“Habis Raya Yang Bekerja Masuk Kerja. Tanpa Sedar Menjangkiti Rakan Sekerja,” Pengarah Kesihatan Terengganu Mahu Kluster Kg Matang Jadi Iktibar.

Share

Sikap tidak tidak pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan menjadi punca penularan jangkitan Covid-19 di Terengganu sehingga kluster Kg Matang terbesar di Hulu Terengganu setakat ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus berkata, hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum raya. Beliau berharap perkongsian di facebook miliknya mengenai kluster ini menjadi iktibar untuk memutuskan rantaian Covid-19.

KLUSTER KG MATANG


Kluster terbesar di Hulu Terengganu setakat ini. Hasil siasatan menunjukkan adanya rentas negeri sebelum Raya. Ada pula ziarah raya dan kunjung mengunjung melibatkan keluarga besar. Bayangkan 19 dikesan positif dari hanya 2 buah keluarga.
Habis raya yang bekerja masuk kerja. Tanpa sedar menjangkiti rakan sekerja pula. Lebih risau sudah ada jemaah masjid dijangkiti. Akhirnya jangkitan bersambung sambung dan anda boleh sambung sendiri cerita ini…
Kluster Kg Matang telah merebak ke tiga (3) buah Kg iaitu Felcra Bukit Kepah, Kg Tengkawang dan Kg Pulau Kudat dan ianya masih aktif.
Kita rasa tak apa lagi kalau jangkitan dalam famili sahaja sebab pematuhan SOP dalam famili diakui sangat sukar. Namun jika melibatkan beberapa famili, jiran tetangga dan pejabat2 akhirnya merebak hingga ke beberapa buah Kg. Rasa kesal dan nak marah sangat sebenarnya….

Seramai 127 kes positif dikesan dari Kluster ini yang telah merebak hingga ke generasi ke 5. Kontak rapat sahaja seramai 725 orang. Tidak termasuk saringan bersasar yang melibatkan beberapa buah Kg tadi. Masih ada 975 sample sedang menunggu keputusan.
Jika keadaan begini berterusan dan kluster baru tumbuh bagai cendawan bila masa kita boleh kawal semua kluster tu serentak?
Jika keadaan begini berterusan mampu ke kita landaikan lekuk epid dalam masa 2 minggu ini?

Pematuhan SOP

Kisah kisah begini sering saya ceritakan untuk memberi iktibar kepada masyarakat bahawa jika PEMATUHAN SOP dipandang ringan dan berterusan dilanggar ini akibat yang akan kita tanggung. Jika nak buat sesuatu FIKIR ORANG LAIN. JAGA ORANG LAIN. JANGAN FIKIR DIRI KITA SAHAJA
Pagi semalam turun ke HT bermesyuarat dan meninjau aktiviti saringan bersasar yang dibuat di Felcra Bukit Kepah yang sebahagian Kluster Kg Matang.
Baru 10.30 pagi tapi panas sudah membahang. Ceruk Kg begini mana ada dewan beraircond. Petugas kesihatan berpeluh dengan muka merah merang dengan pakaian PPE. Penduduk pun sama juga peluh rejak bawah kanopi. Kanak kanak menangis dicalit hidung.
TOLONG fahami kesusahan KITA SEMUA jika pandemik COVID 19 berterusan begini. JANGAN PENTING DIRI SENDIRI akibatnya orang lain yang terkena mudaratnya.
KAWALAN KENDIRI sangat penting. Jika kita kekal DUDUK RUMAH kecuali ada urusan penting maka kita tidak akan dijangkiti atau menjangkiti orang lain. InsyaAllah. Pencegahan itu sangat lebih baik dari merawat.
TOLONG dengar nasihat kami😔😔

Sumber: Dr Nor Azimi binti Yunus, Pengarah Kesihatan Terengganu