Benarkah kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) membebankan murid? Ini luahan segelintir ibu bapa yang meluahkan rasa prihatin mereka pada anak-anak setiap hari. Bimbang anak kepenatan dengan jadual persekolahan pagi dan petang.
Walhal inilah satu-satunya jalan ilmu bagi anak-anak kecil kita memahami agama Islam dan memperkukuhkan akidah anak. Tambah pula kita sebagai ibu bapa kurang ilmu untuk memperkuatkan anak-anak dengan ajaran ilmu agama ini di rumah.
Seorang gula meluahkan rasa kesalnya dengan rungutan ibu bapa malah khairan dengan segelintir ibu bapa yang mendakwa Kafa tidak relevan dan memberi tekanan kepada anak-anak.
“Kafa dah wujud bertahun-tahun, bukan dua, tiga tahun. Kenapa sekarang ada yang kata tempat ni memberi stress?
“Ada yang kata, tak perlu masuk Kafa lagi, mereka masih kanak-kanak. Biarkan mereka berseronok. Biarkan mereka bermain.
“Kalau kerajaan rasa Kafa ini tak bagus atau tak perlu, mungkin dari dulu lagi dah tak wujud atau tak relevan,” katanya lagi.
Kafa, tambah ilmu dan memori indah buat wargamaya.
Tambahnya lagi, biarpun sarat dengan ilmu namun memori bersama kawan-kawan ketika mengikuti kelas Kafa meninggalkan kesan yang mendalam buat anak-anak dan ini diakui sendiri oleh wargamaya.
“Kafa cuma tempat di mana anak-anak boleh menambah ilmu. Mereka tidak akan hilang zaman kanak-kanak kalau masuk Kafa.
“Penat? Itu biasa. Bermain pun penat. Cuma pastikan mereka dapat rehat yang secukupnya. Insyallah mereka okay.
“Mereka tetap kanak-kanak tak kira apa kelas yang mereka sertai. Kalau rasa anak tak suka dengan kelas tersebut, cuba cari kelas lain,” katanya lagi.
Hal ini turut disokong oleh wargamaya yang turut mengakui Kafa sebagai tempat yang penat dengan aktiviti tetapi meninggalkan pelbagai memori bersama rakan-rakan.