Gurau Manja Suami Isteri, Zamarul Sakat Diana Yang Masih Berwuduk

Share

Adat berumah tangga, ada kalanya pahit seperti kopi dan manis seperti gula. Setiap pasangan juga mempunyai cara tersendiri untuk memupuk kemesraan dalam hubungan itu.

Melihat video yang dikongsikan di TikTok, pelakon Zamarul Hisham kelihatan sedang menyakat isterinya, Diana Rafar yang pada ketika itu masih dalam keadaan berwuduk.

@zamarulhisham70 Suami mmg suka kacau istri yang dah berwuduk kan 😍♥️ #zamarulhisyam #zamarulhisham #dianarafar #fyp #fypシ #fypage #fypシ゚viral #masukberanda #masukberandafyp #masukfyp #foryou #foryoupage ♬ original sound – Zamarul Hisham

Video yang dikongsikan juga mendapat sambutan ramai sehingga 1 juta tontonan. Kapsyen yang dipaparkan turut menarik perhatian ramai.

“Suami memang suka kacau isteri yang dah berwuduk kan,” tulisnya.

Meninjau ke dalam ruangan komen, warganet kebanyakannya meluahkan perasaan yang sama seperti Diana dan dikatakan boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.

Untuk rekod, Zamarul dan Diana pernah disatukan pada 2009 dan perkahwinan mereka berakhir pada 15 Januari 2015. Namun, kerana masih ada perasaan sayang, hubungan mereka bertaut kembali dan membuat keputusan untuk rujuk pada 15 Mei pada tahun yang sama.

Sumber: TikTok Zamarul Hisham