Memastikan pokok buah-buahan yang ditanam mengeluarkan buah yang manis, tentunya pelbagai cara dan petua dilakukan. Lazimnya, akan dijaga dan dibaja rapi. Pun begitu ada satu lagi cara yang cukup bagus dipraktikan iaitu dengan penggunaan garam epsom.
Epsom salt, mungkin jarang kita dengar sedangkan garam ini cukup bermanfaat untuk membantu menyuburkan tanaman dan sekali gus dapat menjadikan hasil tuaian buah lebih manis. Ia juga dikenali sebagai magnesium sulfat iaitu sebatian kimia yang terdiri daripada magnesium,sulfur dan oksigen.
EPSOM SALT
1.Meningkatkan Percambahan Benih
Magnesium membantu percambahan benih dan membantu menguatkan dinding sel Benih
CARA GUNA:
1 cawan garam per 100 kaki persegi tanah
atau campuran 1 – 2 sudu gaul dgn tanah semaian
2. Meningkatkan Penyerapan Nutrien (Akar Pokok)
Banyak baja komersial menambah magnesium untuk membantu akar tumbuhan mengambil nutrien penting (nitrogen, fosforus, sulfur.) Bagi yang menggunakan bahan-bahan organik untuk memberi makan kepada pokok, sambil menambah Epsom garam kepada tanah akan meningkatkan penyerapan secara semula jadi.
CARA GUNA
1sudu 1pokok tabur pada tanah sekelilng pokok
3. Mengelak Transplant Shock (pokok terkejut selepas alih pasu @ ke tanah)
Sesekali selepas alih anak semaian atau pokok-pokok dari bekas kecil ke bekas besar dari Pasu ke tanah…Pokok akan layu (terkejut) kerana akar pokok mungkin tercedara ketika proses pengalihan tersebut untuk mengelak ini berlaku boleh guna Epsom salt
CARA GUNA:
Tabur Epsom salt ke sekeliling pokok selepas alih dan tutup semula dengan lapisan tanah
4. Daun kekuningan
Tumbuh-tumbuhan yang tidak mendapat magnesium yang cukup boleh dikenal pasti dengan daun menguning mereka. Ini kerana magnesium merupakan komponen penting dalam pengeluaran klorofil. Cuba percikan Epsom garam sekitar tanaman anda untuk mendapat dedaun sihat.
CARA GUNA:
Tabur/ siram lebih kurang 1 sudu besar setiap pokok sebulan sekali akan memberi manfaat kepada tumbuh-tumbuhan di taman sayur-sayuran anda, serta mana-mana pokok, pokok renek, bunga dan rumput anda akan hijau semula
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
5. ELak Daun kerinting (POKOK CILI)
Mencegah Leaf Curling dengan Epsom Salt, daun kerinting disebabkan oleh kekurangan magnesium- dalam tumbuh-tumbuhan. Sekali lagi, tambah garam Epsom untuk tanah di sekeliling pangkal pokok yang sakit. Secara alternatif, untuk penyerapan yang lebih cepat anda boleh mencampurkan 2 sudu besar Epsom garam dalam segelen air dan siram terus kepada daun.
CARA GUNA :
2sudu + 4ltr air Siram pada daun sebulan sekali
6. Mengelak Perosak Tanaman
Elak Siput,ulat bulu, bena, boleh juga untuk mengelak jentik jentik di dalam bekas hydroponic. Perlu diingat bahawa Epsom garam larut dengan mudah larut dalam air, hujan akan mencairkan epsom salt
CARA GUNA:
TABUR tempat yg bermasaalah
7. Manis Buah
Tabur Epsom Salt pada pokok buah-buahan ,pokok kacang, sayuran, dan anggur menggunakan kaedah sama dan kuantiti yang dinyatakan di atas untuk meningkatkan tahap klorofil dalam sel tumbuhan membolehkan pokok menghasilkan hasil buah yang manis. Contoh pokok anggur dan Pokok buah buahan
CARA GUNA
Kadar :Siraman 1sudu + 4ltr air 2minggu sekali
Tabur 1sudu setiap pokok 1bulan sekali
8. Baik untuk Pokok Tomato menjadikan buah lebih Manis
CARA GUNA:
2 sudu setiap 4ltr siram setiap 2 minggu.
9. Untuk Melebatkan Buah (CILI) Buah lebih besar, lebih pedas,
Pokok cili Perlu diberi magnesium setiap dua minggu untuk mencapai hasil yang lebih tinggi daripada buah-buahan yang lebih besar.
CARA GUNA:
Taburkan 1 sudu garam Epsom untuk setiap kaki persegi 2minggu sekali
10.POKOK ROSE lebih cantik Bunga lebih besar
Guna Epsom Salt untuk pokok lebih cantik, bunga lebih besar dan lebat, daun lebih gelap
Guna ketika awal penanaman , ketika Nampak pertumbuhan baru dan ketika bunga berkembang.
Sumber : Fig Farm
Sedar tak sedar, bulan depan dah masuk bulan Ogos tau, bulan Kemerdekaan Malaysia!
Sebagai rakyat yang cintakan tanah air, mesti anda ada cara tersendiri nak eskpresikan rasa cinta dan bangga menjadi Anak Malaysia kan? Betul tak?!
Ehhh jangan cakap kat sini, simpan idea anda tu dan hantarkan kepada kami dengan menyertai Virtual Himpunan Saya Anak Malaysia!
Nak tahu caranya? Senang je! Layari je laman web https://toko.ideaktiv.com/product/virtual-himpunan-saya-anak-malaysia/ , baca syarat kelayakan dan jangan lupa untuk berdaftar di sana ya!
Sebarang soalan boleh di http://www.wasap.my/60169647520
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club