Habis Makan Bawa Pinggan Cawan Ke Dapur, Tapi Tuan Rumah Tahan. Ikut Kata Mereka, Ini Sebabnya!

Share

Dah jadi adat, bila bertandang rumah orang terutamanya ketika hari perayaan, tuan rumah akan menjamu makanan dan minuman. Bila selesai mengisi perut dan berbual, mesti kita sebagai tetamu tidak sedap jika biarkan pinggan di hadapan kan? Pasti kita akan membantu mereka angkat pinggan dan cawan yang kita gunakan ke dapur.

Yang mana rajin, pastu akan basuh terus sekali dengan apa yang ada di dalam sinkinitu. Malah, ada juga tika nak melangkah bawa pinggak kotor, terus tuan rumah datang dan keluar siap berpesan biasanya keluar ayat “Eh tak apa, biar je kat situ”.

Dalam hati kita mesti tertanya-tanya tuan rumah ni berkias ke atau memang betul dia tak beri kita ke dapur dan basuh pinggan sendiri?

Sama ada tuan rumah berkias atau ini 5 sebab dari perkongsian dari WVGIF kenapa tuan rumah berkeras tak beri kita basuh pinggan sendiri

1. Dapur tempat tersorok. Ada kalanya anak bujang tuan rumah tengah sedap makan ketupat dengan muka belum mandi dan bertuala.

2. Dapur selalu jadi tempat last minute sorok benda benda dari pandangan tetamu, macam baju kelawar, spender, plastik sampah dan bantal busuk.

3. Tuan rumah ada cara tersendiri basuh pinggan. Kalau awak basuh cukup syarat sebab tak nak baju kotor, takut pinggan masih bau hanyir.

4. Sinki mungkin dah penuh dengan periuk belanga. Kalau awak masuk dapur dan letak pinggan mangkuk kotor dalam sinki, lagi susah kerja basuh pinggan.

5. Tak, sekarang ni siapa tuan rumah? Tuan rumah kata tak payah, tak payahlah. Amboi, kat rumah orang pulak nak tunjuk rajin ya?

Sumber : Astro Gempak