Menariknya perkongsian ini untuk mendidik anak-anak supaya suka ke sekolah.
Ikuti perkongsian seorang guru tentang bagaimana menjadikan sekolah sebuah tempat yang disukai oleh anak-anak.
Rahsia anak semangat nak ke sekolah
1. Sebelum tidur
Petua paling mujarab untuk anak-anak yang takut, malas dan tidak suka ke sekolah. Bisikkan kata-kata semangat yang mampu menolak segala pemikiran dan sikap negatif.
Biasanya anak ponteng dengan beberapa faktor, takut cikgu sebab tak siap homework, tidak suka atau minat dengan sesetengah subjek, takut dengan kawan dan tidak dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran sekolah.
Wujudkan persepsi positif pada diri anak, pada cikgu dan persekitaran
” Ammar bijak,
tulisan cantik,
peramah,
berani,
Allah sayang,
ibu ayah sayang,
cikgu sayang
kawan-kawan sayang,
Semua orang sayang Ammar”
In sha Allah.. Cuba perhatikan perubahan pada anak-anak
2. Kenapa perlu ke sekolah?
Saya pernah tanya beberapa orang murid soalan kat atas, jawapan mereka membuatkan saya terfikir…
Antara jawapan yang saya terima,
” Mak Ayah suruh”
” Kalau tak datang ayah marah”
” Best datang sekolah sebab dapat jumpa kawan-kawan”
Hampir semua murid tidak tahu tujuan datang ke sekolah.
Perkara yang paling penting dalam membentuk semangat dan motivasi anak-anak adalah cita-cita.
Bina satu cita-cita dan khabarkan kepada mereka tujuan ke sekolah ialah untuk mencapai cita-cita tersebut.
3. Ceritakan yang baik-baik tentang cikgu
Jernihkan hubungan dan tanggapan anak terhadap cikgu. Rasionalkan kenapa mesti siapkan kerja rumah, positifkan anak-anak bila cikgu tegur tentang sikap dan perangai mereka.
Menelan aduan anak bulat-bulat membuktikan bahawa kita ibu bapa yang gagal menyelesaikan masalah, terlalu emosional dan melulu.
Anak-anak tersepit, rasa takut, benci dan negatif terhadap guru makin membarah. Akhirnya ke manapun anak bersekolah persepsinya terhadap cikgu tidak akan berubah.
Anak yang sihat mentalnya akan membesar menjadi manusia yang seimbang.
Anak yang menyimpan dendam dan prasangka akan membesar sebagai manusia yang sakit, murung, pendendam dan bertindak mengikut perasaan.
#BicarakuKeranaAllah
#AllahSentiasaDhati