Guru Tak Sangka Dapat Hadiah Semangkuk Nasi Goreng, Tapi Inilah Buat Lagi Sebak.

Share

Sudah menjadi kelaziman setiap kali 16 Mei, adalah hari untuk kita memberi ucapan Hari Guru kepada para pendidik.

Bukan sahaja ucapan diberikan menerusi pelbagai media sosial, malah turut diadakan majlis untuk meraikan Hari Guru.

Dalam pada itu, guru juga turut menerima hadiah daripada murid-muridnya. Biarpun guru tidak meminta murid-muridnya berbuat demikian ia menjadi salah satu kemestian setiap kali sambutan guru di adakan di peringkat sekolah.

 

 

Boleh dikatakan setiap murid akan membawa hadiah masing-masing walaupun ada yang kurang berkemampuan. Namun dalam banyak-banyak hadiah itu tentu ada yang menusuk kalbu.

Sebagaimana kisah seorang guru ini, meluahkan rasa sebak apabila menerima sebungkus nasi goreng yang dibungkus dengan plastik berwarna merah.

Dia tidak menyangka dalam banyak-banyak hadiah yang diterimanya itu, itulah hadiah yang membuatnya merasa sebak.

Pemilik akaun TikTok yang menggunakan akaun zsickseeksix menerusi kapsyennya mengatakan  bahawa sebaik sahaja melihat bungkusan bekas berisi nasi goreng hatinya tanpa sedar berasa sebak.

Dia kagum dengan usaha ibu kepada murid itu yang bersungguh untuk menyiapkan hadiah istimewa itu.

Katanya walaupun hadiah itu simple tapi amat bermakna buat dirinya.

“Simple tapi sangat bermakna bagi aku. Terima kasih anak muridku.”

 

 

@zsickseeksix Terima Kasih 🖤 #selamathariguru2022 #fyp #tiktokmalaysia #tiktokmalaysia🇲🇾 ♬ Menghitung Hari (Piano Version) – Gaius Yeong

 

 

KAGUM HARGAI JASA GURU

Dalam pada itu, meninjau di ruangan komen para netizen meluahkan rasa terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh ibu kepada murid itu. Malah ada juga guru lain berkongsi pengalaman turut menerima hadiah ‘istimewa’ seumpama itu.

Sumber: @zsickseeksix

 

Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA  atau join keluargagader club