan kanak-kanak lelaki itu sukar berjalan.
Terdahulu, Hasbullah, 71, mengajar Haider Luthfan yang mesra disapa Haider itu menggunakan bangku yang diubah suai mendapat perhatian dan pujian di TikTok, baru-baru ini.
Ibu kanak-kanak itu, Hamadah, 42, berkata, selain dilahirkan sindrom down, Haider yang juga anak bongsu daripada empat beradik itu turut mempunyai masalah jantung berlubang, hypo thyroid dan penyakit hirschprung (berkaitan usus).
Menurutnya, anaknya mempunyai masalah kesukaran untuk berjalan dan proses pergerakannya agak lambat berbanding kanak-kanak normal lain menjadikan bapanya mengubah suai bangku terpakai bagi dijadikan kaedah alternatif untuk membantu Haider berjalan dan menguatkan kakinya.
“AYAH BUAT PERKHIDMATAN UNTUK PINDAH BARANG DAN ADA PELANGGAN SUDAH TIDAK MAHU KERUSI BULAT ITU, JADI AYAH AMBIL DAN UBAH SUAI DENGAN MEMASANG KAYU PEMEGANG DAN TEMPAT MELETAKKAN GAJET UNTUK HAIDER BERLATIH BERJALAN.
“Kami tak mahu paksa Haider untuk berlatih kerana bimbang boleh membuatkan dia sakit atau jemu dan gajet dijadikan sebagai ‘umpan’ untuknya melakukan latihan. Usaha itu secara tidak langsung membantu menguatkan pergerakan kaki anak,” katanya.
Katanya, inisiatif itu dilakukan sejak tiga bulan lalu dan anaknya mempunyai perkembangan positif serta gembira melakukan latihan yang boleh dianggap sebagai terapi untuk berlatih berjalan.
“KAMI BAGI ANAK BUAT LATIHAN ITU SETIAP HARI SELAMA 10 HINGGA 15 MINIT. USAHA DILAKUKAN AYAH MEMANG MEMBANTU ANAK DAN AYAH SUKA MEMBUAT INOVASI SEJAK DULU TERUTAMA MENGGUNAKAN BARANGAN TERPAKAI,” KATANYA.
Guru bahasa Melayu di sebuah sekolah menengah di sini, berkata, Haider adalah anak yang ceria dan aktif serta kuat berdepan ujian yang bukan saja dilahirkan sindrom Down tetapi mempunyai beberapa penyakit lain.
“Selepas dilahirkan Haider mempunyai masalah nafas laju dan berbunyi serta dikesan mempunyai masalah jantung berlubang, namun sudah menjalani pembedahan serta masih dalam pemantauan doktor.
“Anak juga ada penyakit hirschprung apabila najis tidak boleh dikeluarkan secara semula jadi dan perlukan bantuan, tetapi dia juga sudah menjalani pembedahan pada Julai tahun lalu dan kini sudah boleh membuang najis sendiri.
“Saya percaya tidak lama lagi anak boleh berjalan dengan baik dan dengan bantuan kerusi itu, ia memudahkan lagi usaha kami.
“Saya kongsikan di TikTok untuk kenangan selain sebagai update untuk suami kerana kami tinggal berjauhan,” katanya yang menetap di rumah ibu bapanya di Meru, Ipoh.
Sumber: Harian Metro
Baca artikel lain juga: Datuk & Nenek Jaga Cucu Tidak Mudah Kesepian, Hidup Jadi Lebih Positif
Macam Ibu Suapkan Anak Pelajar India Suap Rakan Sindrom Down Makan Raih Pujian!
Azian Mazwan Sapuwan Dapat Cucu Lagi, Umur Baru 49, Dah Ada Tiga Cucu
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my