Gurauan Tak Masuk Akal Menyebabkan Remaja Rentung, Undang Kerisauan Netizen!

Share

Bergurau senda dan usik-mengusik sudah menjadi rencah dalam kehidupan kita. Namun demikian, ia bukanlah bermaksud kita boleh sewenang-wenangnya mengusik orang lain tanpa memikirkan kesannya. Apatah lagi, dengan gurauan tersebut boleh membawa bahaya hingga meragut nyawa.

Ini sebagaimana berlaku insiden, niat dua remaja bergurau ketika bermain api di sebuah tandas awam terbiar di Bandar Puncak Alam Fasa 3, membawa padah apabila tindakan itu meragut nyawa rakan mereka petang tadi.

Ini sebagaimana memetik berita yang dilaporkan, mangsa yang berusia 16 tahun ditemukan rentung selepas kebakaran tandas terbiar itu dipadamkan oleh pihak bomba.

Melepak Di Tandas 

Kejadian berlaku ketika tiga remaja terbabit dikatakan sedang melepak sambil bermain permainan video di dalam telefon bimbit di dalam tandas terbabit.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dikatakan sedang tidur di atas sofa di hadapan pintu tandas, sebelum rakannya menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

“Mangsa, Muhammad Damin Mikhail Kansol, 16 dikatakan sedang tidur di atas sofa di depan pintu tandas sebelum rakan mangsa menyalakan api di bawah sofa dengan niat untuk bergurau.

“Selepas asap tebal dan api makin besar, dua rakan mangsa lari ke luar tandas.

“Mangsa yang tersedar dari tidur dan keadaannya separa sedar bagaimanapun melarikan diri ke dalam tandas,” katanya.

5 Minit Operasi Pemadaman 

Mengulas kebakaran berkenaan, katanya pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu jam 2.35 petang, sebelum sepasukan 10 anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba, anggota bomba segera melakukan pemadaman selama kira-kira lima minit dengan anggaran kemusnahan kira-kira 20 peratus.

“Hasil pemeriksaan menemukan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun lengkap berpakaian dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi,” katanya ketika dihubungi.

Norazam berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan punca kebakaran masih disiasat,” katanya.

Meninjau di ruangan komen dengan terpaparnya berita ini, netizen memberi reaksi kurang senang, marah dan bimbang dengan perangai anak-anak remaja sekarang ini. Malah ramai juga tidak putus-putus memberi peringatan andai ingin bergurau biarlah berpada-pada.

Tidak dengan itu, wargamaya juga turut mengucapkan salam takziah buat keluarga mangsa dan berharap agar kejadian seperti ini tidak berulang lagi.

Sumber : myMetro & Berita Harian

ARTIKEL MENARIK : Adunan Tak Naik? Wanita Ni Kongsikan Sebabnya Pada Yis!