Gunakan Kunyit Dengan Cara Ni Untuk Cantik. Petua Warisan Zaman Berzaman!

Share

Dikatakan sejak zaman purba lagi, masyarakat India sudah mengamalkan petua penjagaan kulit wajah dengan menggunakan kunyit. Kunyit ini  adalah sumber vitamin C dan magnesium yang baik, kandungan serat yang tinggi, vitamin B6, zat besi, potasium dan mangan serta kandungan sodium yang sangat rendah.

Macam Mana Nak Cantik Dengan Kunyit?
Anda tidak perlu bimbang terpaksa berbelanja besar untuk mencuba kaedah rawatan kunyit. Ia boleh dilakukan dengan sangat mudah dan murah dengan keselesaan di rumah sendiri.

Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Zana Mokhtar di akaun fbnya bagaimana cara nak dapatkan kulit muka yang glowing dengan menggunakan kunyit. Jom semak.

DIY KULIT GLOWING DENGAN 3 BAHAN JE.

Bahan bahan :

1/2 sudu kunyit
1 sudu madu
1 sudu susu ( ikut la susu tepung jenis pe korang nak pakai hokay).

Cara caranya:

1. Campurkan kesemua bahan di atas dan gaul sebati.
2. Tapii sebelum nak pakai masker ni kan, korang cuci muka bersih bersih dulu dengan cleanser korang sendiri.
3. Lepas tu bilas dengan air suam. Tujuan dia nak buka liang pori terbuka untuk mudahkan serapan masker diy tadi k.
4. Selepas itu barulah sapukan masker pada seluruh muka.
5. Biarkan dalam 10 – 15 minit.


6. Bilas dengan air bersih.


7. Akhir sekali basuh sekali lagi dengan cleanser

Selain daripada perkongsian Zana ini adalah lagi kegunaan lain kunyit ini dalam penjagaan kecantikan wanita. Antaranya adalah seperti di bawah ini.

Kecutkan Jerawat

Bahan-bahan:

Serbuk kunyit

Limau nipis

Air

Caranya:

1. Campur serbuk kunyit dengan sedikit air dan jus limau nipis.

2. Kemudian sapukan pada tempat jerawat dan seluruh kulit wajah.

3. Hasilnya jerawat makin mengecut dan pigmen hitam pun makin kurang.

Sapu Pada Wajah

Dengan bahan yang sama dapat menaikkan seri wajah pada muka.

Caranya:

  1. Sapukan kulit pada seluruh wajah.
  2. Biarkan kering selama 30 minit.
  3. Kemudian barulah disental bersih di seluruh kulit muka.
  4. Bilas dengan air yang bersih.

Skrub Kunyit
Sental kulit muka kusam dan sel kulit mati dengan campuran skrub kunyit.

Bahan-bahan:
Serbuk kunyit
Tepung gandum
Air

Caranya:
1. Campurkan bahan ini bersama air.

2. Mulakan tugas menyental ke muka dan badan jika suka.

3. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah di cuci hingga bersih.

Ia dikatakan dapat membuang sel kulit mati dan membuatkan kulit menjadi mulus dan sekata warnanya.

Jus Kunyit

Tak hanya cantikkan muka dengan kunyit tetapi lengkapkan dengan kecantikkan dalaman. Hanya minum air rebusan ini sahaja.

Bahan-bahan:
Kunyit hidup
2 keping asam keping
3 sudu makan gula merah
Air secukupnya

Caranya:
1. Kisar kesemua bahan (kecuali asam keping).

2. Masak sebentar di dalam periuk bersama asam keping.

3. Sejukkan dan minum.

Jika diamalkan ia dikatakan dapat menguatkan dalaman tubuh badan. Malah badan lebih segar dan sihat.