Memasak jika kita tahu teknik dan formulanya, masa yang berjam-jam di dapur boleh disingkatkan menjadi beberapa minit sahaja. Itu bukan magic tetapi memang boleh direalisasikan.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Nor Izan Mustapa tentang formula untuk merebus daging, kacang hijau, kentang dan sebagainya dengan lebih cepat empuk
dan sekali gus menjimatkan penggunaan bahan api.Teruja untuk mengetahui lanjut, ini formulanya. Jom Semak.
Jalan-jalan sekodeng rumah orang jumpa pulak satu info ni..cara nak jimat gas…guna tips 5:30:7 dari sis Fah Umi Yasmin…
Rebus 5 minit…Tutup 30 minit…Rebus semula 7 minit. Hakak dah try rebus kentang, keledek, kacang kuda, kacang hijau dan daging…alhamdulillah semua menjadi..
* Tips 5:30:7
– masak air sampai didih
– masuk kacang/daging/keledek/kentang
– biar didih selama 5 minit (kira masa dari mula didih lepas masuk bahan)
– tutup api dan tutup periuk dengan tudung periuk…biar selama 30 minit (jangan gedik-gedik pulak nak intai)
– lepas 30 minit hidupkan api, biar didih semula selama 7 minit (kira masa dari mula didih)
– tutup api
* Tips ni berguna untuk yang tak ada pressure cooker
* Untuk kacang kuda rendam dulu semalaman sebelum rebus…masukkan daun kari, sedikit garam dan gula masa didihkan air…saya tutup periuk sepanjang merebus
* Untuk daging masukkan sedikit minyak dan garam sebelum rebus
* Tips ni boleh guna untuk bahan yang perlukan masa lama untuk merebus – contoh kaki ayam, lontong (saya refer pada post yang pernah cuba)
sumber : Nor Izan Mustapa via MAHN