
Adat berumah tangga, ada kalanya pahit seperti kopi dan manis seperti gula. Setiap pasangan juga mempunyai cara tersendiri untuk memupuk kemesraan dalam hubungan itu.
Melihat video yang dikongsikan di TikTok, pelakon Zamarul Hisham kelihatan sedang menyakat isterinya, Diana Rafar yang pada ketika itu masih dalam keadaan berwuduk.
Watch on TikTok
Video yang dikongsikan juga mendapat sambutan ramai sehingga 1 juta tontonan. Kapsyen yang dipaparkan turut menarik perhatian ramai.
“Suami memang suka kacau isteri yang dah berwuduk kan,” tulisnya.
Meninjau ke dalam ruangan komen, warganet kebanyakannya meluahkan perasaan yang sama seperti Diana dan dikatakan boleh ‘relate’ dengan situasi tersebut.
Untuk rekod, Zamarul dan Diana pernah disatukan pada 2009 dan perkahwinan mereka berakhir pada 15 Januari 2015. Namun, kerana masih ada perasaan sayang, hubungan mereka bertaut kembali dan membuat keputusan untuk rujuk pada 15 Mei pada tahun yang sama.
Sumber: TikTok Zamarul Hisham
Hargai Insan Bernama Suami. Mereka Pelengkap Hidup Wanita. Siapa Pun Mereka Terima Seadanya, Ini Lubuk Pahala Kita Setiap Masa

Suami adalah pelengkap kepada isteri dan begitulah sebaliknya. Kebahagiaan dalam berumah tangga saling berkait antara satu sama lain.
Fasa pertama perkahwinan adalah masa yang terbaik untuk saling kenal mengenali, bersifat terbuka dan banyak bersabar sebelum terbentuk keserasian. Apapun adab, tanggung jawab dan doa untuk mendapat kebaikan dari Allah s.w.t perlu selalu diamalkan.
Hargai sifat positif pasangan dan selalulah memuji beliau. Kongsikan dengan pasangan apa aktiviti anda seharian ketika beliau di tempat kerja, dan dengarlah cerita beliau. Dengan cara ini, anda berdua sentiasa tahu perkembangan semasa sesama sendiri. Perkongsian dari puan Nor ini cukup menyentuh hati.
Pagi ini, menerima mesej dari seorang sahabat baik bahawa suaminya kemalangan sewaktu dalam perjalanan menjemputnya pulang. Alhamdulillah.. suaminya selamat namun.. dada saya sempat berdegup kencang. Bimbang.
Tengahari ini pula melihat status seorang isteri yang bakal menyambut Ramadhan dengan kerinduan yang tidak bertepi. Suami tercinta sudah lama ‘pulang’ mengadap janji Ilahi.
Allahu Akbar. Bergetar hati.. berlinang airmata ini membayangkan keributan ujian yang melanda sahabat2 yang ada. Semoga Allah mengirimkan ketabahan buat mereka.

Suami adalah pelengkap kehidupan seorang wanita. Ada yang sempat bergelar isteri, merasai nikmat dan ujian berumahtangga dari Allah. Ada yang ditangguhkan jodohnya hingga satu saat nanti di jannah.
Namun satu perkara yang pasti.. bak kata Imam al-Ghazali.. Cintailah sesiapa pun yang engkau mahu, namun ketahuilah suatu saat nanti, engkau pasti akan berpisah dengannya.

Suami.. lelaki itu yang kita kasihi.. yang kita cintai.. yang adakalanya buat kita kecewa. Ada kalanya kita marahi dan leteri bagai terlupa kita juga tidak sempurna.
Suami.. insan itu yang paling tahu susuk tubuh kita.. yang paling tahu buruk kerenah kita.. namun seringkali memilih untuk menerima seadanya.
Suami.. dia milik Ilahi. Dia akan pergi suatu hari nanti.. Adakah saat itu, kita akan tersenyum mengenang kebahagiaan kita mengharungi susah payah dengannya.. atau kita akan menangis mengenang kegagalan kita memanfaatkan masa-masa yang ada?
Hargailah seorang insan bernama suami. Biar siapa pun mereka.. terimalah seadanya. Mereka lubuk pahala kita.. setiap masa.
Nur Mawar.. gambar ini berkata2 kepada saya dengan seribu rasa.. berpesan dengan seribu bicara.. Allahu Akbar..
“Ayah Mereka Telah Dirampas.” Ibu Syamsul Yusof Luah Kecewa

Kala konflik rumah tangga melibatkan pelakon Puteri Sarah Liyana bersama pengarah sensasi, Syamsul Yusof masih belum menemui nokhtah.
Media juga melaporkan Syamsul Yusof kekal tenang mahu fokus pembikinan The Original Gengster yang bakal di terajui oleh pelakon-pelakon terkenal.
Sementelah itu,difahamkan Datuk Yusof Haslam sudah memujuk menantunya, Puteri Sarah itu untuk menimbangkan semula keputusan menfailkan perceraian terhadap anaknya, Syamsul Yusof.
Terkini, ibu kepada Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail pula beberapa jam lalu menerusi satu hantaran di IG Story meluahkan rasa kecewa sekali lagi melihat rumahtangga anak dan menantu kesayangannya tiada kebahagiaan lagi.
Hati ibu mana yang tidak sebak melihat anak dan menantu seakan mula mencari haluan masing-masing.
Artikel Berkaitan: “Don’t tell them. Show them.” Faizal Tahir Kongsi Didik Anak Solat. Kecil-Kecil Dah Pandai, Sejuk Perut Ibu Mengandung Kan!
Artikel Berkaitan: “Ajar Anak Disiplin Kena Konsisten.” Cara Johan & Ozlynn Didik Anak, Wajib Baca Al-Quran Lepas Solat Subuh!
“IBU MEREKA DITINGGALKAN KERANA PEREMPUAN ITU”
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ayah mereka telah dirampas oleh perempuan yang kejam. Ibu mereka ditinggalkan kerana perempuan itu. Laknatlah hidupnya!
Sebelum menerusi beliau memaklumkan tidak merestui perkahwinan kedua anaknya itu. Bahkan di dalam posting sebelumnya ini, memaklumkan perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah mendapat restu sepenuhnya dari keluarga.
Untuk rekod, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam yang berusia lima tahun dan Summayah, tiga tahun.
Sumber: IG Datin Fatimah Ismail
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Doa Kunci Anak Senang Solat, Idea Ibu Ni Buat Anak Berdesup Nak Solat!

Mendidik anak untuk solat menjadi satu kepayahan buat ibu ayah. Ada anak yang terpaksa disuruh berkali-kali, diambil rotan dan sebagainya tapi masih tidak bangun untuk bersolat.
Perkongsian ibu ini, Wan Rohani Wan Ismail atau lebih dikenali Wan Anie di facebooknya berkongsi cara paling mustajab, iaitu dengan doa dan caranya sendiri untuk mendidik anaknya bersolat.
Paling menarik, doanya sangat berkesan dan anak lari berdesup untuk ambil wuduk. Hebat!
Berdoa Secara Terbuka Mendorong Anak Solat
Apabila anak semakin membesar, cabaran mendidik bertambah besar.
Pelbagai strategi dan teknik dipelbagaikan untuk mendorong anak-anak solat tanpa perlu menyuruh atau mempengaruhi mereka dengan ganjaran luar.
Solat memerlukan dorongan intrinsik yang kuat (Dorongan Intrinsik adalah dorongan atau tindakan yang tidak dipengaruhi oleh akibat atau ganjaran luar. Melakukan sesuatu kerana mengikut gerak hati.
Malam itu selepas berkumandang azan Maghrib, ibu mengajak anak-anak solat bersama. Namun anak-anak tidak mengendahkan, masing-masing ralit membina menara menggunakan kad.
Seusai ibu solat, anak-anak masih dengan aktiviti mereka. Bagaimana mahu mendorong anak-anak ini solat tanpa perlu memberikan arahan. Kita tidak mahu menyuruh-nyuruh anak solat setiap kali masuknya waktu solat.
Bagaimana mahu menanam kesedaran tentang solat di dalam diri anak-anak? Bagaimana mendorong anak menjadikan solat itu satu tanggungjawab yang perlu dilunaskan tanpa perlu disuruh-suruh?
Kali ini skrip yang digunakan sedikit berbeza. Saya pujuk anak yang lebih besar dahulu untuk solat.
Saya katakan kepada kakak, “Aiesyah, Aiesyah sudah besar. Ibu sudah tidak perlu lagi mengingatkan Aiesyah untuk solat setiap kali masuk waktu.” Aiesyah diam.
Saya menyambung, “Boleh Aiesyah solat Maghrib sekarang, sekejap lagi nak mula kelas mengaji.”
Kemudian, Aiesyah mula bersuara,”Ya Aiesyah solat.”
Apabila mendengar Aiesyah berkata begitu, saya diam dan hanya menunggu. Tidak mahu menyuruh lagi. Beberapa minit kemudian, Aiesyah bangun melangkah ke bilik air mengambil wudhuk. Kemudian menunaikan solat di ruangan tamu berhampiran tempat mereka bermain tadi.
Alhamdulillah kakak sudah solat, saya sudah merancang untuk berdoa secara terbuka memandangkan kakak solat berhampiran dengan dengan tempat adik bermain.
Selesai sahaja kakak Aiesyah solat, saya terus berdoa dengan kuat.
“Ya Allah berilah kebaikan kepada anak-anak ibu yang solat. Jadikan anak-anak ini anak yang soleh dan solehah”
Aiesyah memandang saya dengan senyuman. Umar (adik) juga memandang saya. Lagaknya seperti tidak berpuashati dengan doa tadi. Umar pun berkata, “Alaa.. Umar pun nak jugak!”
Lantas Umar bangun dan melunaskan tanggungjawab menunaikan solat. Seperti biasa, sebelum solat Umar akan bertanya solat apa dan berapa rakaat.
Usai Umar solat, saya mengulangi doa tadi seperti di atas. Kemudian mereka berdua mengemas mainan dan mengambil Quran memulakan kelas mengaji.
Nota: Berdoa adalah salah satu bentuk ganjaran sosial positif.
Menarik: “Memang Idola, Alif Satar Dipuji Netizen, Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid!
BK Solat Kembali lagi. Sambut bulan Ramadan dengan persiapan yang sempurna di Kem Solat kami!
Hubungi kami hari ini untuk maklumat lanjut di 019 622 2989 atau boleh daftar terus di
https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat/
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club